Apabila kamu berkata dan Ingat, semua yang berlaku itu adalah Atas Izin Allahu subhanahu wataala
Sedarlah kamu hendaknya, tak guna hendak marah, tak guna hendak keji, tak guna hendak suruh dan kerana itulah Allah menyatakan kepada Muhammad SAW, kamu hanya menyampaikan kebenaran, Hidayah itu Allah yang beri
Allah telah memberikan Hidayah Bayan, melalui Kitab Kitab Allah, yang terakhir adalah Kitab AlQuran. Sesiapa sahaja yang membaca dengan ketulusan hati akan mendapat Hidayah Taufik
Dan sesiapa yang tidak Ikhlas, tidak jujur, tidak suci hatinya, hanyalah mendapat tambahan syaitan syaitan, kerana hanya tahu menyebut ayat ayatnya, sebaliknya tidak pula mahu mengambil pelajaran dariNya
Sebab inilah juga Rasulullah menyampaikan, Amarah itu adalah daripada Syaitan
Nafsu sangat menyukai bisikan syaitan, dan Syaitan menampakkan indahnya maksiat di matamu
Jika kamu adalah mendapat hidayah taufik daripada Allah
Dapatlah kamu merasai Cukuplah Allah bagiku, Hasbun Allah wanikmal wakil wanikmal maula wanikman nasir. Tidaklah kamu seperti kelihatan alim dan tahu menyebut tetapi tidak memahami apa yang kamu perkatakan
Tulisan disini hanyalah Kenyataan, tidaklah hendak menuduh sesiapa, kerana semua yang berlaku itu adalah Atas Izin Allah, daripada Ketentuan Allah, samada Rela atau Terpaksa semuanya mengikut ketentuan Allah
Jika mendapat Hidayah dapat memahami Kitab Allah, dapat memahami Firman Allah, dapat menuruti Sunnah Rasulullah dan merasa cukup hanya menurut sunnahnya dan dapat menghindari Bidaah Kesesatan
Demikianlah Hidayah Taufik Allah itu menyampaikan dirimu ke dalam Nikmat KurniaanNya
Dan dapat menghindarkan kamu daripada termasuk ke dalam daerah Munafik dan Kafir
Maksudnya mendapat Peliharaan daripada Allah maka tidaklah Keluh kesah dengan keduniaan, tidaklah keluh kesah dengan wanita, dapatlah merasa Aman dan Tenteram menghadapi pancaroba yang sementara di dunia yang fana ini
InshaAllah ya, Semuga dengan meningkatnya Usia, dapatlah menambah baik dirimu, agar sampailah kepada makam RASA, dapat merasai Izin Allahu dan dapat merasai Hasbun Allah wanikmal wakil
Itulah nikmat kepada wali wali Allah, yang mana pada mereka itu tiada kegusaran, subhanallah
Hanya hamba hamba Kami yang Ikhlas, syaitan tidak dapat menguasai
No comments:
Post a Comment