image

image

Friday, August 28, 2015

MERDEKA

Ini Persekutuan Tanah Melayu
Selepas Merdeka Pada Tahun 1957
Untuk Menerima Kawan Kawan Baru
Bertukar Pakaiannya Kepada Malaysia

DiKala itu Kawan Kawan Barunya Bersetuju
Duduk bersama sama Melayu memajukan Malaysia
Walaupun dikala itu,
50 peratus untuk Raja dan Sultan Melayu
50 Peratus lagi untuk sama sama Rakyat semuanya

Hakikatnya Rakan Rakan Baru banyak membantu Memajukan Malaysia
Mengutamakan Melayu yang kurang Upaya dikala itu

Melayu memimpin pun berkorban untuk rakyat kerana mereka adalah Pemimpin Berjiwa Rakyat

Di kala ini
Pemimpin bukanlah Bangsawan lagi
Maka wujudlah jenis selfish
Mementingkan poket sendiri melebihi Rakyat Marhain
Maklumlah Negara Demokrasi, Bebaskan sesiapa saja mahu menjadi Pemimpin
Rakyat Pula diperbodohkan dengan Praga Semasa

Ada juga Pemimpin ala Mamak Bendahara zaman Melaka
Nak Telan tak boleh, nak luah pun tak boleh
Itu berlaku pada Hang Tuah
Tidak Melayu Hilang didunia
Yang Setia tidak berbelah bagi, walaupun dia menerima Godaan Paling Tinggi
Daripada Tun Teja yang disediakan untuk sang Raja

Kini ramai yang seperti Hang Jebat
Dalam Hati marahkan kesilapan yang berlaku
Lalai Mengingat semuanya itu adalah UjianNya
Dan kita tidak menanggung dosa pelakunya

Demonstrasi bertukar nama kepada BERSIH walaupun tidak SUCI
Lupa bahawa itu boleh menjahanamkan bila dalam Volume yang Besar
Arusnya yang besar boleh membunuh Perniagaan orang lain
Bila di larang mereka katakan PDRM Anjing
Disuruh bermain dalam Stadium mereka tak hendak

Allah menyeru agar manusia Bersyukur
Allah bertanya: Nikmat AKU yang manakah nak kamu dustakan?
SIKSA Allah itu pedih ngilu, akibat suka komplen, suka membangkang
Namun tak ada sesiapa yang mengambil Pelajaran
Maka Syaitanlah menjadi kawan Karib
Menipu manusia, Tak suka melihat manusia Berjaya, agar porak perandalah ini Negara

Sekiranya kamu Bersyukur, Allah akan Menambah NikmatNya kepada kalian
Bila kamu Kufur ingatlah siksa KU pedih

Merdeka kan lah diri mu masing masing
Agar dirimu tidak di jajah oleh Pemikiran Buas Syaitan
Yang Tidak senang melihat Kejayaan Manusia

Siapakah orang yang Lebih baik?
Adalah ia, yang banyak memberikan kelapangan pada lain orang

Siapakah Orang Yang Terlebih Baik?
Adalah sesiapa sahaja Yang Lebih Taqwanya

Orang Yang Bertaqwa itu tidak mementingkan POKET sendiri,
Berlaku ADIL dan Beramanah memegang Janji
sebagai Persembahan Tauhid kepada The Supreme Being

Merdeka!

Wednesday, August 26, 2015

Apa ITU

Apa itu Iman?
Iman adalah Kepercayaan, Keyakinan, kepada Allah Yang Esa. Termasuklah Rukun Iman yakni kesimpulan agar dapat menyakini Allah yang ESA berdasarkan Makhluk Yang Allah cipta. Percaya kepada Malaikat, kepada Kitab Suhuf, Taurat, Injil dan AlQuran, Kepada Rasul dan nabi Utusan Allah, Kepada Hari Kiamat dan Hari Akhirat, Kepada Takdir yakni Qadza dan Qadar bagi diri dan makhluk semua yang wujud

Apa itu Islam?
Islam itu Berserah diri kepada Allah yang ESA, dan Beramal Ibadah soleh dan kebaikan beramal dalam diri masing masing, Berpuasa agar dapat bertaqwa, dan melakukan Haji ke Baitullah bagi mengenang sunnah dan tauladan daripada Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Muhammad saw, juga nabi Musa a.s. Sebelum itu keluarkan Zakat Fitrah juga Zakat atas Pendapatan dan harta Harta yang di kurniakan Allah kepada masing masing sebagai Wajib dan sunnah yang patut di tauladani

Apa itu Amal?
Amal adalah kelakuan, perbuatan seseorang yang mengikuti Tauladan dari Rasulullah saw. Kerana kita adalah Umat Muhammad. Itulah yang di gesakan agar menurut Sunnah, dan Sunnah Peribadi Rasulullah, muhammad itu sebagai ikutan yang baik kepada kita. Dan hanyalah amal amal yang Ikhlas daripada diri kita masing masing Yang Allah Terima

Dan Segala Amal kebaikan yang manusia lakukan adalah untuk diri masing masing yang beramal sedemikian, hanya saja apabila Berpuasa itu, Allah yang Menilai dan Menghisab, kerana itulah Allah firmankan, agar dapat bertaqwa

