Ini Persekutuan Tanah Melayu
Selepas Merdeka Pada Tahun 1957
Untuk Menerima Kawan Kawan Baru
Bertukar Pakaiannya Kepada Malaysia
DiKala itu Kawan Kawan Barunya Bersetuju
Duduk bersama sama Melayu memajukan Malaysia
Walaupun dikala itu,
50 peratus untuk Raja dan Sultan Melayu
50 Peratus lagi untuk sama sama Rakyat semuanya
Hakikatnya Rakan Rakan Baru banyak membantu Memajukan Malaysia
Mengutamakan Melayu yang kurang Upaya dikala itu
Melayu memimpin pun berkorban untuk rakyat kerana mereka adalah Pemimpin Berjiwa Rakyat
Di kala ini
Pemimpin bukanlah Bangsawan lagi
Maka wujudlah jenis selfish
Mementingkan poket sendiri melebihi Rakyat Marhain
Maklumlah Negara Demokrasi, Bebaskan sesiapa saja mahu menjadi Pemimpin
Rakyat Pula diperbodohkan dengan Praga Semasa
Ada juga Pemimpin ala Mamak Bendahara zaman Melaka
Nak Telan tak boleh, nak luah pun tak boleh
Itu berlaku pada Hang Tuah
Tidak Melayu Hilang didunia
Yang Setia tidak berbelah bagi, walaupun dia menerima Godaan Paling Tinggi
Daripada Tun Teja yang disediakan untuk sang Raja
Kini ramai yang seperti Hang Jebat
Dalam Hati marahkan kesilapan yang berlaku
Lalai Mengingat semuanya itu adalah UjianNya
Dan kita tidak menanggung dosa pelakunya
Demonstrasi bertukar nama kepada BERSIH walaupun tidak SUCI
Lupa bahawa itu boleh menjahanamkan bila dalam Volume yang Besar
Arusnya yang besar boleh membunuh Perniagaan orang lain
Bila di larang mereka katakan PDRM Anjing
Disuruh bermain dalam Stadium mereka tak hendak
Allah menyeru agar manusia Bersyukur
Allah bertanya: Nikmat AKU yang manakah nak kamu dustakan?
SIKSA Allah itu pedih ngilu, akibat suka komplen, suka membangkang
Namun tak ada sesiapa yang mengambil Pelajaran
Maka Syaitanlah menjadi kawan Karib
Menipu manusia, Tak suka melihat manusia Berjaya, agar porak perandalah ini Negara
Sekiranya kamu Bersyukur, Allah akan Menambah NikmatNya kepada kalian
Bila kamu Kufur ingatlah siksa KU pedih
Merdeka kan lah diri mu masing masing
Agar dirimu tidak di jajah oleh Pemikiran Buas Syaitan
Yang Tidak senang melihat Kejayaan Manusia
Siapakah orang yang Lebih baik?
Adalah ia, yang banyak memberikan kelapangan pada lain orang
Siapakah Orang Yang Terlebih Baik?
Adalah sesiapa sahaja Yang Lebih Taqwanya
Orang Yang Bertaqwa itu tidak mementingkan POKET sendiri,
Berlaku ADIL dan Beramanah memegang Janji
sebagai Persembahan Tauhid kepada The Supreme Being
Merdeka!
No comments:
Post a Comment