Dengki adalah sifat Keji dari kalangan manusia, Munafik dan Kafir, dan segelintir umat Islam yang tidak memahami Ilmu Islam
Sifat Irihati hanya di benarkan dalam dua keadaan, yakni, tatkala melihat seorang hartawan yang dermawan kita akan ingin mencipta diri sepertinya juga, itu yang di benarkan
Juga apabila melihat Ilmuan yang solehah kita juga ingin mengikut jejaknya, ingin seperti dia juga di benarkan
Irihati itu jika tidak benar akan melahirkan rasa dengki, adakalanya bertambah menjadi Khianat terhadap yang di pandang oleh mata masing masing
Bertambah tambah lah kes jika dalam golongan senda gurau dan bermain main saja
Hanya golongan mukmin yang soleh tidak terlibat dengan angkara Dengki apatahlagi Khianat
Kerana Innamal mukminuna ikhwah
Dengki itu menimbulkan, masing masing membuat tuduhan tak menentu terhadap lain orang, menuduh orang lain dengan Persangkaan semata, apatah berada dalam parti parti yang berlainan pemikirannya
Begitulah adanya Fatwa oleh pihak Mufti Arab Saudi, yang Partisan itu bukanlah sunnah
maksudnya sifat berparti parti itu bukanlah jalan sunnah, namun di ikuti oleh golongan khawarij, dan munafik serta kafir sahaja
Kerana itulah Islam itu hanyalah apabila dapat menuruti sunnah tauladan Muhammad SAW, kerana sunnah Tauladan yang terbaik dari Muhammad SAW itulah yang patut menjadi tauladan kita semua
Namun hidup di masa kini hanyalah berada dalam sistem demokrasi, dari rakyat kepada rakyat, yang di wujudkan oleh pemerintah masa kini hanyalah syiar islam tanpa memandang berat hal Tauhid, hal aqidah Islam itu, itulah menjadikan sistem pelajaran Islam itu sangat mundur
Ibarat Hukum Islam, Qisas itu hanyalah berjalan dalam Takzir yakni hal yang dapat di kutip dengan dendaan duit sahaja, kerana dunia sekarang memandang DUIT itulah keutamaan
Akibat dari Dengki Khianatlah maka sistem Pelajaran Islam itu terabai, subhanAllah
Kesilapan dan bencana yang menimpa diri masing masing adalah akibat tangan sendiri
Demikianlah Kenyataan dari Allahu subhanahu waTaala
AlQuran yang patut jadi pelajaran itu di abaikan kerana hanya tahu menyebut ayat ayatnya sahaja sedangkan, pengertian di sebalik ayat bayat keterangan itu berkehendakkan diri masing masing yang membacanya mengambil pelajaran, itulah makna menurut kebenaran Islam
Sedangkan jika sekadar tahu menyebut ayat ayatnya, tanpa mengindahkan pelajaran daripada Allah itulah yang Allah menghantar Syaitan syaitan yang membisikkan berbagai pemikiran dan perbuatan kepada mereka yang berkawan karib dengan syaitan dan jin, subhanAllah
bagi yang meragui kenyataan ini, silakan rujuk surah az zukhruf surah ke 43 dalam AlQuran, lihatlah ayat ayat 36 ke 38, semuga mendapat hidayah, mengenainya
InshaAllah, buangkanlah sifat sifat keji dan maksiat dari dalam diri umat islam, semuga mendapat Hidayah Allah meningkatkan diri kepada Mukmin yang terbaik
Selamat menyambung Ikhwah masing masing walaupun Allah menyatakan hanyalah mukmin yang berikhwah sama sendiri
InsyaAllah ya, daripada menjadi muslim yang mengambil pelajaran daripada Allah, dan AlQuran, semuga bersifat Mulia dan menjadi mukmin yang beramal soleh
No comments:
Post a Comment