Apa itu Hidayah?
Hidayah itu adalah Petunjuk dan Kurniaan Allah kepada masing masing Diri yang Allah Redha
Kitab yang mengandungi Hidayah Petunjuk itu adalah AlQuran, yang mengandungi Ilmu dan Pelajaran daripada Kitab dan Suhuf yang terdahulu, kerana bagi kaum bani Israil itu Pendita mereka suka menyembunyikan sebahagian kebenaran, sementara Pendita Nasrani pula ada yang menambah nambah ayat ayat mereka ke dalam Kitab Kitab Injil. AlQuran itu di pelihara oleh Allah melalui manusia yang menghafal dalam hati mereka tak dapatlah Yahudi dan nasrani hendak menipu dengan ayat ayat tersendiri mereka kerana orang yang Hafal itu dapat Mengetahui dengan Hidayah Allah

Bak kata Cat Steven, jika dia melihat kelakuan umat Islam, tak dapatlah beliau hendak belajar tentang Islam, namun apabila beliau mengikut sunnah, mendalami AlQuran, dapatlah Hidayah kebaikan daripada Allah kepadanya, Yusuff Islam

Kerana inilah saya telah menulis sebelum topik ini, betapa Jalan kebenaran Islam itu di pelihara oleh Perawi dan sanad yang sahih daripada orang yang terdahulu. Inilah pentingnya salasilah ilmu, atau Jalan mendapatkan ilmu, Tariq

Maksudnya: Janganlah kita menyangka, atau menuduh kelakuan orang lain itu kerana diri kita sendiri belum pasti bagaimana akan menerima maut. Kerana inilah Allah firmankan, Jagalah diri kamu, dan ahli keluarga kamu, atau kaum kerabat kamu, daripada siksa api neraka

kerana itulah ada ayat ayat ini: Bertaubatlah dan ikuti dengan perbuatan perbuatan yang baik
juga ayat ini: Beriman lah dan beramal soleh,

Ingatlah ya:
Dunia hanyalah Permainan dan senda gurau, inilah pentingnya Ilmu Islam agar dapat kita beriman, dan juga beramal soleh, inshaAllah

Friday, August 21, 2015

Ilmu Merawat Diri (Version 2)

Ilmu Merawat Diri adalah Ilmu Mengenal diri sendiri dan Mengenal Tuhan Yang Mentadbirkan Makhluk dan Alam ini. Masalahnya adalah mengenai orang yang tidak yakin dengan Tuhan, dan tidak mengamalkan Ilmu yang di pelajarinya

Apakah maksudnya:
Maksudnya adalah kepercayaan kepada Tuhan tidak dapat diyakininya, dan dia sentiasa menurut bisikan dalam dirinya, yang merupakan bisikan Nafsu Syaitan, ini lah kerana Dampingan Jin, bunian dari puSAKA BAQA keturunan sendiri yang telah lama bersarang dalam diri masing masing

Akibatnya: Mereka lebih percaya Rawatan yang di namakan Rawatan Islam, yang mendakwa ianya cara Islam, sebaliknya adalah, membuang jin bunian buat sementara waktu, yakni, mendamaikan, dengan berbincang dengan makhluk halus tersebut, tetapi tiada yang bertanya cara rawatannya, lalu mengakulah itu Rawatan Islam. Dan pihak JAKIM sendiri tidak mengetahui hal ini, termasuklah pihak Kementerian Perubatan yang membenarkan kumpulan sebegitu menamakan mereka rawatan Alternatif Cara Islam

ILMU MERAWAT DIRI
Sebenarnya adalah Ilmu Tauhid kepada Orang Orang Islam
Dan Ilmu Kebenaran tentang Allahu Ahad kepada yang Belum Islam
Sesuai dengan sunnah Rasulullah, kita menyampaikan Kebenaran Islam agar Janganlah Mensyirikkan Allah atau La Tusyrik Billah, Dan Pada Yang sebelumnya belum Islam, akan mengenal Tuan Allah sebagai Tuhan, dan jika seterusnya mendapat Hidayah Allah akan Islam

Bagaimana pun Janganlah takut kerana Bisikan syaitan dalam diri, sebaliknya yang Islam boleh istikharah lebih dulu, dan kuatkan semangat, mahu belajar mengenal diri masing masing, dan kepada yang Belum Islam juga bermohon kepada Allah petunjuk kepada kebenaran, jika di Izin Allah akan bertemu, bersama kebenaran dariNYA

Firman Allah di dalam AlQuran, Jika kamu bertanya, siapakah yang Menciptakan alam ini semuanya, siapakah yang Menciptakan Makhluk semuanya, tentulah akan di jawab mereka, Allah lah yang Menciptakan itu semua. Dan Kerana inilah ada pihak yang menyatakan masing masing manusia itu ada Tauhid kepada Allah, hanyasaja di sesatkan syaitan lalu berlakulah syirik, banyak tuhan yang di sembah mereka kerana tidak mengenal diri, mana mungkin mengenal Tuhan Yang Esa

Inilah Jalannya
Untuk mendapatkan ILMU yang dapat merawat diri masing masing dengan bermohon kepada Allah Yang Esa.  Tak Kenal maka Tak Cinta
Tak Cinta mana mungkin Takut padaNya

Takut pada Kekasih adalah takut Dia meninggalkan dirimu, maka keluh kesahlah dirimu mengenang kebaikannya, mengenang kemesraannya, Kebaikannya, dan Terlalu Banyak Nikmatnya kepada manusia, Mana mungkinkah Kamu mendustakan nikmat AKU

Ar Rahman, Nikmat Daku yang manakah nak kamu Dustakan?

