Sikap dan Sifat Peribadi masing masing Diri
Diri yang Mulia itu mendapat didikan Awal dan di anugerahi Allah akan sifat sifat Mulia, maka diri itu akan Bersikap Mulia dan memuliakan kemuliaan
Kerana inilah Islam mewajibkan setiap peribadi umatnya, menuntut Ilmu Islam, yang di namakan Ilmu Fardhu Ain.
Namun kemuliaan itu wujud sekiranya Ilmu itu didapatkan melalui Ulamak Pewaris Nabi, yang menjaga sanad dan riwayat ilmu agar terjaga Kesucian Kebenaran daripada Allah dan Rasulnya
Disebalik Ilmu Islam itu, orang Kafir pun mengadakan sekolah dan perguruan yang mendidik umat mereka etika, agar baik perangai, ada budi pekerti, walaupun mereka Kafir dan Munafik. Kerana yang beginilah, ramai yang sukakan kebaikan Nasrani
Umat yang seperti BUIH pula gagal memahami tuntutan Islam, lalu mereka membina diri dengan Ilmu selain Islam, yang di setujui oleh Dunia hari ini, yang masyur dan ternama,
Kesemua itu membina Peribadi, menentukan Sikap peribadi, pemikiran masing masing, dan sifat sifat ilmu itu menjadi pakain diri masing masing, maka wujudlah di zaman kita ini berbagai ragam dan gayanya
Sifat yang Telus itu dididik dalam dunia kesesatan, lalu wujudlah 'nude beach' yang mereka meminta privacy, jangan ganggu, juga pelacuran seperti penthouse dan playboy, berada bersama sama dalam masyarakat, baik dan buruk itu bersekutu, berkait rapat
Adapun rata rata umat yang seperti buih itu masuk bersama dalam kesesatan, dan sukar menemui jalan keluar sebagaimana sukarnya untuk keluar daripada sistem demokrasi pilihanraya, agar dapat tunduk, Dengar dan Taat kepada Tuhan Yang Maha Kuasa
Rancangan siapakah yang lebih baik? begitulah Allah bertanya
Kamu merancang, Allah juga Merancang, maka Rancangan siapakah yang lebih baik?
Dunia menuju Kiamat, maka semakin besarlah Jalan Fitnah dan Maksiat itu
Dunia hanyalah Permainan dan Senda gurau, Kecuali
Kamu beriman dan beramal soleh
dan pada diri kamu sendiri ada bukti bukti kebenarannya, mengapakah kamu tidak mahu berfikir?
Sesungguhnya, Kamu adalah sepertimana apa yang kamu percayai
Sepatutnya sebagai Umat Islam, Dengar dan Taatlah kepada Allah dan Rasulnya
Dengar dan Taatlah kepada AlQuran dan Sunnah
Sunnah Rasulullah dan Sunnah khulafak ar rasyidin
begitulah Kebenaran Islam, yang Suci,
insyaAllah
No comments:
Post a Comment