Selepas ada Ilmunya, ada HidayahNya, kamu akan sampai kepada mengenal diri, akan sedarlah
Bahawa Ancaman yang wujud diluaran diri, yang memungkinkan kacau bilaunya hidup sendiri, adalah muncul dari dalam diri sendiri
Tauhid mengajar manusia ingat kepada Allah Yang Maha Berkuasa - inilah inti kepada Islam, menghendaki manusia Berserah kepada Allah, Apabila Kenal diri, Kenallah Allah, tiadalah diri memperdulikan bisikan syaitan, sebaliknya akan Ingat Allah dan bermohonkan kebaikan
Berserah Allah itu, membawa diri kepada kata kata: Cukuplah Allah bagiku
Kemunculan Ancaman kepada diri sendiri itu, kerana negativiti yang keterlaluan dalam diri sendiri
Ilmu Islamnya tiada di Miliki, sebaliknya lebih mempercayai Bisikan syaitan. Bahawa Ilham itu tiada suara, sebaliknya adalah gerak yang memandu tanpa 'kuasa diri'. Dan inilah yang Allah tunjukkan dalam Kisah Qarun, Hamann dan Firaun, yang banyak bersangka sangka, menyatakan atas kemampuan diri mereka lah mereka mencapai sesuatu itu, lalai mengingat dan bermohon kepada Allah
Sekarang ini, ajaran sebegitu menguasai dunia kehidupan masakini, kerana di ibaratkan umat Islam itu sebagai BUIH, yang asyik ulang mengulang 'masalah', Bangkitlah Wahai Umat Islam, dirimu Bersihkanlah, Allah mu, Agungkan lah
Semua itu berkehendak kepada Ilmu, Sumbernya Al Alim Yang Maha Mengetahui yang bersifat Aliman, yang mengajarkan maksudnya memberi faham dan dapat mengingat, dan itulah yang memandu Gerak dan Diam diri
Semuga dapat menghindari Tipudaya syaitan yang batil, yang Allah SWT izinkan, Iblis menipu dan memperdaya, sesiapa sahaja yang tidak Ikhlas
Inilah hakikat Bahawa Allah menerima amalan amalan masing masing diri hanyalah apabila Ikhlas lillahi, Billahi, Wallahi
Inilah yang di ajarkan, untuk berfikiran positif dan bersangka baik
Jadi pupuklah diri masing masing agar berfikiran positif, dinamiklah diri sepertimana Allah memberikan Peringatan kepada Muhammad (surah ke 47)
Ingatlah Dunia hanyalah permainan dan senda gurau, inilah yang berlaku dalam Games mereka ada pengadilnya yakni manusia juga, kadang kadang ramai manusia yang melihatnya, mengatakan, Pengadil bias, makan sebelah, silap perhitungan dan sebagainya, Lihat pula dalam fasyen , model model londeh pakaian untuk ganti lain lain pakaian untuk di peragakan
Begitu juga dalam Politik demokrasi, hanya saja, yang menurutnya tidak ingat, semua itu termasuk Permainan dan senda gurau, SATIRA
Tipu daya syaitan berlaku, manusia menurut tanpa memperdulikan itu sudah ada Tauladan dari Muhammad atau tiada, sedangkan di masa lain mereka beria ia menyatakan mereka memperjuangkan Islam. Sedarlah ya, Kebenaran Islam yang Suci itu terkandung di dalam AlQuran, semuga dapat menjadikan diri masing masing berpakaian Taqwa
Kerana itulah Allah menyatakan, setiap masalah yang menimpa kamu, adalah akibat tangan kamu sendiri, Janganlah kamu letakkan dirimu ke dalam situasi dan kondisi yang akan meruntuhkan diri, menjatuhkan maruah dirimu, dan sebagainya. Fikirkan lah
Ikutlah Panduan yang sudah di tauladankan yakni yang kita kenal sebagai Sunnah Rasulullah dan sunnah khulafak ar rasyidin
Semuanya itu memerlukan kita bertalakki dengan Orang Yang Tahu yang Ingat kepada Allah
kerana isi yang utama di dalam Kitab Hidayah itu adalah, jika kamu belum mengetahui, bertanyalah dengan ahli zikir
Demikianlah serba sedikit
Ampun Maaf di pinta, Lembu kita bawa ke air, namun hak meminum air tu tertakluk kepada Fitrah kejadian lembu, sedangkan manusia itu adalah Ciptaan Allah yang terbaik
Fikirkan dan sila take action
for your own goodness
SubhanAllah
No comments:
Post a Comment