Kepada yang belum mengerti tentang Islam dan Kebenarannya itu tidak mengapa sebelum mendapatkan IMD ini
Selepas dari itu terpulang pada masing masinglah apabila ada HidayahNYA tentulah mendapat keuntungan, dan Kebahagiaan di Akhirat Nanti

Kepada yang Ingin merawat kesusahan dalam diri masing masing, apa sahaja dapat di rawat apabila mendapat IMD, dengan cara bermohonkan kebaikan daripada Allah

Jika ada keinginan dan kehendak, silakan whatsup atau telefon: 0196313202
Kami di Seksyen 2, shah Alam

atau untuk berbual dan berkenalan: 0192368789, dan kami di seksyen 6, shah alam

Semua yang berlaku dan Akan berlaku itu atas Izin Allah belaka, no heart feeling ya

Selamat berbahagia, dan selamat merasai keamanan dan kestabilan diri masing masing





Tuesday, August 18, 2015

Jalan @ Tariq

Satelah kalian membaca topik Ilmu Islam, apakah yang kalian ingati tentang keutamaannya

Paling utama adalah Jalan mendapatkan Ilmu Islam hanyalah satu sahaja yang Benar dan Suci, yang menurut sunnah nabi SAW dan sunnah sahabatnya khalifah ar rasyidin. Jalan tersebut adalah Jalan yang mengambilkira Perawi dan sanad Ilmu itu. Itulah yang menentukan, samada Guru yang mengajar itu, tahu salasilah Ilmu yang di dapatinya, yang mana di ambilkira wasilah itu atau rabbitahnya, sampai kepada nabi SAW, itulah satu sahaja Jalan Yang Benar dan Suci.

Zaman kini kurang diambilkira akan hal ini, itu yang menjadikan ada ulamak yang tidak mementingkan fatwa yang Partisan itu bukan jalan sunnah, namun mereka tetap menyertai kununnya, daruriyat, padahal keutamaan adalah menurut Sunnah Ilmu Islam

Demikianlah yang menjadikan diri Ulamak yang sesat, menyesatkan kerana ilmu yang di dapatkannya itu menurut pendapat zaman kini, yang tidak memandang akan sanad dan riwayat Ilmu Berkaitan

Demikianlah juga yang berlaku pada gerakan Tarikat Tarikat tertentu yang belum layak menjadi guru tetapi memimpin Tarikat kununnya ia mendapat Ijazah dari guru yang sebelumnya

Inilah maksud Allah telah Berfirman, Kesesatan atau Bencana Menimpa diri adalah akibat Tangan Sendiri. Namun zaman ini asyik menyalahkan lain orang sahaja. tidak dapat menghisab diri masing masing tentang Jalan Ilmu yang mereka dapati. Ini juga menjadikan peribadin yang kununnya ada Ilmu itu suka menuduh, dan suka membanned orang yang tidak di sukainya, padahal menghubungkan silaturrahim itulah keutamaan Jalan ASWAJA

Jalan ASWAJA adalah lebih suka memaafkan lain orang, dan membetulkan Pemikiran mereka, kerana Firman Allah, hendaklah kamu datangi 'masalah dan kesusahan' itu dengan sesuatu yang Lebih Baik, kemudian pasti lawan kamu dapat menjadi kawan. InsyaAllah

Akibat tidak mementingkan Sunnah, Sanad dan Riwayat lah, ada yang membuat Tafsiran sendiri berbagai ayat ayat AlQuran, tanpa melihat kepada situasi dan kondisi, sewaktu ayat berkaitan diturunkan, atau di kenal sebagai, Asbabun Nuzul

Jadi kalian Fikirkan sendirilah ya, apa yang saya taip disini

Minta Maaf jika ada yang terasa tersinggung atau sakit hati membaca di sini, ianya berkaitan Islam yang Suci, bagaimanakah kita mendapatkan Ilmunya

InsyaAllah ya

Saturday, August 15, 2015

ILMU ISLAM

Ilmu Islam telah dilalaikan sejak kehilangan khulafak arrasyidin kerana itulah ada sabda nabi SAW menyatakan, Ikutilah sunnah sunnah ku dan sunnah khulafak arrasyidin

Ilmu Islam itu sangat mementingtkan tentang periwatnya, kerana itulah, sanad dan riwayat itu terpenting ditelitikan apabila kita mendapat berita dan pengetahuan akan ilmu tersebut dan berkenaan

Kerana inilah pada zaman kita sekarang, berlaku kelakuan yang sering bergaduh, menuduh dan sebagainya, berparti parti dan berpihak pihak, walaupun masing masing mengaku ASWAJA

ASWAJA adalah Ahli Sunnah dan Jamaahnya, terdiri dari pemulanya Muhammad Rasulullah, diikuti oleh Abu Bakar Siddiq, Umar al Khattab, Usman bin Affan, dan Ali Abi Talib
Pada zaman saidina Ali menjadi Khalifah, memimpin Umat Islam itu berlaku pergaduhan antaranya dengan Muawiyah, dan dalam masa itu juga lahirnya golongan Khariji, Khawarij, Muktazilah, dan Jabariah
Saidina Ali yang hilang jawatan khalifah, tidaklah seperti DSAI, Saidina Ali tidak pula merebut dan menentang Muawiyah sehingga berlaku Pergaduhan dan Perebutan kuasa, tiada demonstrasi, kerana redha dengan Ketentuan Allah

