Takdir Allah adalah ketentuan Allah
itu ada 2 Perkara
Perkara Utama ialah - Samada Rela
atau Terpaksa, semuanya menurut ketentuan Allah
Ini Perkara Hakikat -
kerana
لا إله إلا الله
hakikatnya Allah lah
yang menciptakan setiap sesuatu, dan Segala galanya
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita
kembali, namun apabila kita di lahirkan kedunia
kita di beri kebebasan apabila Jibril menyampaikan kepada Muhammad SAW iaitu:
Hiduplah sebagaimana kamu mahu hidup,
ingatlah yang kamu akan mati. Cintailah sesiapa sahaja yang
kamu mahu cintai, Ingatlah yang dia akan berpisah darimu. Buatlah sahaja apa yang kamu mahu perbuat, Ingat balasan
setimpalnya
Kemudian Allah menyatakan kepada Muhammad melalui wahyu NYA iaitu dalam surah ke47 surah Muhammad, ayat 36:
(Muhammad 47:36)
The life of this world is but play and amusement: and if ye believe and guard against Evil, He will grant you your recompense, and will not ask you (to give up) your possessions.
Melalui dalil itu ketahuilah, Takdir dirimu ialah apa yang sudah kamu pilih. Samada kamu memilih kebaikan, atau kekejian. Samada kamu memilih kebaikan atau keburukan, Samada kamu memilih yang di Halalkan atau yang diharamkan, begitulah umat islam di wajibkan menuntut Ilmu Fardhu Ain, agar dapatlah menjaga dan memlihara diri masing masing ya
Jodoh itu di zaman kita sekarang adalah lahir dari Pertemuan antara lelaki dan wanita, antara teruna dengan gadis, dan masakini ramai ibubapa sudah tidak memelihara dan menjaga pernikahan anak anak mereka, Jadi bagaimanakah kamu berkata ianya didalam Tangan Tuhan
Sepertimana kamu makan makanan, di kedai kedai makan, itu juga adalah Pilihan kamu sendiri, maka di harap dapatlah kamu mengerti
Cuma sahaja, hendaklah kita sentiasa mengingati Allah kerana itulah tanda dan bukti bahawa diri kita ini Berserah Allah
Perasaan hendaklah sentiasa dengan Ilmu dan Keyakinan, Semoga dapat Hidayah Allah ya muslimin muslimat sekalian
Ingat lah ya, nabi saw juga pernah berkata kepada sahabat baginda, Takdir kamu adalah apa yang kamu memilihnya
sebelum kita lahir, sebelum kita baligh, tentulah kita selalu ikut telunjuk orang dan satelah mencapai akil baligh itu sepatutnya dapatlah menjaga dirimu ya
inshaAllah
No comments:
Post a Comment