image

image

Friday, May 15, 2015

Ingat Allah

Apabila Umat Manusia Menuntut Ilmu Islam yang mereka ketahui daripada Ulamak Pewaris Nabi, Yang ada Sanad dan Riwayat sahih, Terjaga Kesucian Ilmu Islam itu, dapatlah masuk ke hati manusia yang Ikhlas beramal Ibadah

Sekiranya Ilmu Yang di tuntut itu hanyalah daripada persangkaan sahaja, itu tidak memungkinkan Hidayah Allah di dapatkan mereka

Disebabkan perkara ini tidak di ambil pedulilah, maka berlakulah sepertimana sekarang, hanya tinggal nama yang masih Islam, seperti Buih keadaannya, Ilmu tidak dapat menambahbaik peribadi masing masing

Kerana inilah juga tiada memungkinkan Allah itu menetap di Istana Hatinya
Kerana itulah ada hadis nabi saw, telah berkata: Paginya beriman, petangnya tiada, malamnya beriman, siangnya tiada, Ketika peribadimu bermaksiat itu, tiadalah kamu beriman

Sampaikanlah Kebenaran Islam itu, Hidayah itu Milik Allah berikan kepada sesiapa yang ikhlas yang Allah redha

Ingat Allah
Terpelihara lah diri
Dapatlah Bersyukur dan Bersabar
Dapatlah menambahbaik peribadi
Hidayah Allah itu memberikan Kebaikan pada diri

Untuk mendapat Ingat itulah, sentiasalah kamu menyebut Allah
Perbanyakkanlah Menyebut dan Mengingat Allah
Ucapan paling tinggi nilainya adalah
     



لا إله إلا الله

Dengan Bertambahnya Ilmu Pengetahuan kamu dapatlah Kemudahan dan Keselamatan
Cukuplah Allah bagimu
Tidaklah kamu di timpa kekalutan, keresahan dengan apa saja yang berlaku didunia
Sedarlah kamu segala yang berlaku itu telah di izinkan Allah
Ar Rahman, Allah itu sibuk mengurus Kerajaan NYA, Makhluk NYA

Berusahalah ya, agar suasana sekitar mu itu, Kebenarannya menenenggelamkan Kebatilan
Pilihan dirimu lah menjadi Takdir Ketentuan Allah

 Semuga kalian mendapat Pelajaran dapatlah mengubah haluan sekiranya belum mendapatkan Kesucian Islam, insyaAllah

No comments:

Post a Comment