Sunnahn ini tidak menjadi Ikutan pada zaman kita ini, kerana Parti Partisan itu disertai mereka walaupun ada Fatwa dari Arab Saudi yang menyatakan, Partisan itu Bukan Jalan Sunnah, namun ulamak tersohor dan masyur di Malaysia tetap menyertai Parti yang memecah belah, Kesatuan Umat Islam, dan melalui ayat ayat Allah didalam AlQuran, pemecah belah yang menyebabkan berlakunya, kedua dua parti akan masuk Neraka

SubhanAllah, sedarkah atau idak?

Apa jua yang berlaku itu adalah atas Izin Allah
Terpulang pada manusia dan jin, mahu mengikut tauladan Muhammad SAW ataukah mengikut Nafsu syaitan sendiri
Takdir bagi setiap diri adalah atas apa yang di pilih dan di amalkan oleh masing masing diri

Terpulanglah - Hiduplah Sebagaimana kamu mahu hidup, Ingatlah kamu akan Mati, Amalaknlah apa yang kamu mahu Amalkan, Ingat akan Balasan setimpalnya, Cintailah sesiapa yang kamu mahu cintai, ingat yang akan dia berpisah dari mu

Terpulanglah, Dunia hanyalah Permainan dan Senda Gurau, kecuali kamu beriman dan beramal soleh
Peringatan itu ada dalam surah Muhammad ayat yang ke 36

Sementara Peringatan sebelumnya itu adalah disampaikan oleh Jibril kepada nabi Muhammad SAW

Semuga kita yang membaca ada mendapat Pelajarannya, InsyaAllah


Friday, August 14, 2015

Ancaman - Threat

Selepas ada Ilmunya, ada HidayahNya, kamu akan sampai kepada mengenal diri, akan sedarlah
Bahawa Ancaman yang wujud diluaran diri, yang memungkinkan kacau bilaunya hidup sendiri, adalah muncul dari dalam diri sendiri

Tauhid mengajar manusia ingat kepada Allah Yang Maha Berkuasa - inilah inti kepada Islam, menghendaki manusia Berserah kepada Allah, Apabila Kenal diri, Kenallah Allah, tiadalah diri memperdulikan  bisikan syaitan, sebaliknya akan Ingat Allah dan bermohonkan kebaikan
Berserah Allah itu, membawa diri kepada kata kata: Cukuplah Allah bagiku

Kemunculan Ancaman kepada diri sendiri itu, kerana negativiti yang keterlaluan dalam diri sendiri
Ilmu Islamnya tiada di Miliki, sebaliknya lebih mempercayai Bisikan syaitan. Bahawa Ilham itu tiada suara, sebaliknya adalah gerak yang memandu tanpa 'kuasa diri'. Dan inilah yang Allah tunjukkan dalam Kisah Qarun, Hamann dan Firaun, yang banyak bersangka sangka, menyatakan atas kemampuan diri mereka lah mereka mencapai sesuatu itu, lalai mengingat dan bermohon kepada Allah

Sekarang ini, ajaran sebegitu menguasai dunia kehidupan masakini, kerana di ibaratkan umat Islam itu sebagai BUIH, yang asyik ulang mengulang 'masalah', Bangkitlah Wahai Umat Islam, dirimu Bersihkanlah, Allah mu, Agungkan lah

Semua itu berkehendak kepada Ilmu, Sumbernya Al Alim Yang Maha Mengetahui yang bersifat Aliman, yang mengajarkan maksudnya memberi faham dan dapat mengingat, dan itulah yang memandu Gerak dan Diam diri

Semuga dapat menghindari Tipudaya syaitan yang batil, yang Allah SWT izinkan, Iblis menipu dan memperdaya, sesiapa sahaja yang tidak Ikhlas

Inilah hakikat Bahawa Allah menerima amalan amalan masing masing diri hanyalah apabila Ikhlas lillahi, Billahi, Wallahi

Inilah yang di ajarkan, untuk berfikiran positif dan bersangka baik

Jadi pupuklah diri masing masing agar berfikiran positif, dinamiklah diri sepertimana Allah memberikan Peringatan kepada Muhammad (surah ke 47)

Ingatlah Dunia hanyalah permainan dan senda gurau, inilah yang berlaku dalam Games mereka ada pengadilnya yakni manusia juga, kadang kadang ramai manusia yang melihatnya, mengatakan, Pengadil bias, makan sebelah, silap perhitungan dan sebagainya, Lihat pula dalam fasyen , model model londeh pakaian untuk ganti lain lain pakaian untuk di peragakan
Begitu juga dalam Politik demokrasi, hanya saja, yang menurutnya tidak ingat, semua itu termasuk Permainan dan senda gurau, SATIRA
Tipu daya syaitan berlaku, manusia menurut tanpa memperdulikan itu sudah ada Tauladan dari Muhammad atau tiada, sedangkan di masa lain mereka beria ia menyatakan mereka memperjuangkan Islam. Sedarlah ya, Kebenaran Islam yang Suci itu terkandung di dalam AlQuran, semuga dapat menjadikan diri masing masing berpakaian Taqwa

Kerana itulah Allah menyatakan, setiap masalah yang menimpa kamu, adalah akibat tangan kamu sendiri, Janganlah kamu letakkan dirimu ke dalam situasi dan kondisi yang akan meruntuhkan diri, menjatuhkan maruah dirimu, dan sebagainya. Fikirkan lah

Ikutlah Panduan yang sudah di tauladankan yakni yang kita kenal sebagai Sunnah Rasulullah dan sunnah khulafak ar rasyidin

Semuanya itu memerlukan kita bertalakki dengan Orang Yang Tahu yang Ingat kepada Allah
kerana isi yang utama di dalam Kitab Hidayah itu adalah, jika kamu belum mengetahui, bertanyalah dengan ahli zikir

Demikianlah serba sedikit
Ampun Maaf di pinta, Lembu kita bawa ke air, namun hak meminum air tu tertakluk kepada Fitrah kejadian lembu, sedangkan manusia itu adalah Ciptaan Allah yang terbaik

Fikirkan dan sila take action
for your own goodness

SubhanAllah

Thursday, August 13, 2015

Promosi

Sesiapa sahaja yang ada mengalami masalah, apa saja pun, dapat merawat, apabila ada Ilmu Tauhid, dan Mengenal Allah lalu dapat bermohon akan kebaikan darinya, dan benarlah akan kata katanya, ingatan dalam hatinya, bahawa: Cukuplah Allah bagiku

Peringatan diatas bukan tertakluk kepada orang Islam sahaja, namun golongan belum Islam juga demikian

IMD yang kami berikan adalah agar masing masing diri bermohon kepada Allah subhanahu wataala, Tuan Allah, dan sebagainya

Adapun kerana masing masing mempunyai Dampingan dengan makhluk Halus, Jin, Bunian dan Syaitan pasti akan merasa tidak suka dengan Petua Petua yang Kami Berikan

Kerana itulah Kami merasakan patut mereka mengambil ilmu yang lebih tinggi Darjatnya, dan ada Caj sehingga RM1177, yakni  sampai ke Level ke 4, dan Cahaya. Ilmu Cahaya adalah agar mengenal Allah lebih Dekat, kerana Allah menciptakan semuanya melalui Cahaya ynag Berlapis lapis
Cerita Lanjut kepada mereka yang bertalakki bersama Guru yang bersanad dan Riwayat sampai kepada Rasulullah SAW

Jika ada Niat dan Hajat, ada HidayahNya dapatlah Pengetahuan akan hal begini, insyaAllah

Kepada sesiapa pun yang berhajat, ada kehendak, adalah peluang menemuinya
Jika kamu berlari kepadaKU, AKU lebih laju kepadamu, tiada yang dapat mengatasi kelajuan DAKU

SubhanAllah
Paling ATAS adalah Allahu   لا إله إلا الله -
Kalimah yang Paling Tinggi adalah لا إله إلا الله -

Semuga menjadi Ingatan diri masing masing dalam menjalani kehidupan atas dunia ini sebelum mati

IMD adalah ILMU Tauhid yang Mendalami, daripada Guru Yang Kenal siapa itu MURSYID, dan Tahu serta Ingat, Sanad dan Riwayat ILMUnya

 Jika ada berhajat mahu mengenali, InsyaAllah akan bertemu Jalannya
Kerana Allah bersedia menemui sesiapa sahaja yang Ikhlas dalam Beribadah dan menjalani hidup di alam yang Fana ini dan sedar bahawa alam yang Kekal Abadi itu di Akhirat, InsyaAllaah

Janganlah kita sekadar tahu menyebut, sebaliknya tidak mengerti apa yang di sebut
kerana itu adalah menyalahi maksud IQRA yang kita ketahui ada di dalam AlQuran

Apabila ada Pengertian, semuga dapatlah Hidayah, beramal dengan Amalan soleh dan solehah, insyaAllaah

Sesiapa yang berhajat, silakan ya
nak berkenalan, silakan: 0196313202
nak bersembang, silakan 019-2368789

atas Izin Allah lah di bukakan Rahsia yang sebelum ini tiada pengetahuan mu
InsyaAllah ya
 

Tuesday, August 11, 2015

Guano mu?

Dengki mewujudkan Khianat, begitulah yang memungkinkan berlakunya Fitnah, Umpat Mengumpat, Ungkit Mengungkit, Tuduh menuduh dan memungkinkan pula beberapa kekejian dan maksiat, akan berlarutan menuju kehancuran yang pedih ngilu, beruntunglah diri yang dapat Hidayah dan keluar daripada situasi dan kondisi demikian

Kerana itulah, Islam hanya menerima amalan amalan yang Ikhlas sahaja

Keduniaan melihat Bangkai Kambing yang cantik, ingin merebut sesuatu itu yang memungkinkan Dengki, Khianat menuju amalan yang Zalim

Fahami lah, Syaitan menampakkan indahnya Maksiat di matamu

Maksiat adalah setiap perkara Keji, lahir dari kalangan mereka yang tidak mahu menauhidkan Allah

Kerana inilah, Sistem Demokrasi itu di cipta, ia memakan kebaikan yang patut menjadi Fitrah dalam kehidupan kebenaran. Apabila menyerahkan kuasa Pemerintahan totally kepada manusia. Bagaimanakah boleh pula mereka yang di gelar Alim dan Ulamak membuat keputusan untuk masuk ke dalam yang menyesatkan (apabila tidak menurut sunnah dan tauladan Muhammad SAW)



Manusia mempunyai Hubungan dengan Allah, dan hubungan dengan manusia
bunyikan arabnya, hablumminallah, hablumminannas
apalah guna mengucap La ilaha ill Allah
bila di tanya, apakah yang paling Besar? Perbuatan sendirilah akan menurut sahaja keduniaan, itulah munafik dan kafir

Demikianlah di Nyatakan, Kulit sendiri, kaki dan tangan sendiri menjadi saksi, dan dapat berbicara apabila sudah mati nanti
Allah Knows best, Allah Maha Mengetahui

La ilaha ill Allah itu menuntut keikhlasan


who let the dogs out?

Kembalilah kepada Allah
Bertaubatlah, Bersyukurlah jika di izinkan Allah, kamu di pelihara dari melibatkan diri di dalam Maksiat dan kekejian

Beruntunglah sesiapa sahaja yang mahu berfikir, Kebenaran itu ada dalam diri mereka, masing masing, mengapakah kamu tidak mahu berfikir

Ada fikir............... ada Amalnya, 
Ikhlas lah
Kenalah ambil tahu, dan itu akan memudahkan amal, memungkinkan keredhaaan Allah
Semuanya sudah di tauladankan oleh Muhammad
Itulah Menjadi Fitrah
Menuju Kehidupan yang Abadi di Akhirat

Subhan Allah


Monday, August 10, 2015

DENGKI

Dengki adalah sifat Keji dari kalangan manusia, Munafik dan Kafir, dan segelintir umat Islam yang tidak memahami Ilmu Islam

Sifat Irihati hanya di benarkan dalam dua keadaan, yakni, tatkala melihat seorang hartawan yang dermawan kita akan ingin mencipta diri sepertinya juga, itu yang di benarkan

Juga apabila melihat Ilmuan yang solehah kita juga ingin mengikut jejaknya, ingin seperti dia juga di benarkan

Irihati itu jika tidak benar akan melahirkan rasa dengki, adakalanya bertambah menjadi Khianat terhadap yang di pandang oleh mata masing masing
Bertambah tambah lah kes jika dalam golongan senda gurau dan bermain main saja

Hanya golongan mukmin yang soleh tidak terlibat dengan angkara Dengki apatahlagi Khianat
Kerana Innamal mukminuna ikhwah

Dengki itu menimbulkan, masing masing membuat tuduhan tak menentu terhadap lain orang, menuduh orang lain dengan Persangkaan semata, apatah berada dalam parti parti yang berlainan pemikirannya

Begitulah adanya Fatwa oleh pihak Mufti Arab Saudi, yang Partisan itu bukanlah sunnah
maksudnya sifat berparti parti itu bukanlah jalan sunnah, namun di ikuti oleh golongan khawarij, dan munafik serta kafir sahaja

Kerana itulah Islam itu hanyalah apabila dapat menuruti sunnah tauladan Muhammad SAW, kerana sunnah Tauladan yang terbaik dari Muhammad SAW itulah yang patut menjadi tauladan kita semua

Namun hidup di masa kini hanyalah berada dalam sistem demokrasi, dari rakyat kepada rakyat, yang di wujudkan oleh pemerintah masa kini hanyalah syiar islam tanpa memandang berat hal Tauhid, hal aqidah Islam itu, itulah menjadikan sistem pelajaran Islam itu sangat mundur

Ibarat Hukum Islam, Qisas itu hanyalah berjalan dalam Takzir yakni hal yang dapat di kutip dengan dendaan duit sahaja, kerana dunia sekarang memandang DUIT itulah keutamaan

Akibat dari Dengki Khianatlah maka sistem Pelajaran Islam itu terabai, subhanAllah

Kesilapan dan bencana yang menimpa diri masing masing adalah akibat tangan sendiri
Demikianlah Kenyataan dari Allahu subhanahu waTaala

AlQuran yang patut jadi pelajaran itu di abaikan kerana hanya tahu menyebut ayat ayatnya sahaja sedangkan, pengertian di sebalik ayat bayat keterangan itu berkehendakkan diri masing masing yang membacanya mengambil pelajaran, itulah makna menurut kebenaran Islam

Sedangkan jika sekadar tahu menyebut ayat ayatnya, tanpa mengindahkan pelajaran daripada Allah itulah yang Allah menghantar Syaitan syaitan yang membisikkan berbagai pemikiran dan perbuatan kepada mereka yang berkawan karib dengan syaitan dan jin, subhanAllah

bagi yang meragui kenyataan ini, silakan rujuk surah az zukhruf surah ke 43 dalam AlQuran, lihatlah ayat ayat 36 ke 38, semuga mendapat hidayah, mengenainya

InshaAllah, buangkanlah sifat sifat keji dan maksiat dari dalam diri umat islam, semuga mendapat Hidayah Allah meningkatkan diri kepada Mukmin yang terbaik

Selamat menyambung Ikhwah masing masing walaupun Allah menyatakan hanyalah mukmin yang berikhwah sama sendiri

InsyaAllah ya, daripada menjadi muslim yang mengambil pelajaran daripada Allah, dan AlQuran, semuga bersifat Mulia dan menjadi mukmin yang beramal soleh

Sunday, August 9, 2015

BEBAL

Bebal adalah sifat keji diri masing masing, yang tidak suka kepada diri sendiri akan kebaikan
Sikit sikit hal, boleh bebal

Situasi dan kondisi kes studi:
Manusia lebih tua, ibu serta bapanya, penjaganya, menasihati agar dia mengurangkan kebebasan dirinya, jadi dengan itu dia bertukar menjadi bebal, mengunci diri dalam bilik sendiri, tak sudi untuk berbual dan bermesra lagi. Walaupun sikap diri yang bebal itu, memerlukan pujukan serta rayuan, itu semua hanyalah, Mainan dan senda gurau keduniaan, jika beriman, tentu mendapat keberuntungan

Bebal - diri merasa Kebal,  Lalai dari membawa kebaikan pada diri
Allah menyatakan, Golongan Kafir dan munafik itu, samada kamu menyampaikan kebenaran atau tidak menyampaikan kebenaran, tiada apa apa yang berlaku, ibarat tanah pasir, Hujan patut membasahi Bumi, namun air di serap ke dalam tanah, tak dapat hendak menjadi tapak semaian untuk menumbuhkan kehidupan

Beriman dan Beramal soleh itu bukanlah seperti Mainan dan senda gurau

Apakah, syaitan kamu telah menampakkan Maksiat di matamu sebagai kebaikan?

Bukankah kamu yang mahukan, senda gurau?
Tak mengapalah buat salah pun, bang aji, perbaikilah

Perbaikilah - Istilahnya: Hari ini lebih baik daripada kelmarin, dan besok mesti lebih baik dari ini hari

Sekiranya, amal kelakuan itu tidak meningkat, tidak menambahbaik diri, tidak ada improvement
jika ada pun kadang kadang, sekali lalu, maka kehidupannya, tak lebih daripada seperti BUIH

Syok ke menjadi Bebal
Dapat Petua Kebaikan, di abaikan
"Pada diri Muhammad itu, Tauladan yang baik, bagi kamu"

Bebal lah diri, pi mengaji, tak dapat ikut kehendak Allah, yang Empunya Ilmu, diri sendiri pula suka bermain main dan senda gurau, samalah begitu seperti kehendak segolongan bani Israil, yang kemudiannya menjadi yahudi zionist, ala .................... senda gurau saja

Payah untuk diri mengerti, demikianlah menebalnya maksiat di hati
Tak dapat Hidayah
Tidak suka menghisab diri
Suka berbangga bangga kununnya akulah yang betul
sedangkan selalu di jajanya; Kebenaran itu daripada Allah, Segala yang baik itu datangnya daripada Allah, Benarkah?

Allah menciptakan segala galanya, Semuanya itu sebagai Ujian meningkatkan Iman kepercayaan
Untuk yang mahu berfikir, dan berusaha berikhtiar untuk mencapainya
Bukanlah sekadar Permainan dan senda gurau, demikianlah seruan Allah kepada Muhammad
Muhammad saw adalah pemimpin tauladan

subhanAllah

Saturday, August 8, 2015

BANNED

Banned adalah kata putus tentang seseorang yang tidak di senangi oleh pihak yang membanned ia
Adalah wujud daripada sifat, Pemarah daripada Nafsu Syaitan
Bukanlah sunnah Rasulullah SAW, Muhammad ibni Abdullah

Zaman kita ni melalui kemudahan Internet, boleh menjadikan kita bertambah erat silaturrahim
Begitu juga boleh menjadikan kita bermusuh dengan seseorang yang kita tak bersetuju

Bagaimanapun, Terima kasih kepada Pengunjung Blog al-merapu ya

Apabila kita mendirikan solat, ramai yang kita berdoa untuk kebaikan manusia muslim, tetapi, kontra dengan perangai sendiri mengendalikan web, Fb, dan sebagainya di dada Internet, bila kita suka banned someone

tak sedar, lalai, tiada mengampunkan, tiada menghantar sebab kenapa di banned, itu hanyalah jenis Tuduhan tanpa bukti sahaja
Tiada di buktikan pada Hakim, pada Allah semuga mendapat Hidayah dan memaafkan
Kerana hubungan persaudaraan itu hanyalah oleh orang yang beriman
Innamal mukminunaikhwah

Selain daripada yang beriman sering bergaduh, menuduh, dengki, khianat, benci, dan sebagainya lalai daripada menurut sunnah Rasulullah, menurut AlQuran

Tahu saja menyebut sebagaimana saidatina Aisyah r.a yang menyatakan Akhlak Muhammad saw itu adalah seperti AlQuran, tetapi hidup sendiri seringkali menyalahi sunnah tanpa sedar kerana tidak mahu berfikir dan mengamalkan sunnah Islam dalam kehidupan sehari hari

Jika kalian ada mengalami pengalaman, di banned, patut kalian ucapkan Terima Kasih banyak banyak kepada mereka, semuga mereka di terima dan diletakan disisi Allah, mendapat ketenangan dan di pelihara oleh Allah

Jangan pula kalian memarahi mereka
Sebab segalanya itu atas Izin Allah

Hiduplah sebagaimana kamu mahu hidup, Ingatlah yang kamu akan mati

Buatlah apa apa pun, baik atau jahat, ibadah atau mungkar, elok atau keji, semua itu pilihan, menjadi Takdir diri masing masing dah di janjikan Allah, Akan di balas setimpal

Cintai lah sesiapa saja, apa apa pun, ya, ingatlah Dunia hanyalah sementara, Akhirat itulah yang Kekal

InsyaAllah
Orang yang termulia adalah yang paling tinggi Taqwanya
Orang yang terbaik pula adalah yang paling banyak menolong lain orang atau haiwan,
Semua ada dalam Sirah, jika di ketahui, di ingati, dapat mengamalkannya itu kelebihan diri masing masinglah

Kita mengaku Muslim semuga dapat hidayah menjadi Mukmin dan Ingatlah
Jika mahu selesa, silakan ber ukhwah lillahi Taala, serta menyambung silaturrahim

InsyaAllah

Thursday, August 6, 2015

ILMU untuk memBUANG SAKA-BAKA dan hilangkan Gangguan dalam diri - IMD

Ilmu Fardhu Ain Islam itu di wajibkan Islam, ke atas umatnya untuk Belajar agar diri masing masing satelah Berakal Baligh dapat menjaga diri, mengenal mana buruk, mana yang keji, mana yang berdosa, dan mengenal agar berbuat baik, memakan yang halal dan baik, agar selamat, sihat , betul dan benarlah diri

Atas Kelemahan, Ibubapa dan Penjaga anak anak serta kanak kanak di bawah jagaan masing masing itulah menjadikan hal ini terabai
DiTambah dengan sistem pemerintahan Demokrasi yang di olah, hanya mementingkan Syiar Islam tetapi Aqidahnya terabai, menjadikan Umat Islam sedunia seperti BUIH

BUIH itu apabila tiba air lautan ke tepi pantai, namun akan berulang mengulangi kejadian, menjadi air hanyut ke lautan kehidupan, dan menjadi buih apabila kembali ke pantai untuk singgah ke daratan sekejap, namun akan terus mengulangi kesilapan seperti BUIH

SAKA-BAKA pula adalah Jin dan Bunian, ada yang Islam serta ada yang bukan Islam, namun kelakuan di klasifikasikan dalam Hadis nabi SAW sebagai Syaitan, kerana akan menipudaya anak cucu Adam a.s, Syaitan berlari lari dalam Pembuluh Darah anak cucu cicit Adam a.s, itu janji Iblis nak menipudaya semua manusia

Doktor Perubatan hanya menyatakan ianya sebagai Virus, benda Ghaib seperti Syiatan itu tak dapat di kesan oleh scanner manusia

Ilmu kami berikan, adalah IMD - Ilmu Merawat Diri berdasarkan Petua Petua dan Kaedah, Mengingati Allah dan bermohon kepadaNya, itu yang ada orang yang dah mengambil ilmu ini yang mengatakan ianya Ilmu Jalan Pulang, kerana kita tak di benarkan mati kecuali ketika berserah Allah, Walaatamuutunnailla wantum muslimoon

Ilmu IMD yang saya tawarkan ini bernilai RM1177
Pada Yang merasa agak mahal, Boleh saja menuntut secara berperingkat peringkat, dengan bayaran RM177 pada satu peringkat, tetapi amat payah untuk membuang "gangguan" dalam diri pada peringkat itu, kerana itulah ada yang tidak mengamalkan petua petua yang kami beri

Jika ingin mendengar tentang ILMU IMD ini kami jemput tuan puan menemui kami, Dengarlah dulu penerangannya, kemudian atas Pilihan tuan puan dan Atas Izin dan Hidayah Allah lah untuk IA mengizinkan atau idak

Tentang Ilmu IMD ini jika kalian tidak mengetahui sewaktu Pertemuan itu boleh bertanya apa saja, InsyaAllah

Saya pilih topik untuk membuang Saka Baka tetapi, apa sahaja Penyakit dapat di elakkan, dengan kita bermohon kepada Allah satelah kita mengenal Allah

Kepada mereka yang sudah memiliki Ilmu ini jika ingin berterimakasih, silakan mengisi ruang comment ya

Begitu juga pada yang ingin meluahkan sesuatu, inshaAllah jika diizinkan akan di jawab, inshaAllah

Untuk bertanya, bolehlah telefon 0196313202
Juga boleh e mail nuranugerah@hotmail.com

juga boleh hubungi saya 0192368789

Situasi dan Kondisi masing masinglah menentukan samada Pilihan masing Masing itu menjadi Takdir dirinya, menyampaikannya menemui sesuatu

Hiduplah sebagaimana kamu mahu hidup, ingat yang kamu akan dijemput maut, mati
Buatlah apa saja kamu mahu perbuat, ingat yang Balasan setimpal akan menemui kamu
Cintailah sesiapa sahaja yang kamu mahu menyintainya, Ingat yang dia akan berpisah darimu

SubhanAllah, wahdahu laa syarikalah

Monday, August 3, 2015

Putus Sudah?

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”

Riwayat al-bukhari

Huraian:

    Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.

    Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”

    Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.

    Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

    Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.


Hukum memutuskan silaturrahim ( dari blog JomFaham)

Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala, Sebagaimana firmanNya:

Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)

Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

َMaksudnya:


    “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)