image

image

Wednesday, August 26, 2015

Apa ITU

Apa itu Iman?
Iman adalah Kepercayaan, Keyakinan, kepada Allah Yang Esa. Termasuklah Rukun Iman yakni kesimpulan agar dapat menyakini Allah yang ESA berdasarkan Makhluk Yang Allah cipta. Percaya kepada Malaikat, kepada Kitab Suhuf, Taurat, Injil dan AlQuran, Kepada Rasul dan nabi Utusan Allah, Kepada Hari Kiamat dan Hari Akhirat, Kepada Takdir yakni Qadza dan Qadar bagi diri dan makhluk semua yang wujud

Apa itu Islam?
Islam itu Berserah diri kepada Allah yang ESA, dan Beramal Ibadah soleh dan kebaikan beramal dalam diri masing masing, Berpuasa agar dapat bertaqwa, dan melakukan Haji ke Baitullah bagi mengenang sunnah dan tauladan daripada Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Muhammad saw, juga nabi Musa a.s. Sebelum itu keluarkan Zakat Fitrah juga Zakat atas Pendapatan dan harta Harta yang di kurniakan Allah kepada masing masing sebagai Wajib dan sunnah yang patut di tauladani

Apa itu Amal?
Amal adalah kelakuan, perbuatan seseorang yang mengikuti Tauladan dari Rasulullah saw. Kerana kita adalah Umat Muhammad. Itulah yang di gesakan agar menurut Sunnah, dan Sunnah Peribadi Rasulullah, muhammad itu sebagai ikutan yang baik kepada kita. Dan hanyalah amal amal yang Ikhlas daripada diri kita masing masing Yang Allah Terima

Dan Segala Amal kebaikan yang manusia lakukan adalah untuk diri masing masing yang beramal sedemikian, hanya saja apabila Berpuasa itu, Allah yang Menilai dan Menghisab, kerana itulah Allah firmankan, agar dapat bertaqwa

Apa itu Hidayah?
Hidayah itu adalah Petunjuk dan Kurniaan Allah kepada masing masing Diri yang Allah Redha
Kitab yang mengandungi Hidayah Petunjuk itu adalah AlQuran, yang mengandungi Ilmu dan Pelajaran daripada Kitab dan Suhuf yang terdahulu, kerana bagi kaum bani Israil itu Pendita mereka suka menyembunyikan sebahagian kebenaran, sementara Pendita Nasrani pula ada yang menambah nambah ayat ayat mereka ke dalam Kitab Kitab Injil. AlQuran itu di pelihara oleh Allah melalui manusia yang menghafal dalam hati mereka tak dapatlah Yahudi dan nasrani hendak menipu dengan ayat ayat tersendiri mereka kerana orang yang Hafal itu dapat Mengetahui dengan Hidayah Allah

Bak kata Cat Steven, jika dia melihat kelakuan umat Islam, tak dapatlah beliau hendak belajar tentang Islam, namun apabila beliau mengikut sunnah, mendalami AlQuran, dapatlah Hidayah kebaikan daripada Allah kepadanya, Yusuff Islam

Kerana inilah saya telah menulis sebelum topik ini, betapa Jalan kebenaran Islam itu di pelihara oleh Perawi dan sanad yang sahih daripada orang yang terdahulu. Inilah pentingnya salasilah ilmu, atau Jalan mendapatkan ilmu, Tariq

Maksudnya: Janganlah kita menyangka, atau menuduh kelakuan orang lain itu kerana diri kita sendiri belum pasti bagaimana akan menerima maut. Kerana inilah Allah firmankan, Jagalah diri kamu, dan ahli keluarga kamu, atau kaum kerabat kamu, daripada siksa api neraka

kerana itulah ada ayat ayat ini: Bertaubatlah dan ikuti dengan perbuatan perbuatan yang baik
juga ayat ini: Beriman lah dan beramal soleh,

Ingatlah ya:
Dunia hanyalah Permainan dan senda gurau, inilah pentingnya Ilmu Islam agar dapat kita beriman, dan juga beramal soleh, inshaAllah

3 comments:

  1. Apa itu Dunia
    Dunia ini hanyalah sementara, Bagaikan Bangkai Kambing, Apa yang direbutkan hanyalah menurut Hawa Nafsu masing masing diri

    Apa itu Hidup
    Hidup hanyalah Permainan dan Senda Gurau kecuali Beriman dan Beramal soleh
    Maknanya ikut Fitrah, Cara Hidup Islam, menauhidkan Allah

    Apa itu Buih
    Buih adalah ombak laut yang singgah di Pantai, namun akan berulang ulang menjadi Air dan ombak dan Buih, demikianlah jika tanpa Ilmu Islam, menjadikan manusia dan jin itu seperti Buih

    Apa itu Ihsan
    sekiranya manusia tidak nampak Allah, Ingatlah bahawa Allah senantiasa Melihat akan Dikau

    Apa itu Kufur
    Kufur itu tidak Ingat kepada Allah, Izinnya, Nikmatnya dan mendekati diri itu menjadi Engkar yakni Kafir

    Apa itu Munafik
    Munafik itu apabila diri tidak dapat Ikhlas, tidak dapat bersifat Siddiq, Tidak bersifat Amanah, Tidak bersifat Tabligh, dan Tidak Bersifat Bijaksana
    Munafik bila sering bersangka sangka lalu menuduh lain orang, mengeji lain Orang, Mengumpat Lain Orang dan Mengungkit ungkit sesuatu, apatah lagi ia suka memutuskan silaturrahim sesama muslim mukmin

    Apa itu Nasihat Menasihati
    Adalah ianya kebenaran yang Ikhlas di sampaikan tanpa persangkaan

    Apa itu Ikhlas
    Ikhlas itu umpama sedang Mengucap لاإله إلا الله

    ReplyDelete
  2. Apa itu Cinta
    Cinta itu sepatutnya keutamaan kepada Yang Esa
    Menganugerahkan kepada KekasihNya
    Tiadalah Ia berkata Melainkan Wahyu Belaka
    Turun kepada manusia
    Ada yang menauhidkan Allah Paling Atas dari sekalian makhluk ciptaanNya
    Ada yang terpengaruh oleh Dirinya sendiri
    Ada yang Terpengaruh oleh Nafsu Syaitannya

    Apa itu Kekasih
    Paling atas adalah Muhammad Habibullah
    Tentulah dapat Bersatu, Menauhidkan Allah Yang Esa
    Satelah itu, Lahirlah makhluk semuanya

    Sekiranya Telah Sempurna Iman, Dapatlah, Makrifat, Mencapai Tahap Kekasih, Kekal Menauhidkan Allah
    Ia tetap Mengingat Allah dan Allah pula meng Gerak dan Diam kannya
    Tatkala itu hanya berkata, hanya Ingat, KUN maka FAYAKUN lah
    SubhanAllah Wahdahu lasyarikalah

    ReplyDelete
  3. Apa itu JAHIL
    Jahil kerana tidak mahu menerima Kebenaran Islam
    Merasakan mereka di dalam kebenaran mengikut Tradisi nenek moyang terdahulu
    Walaupun mereka tahu pada gelaran AlAmin, namun disebabkan menyalahi Nafsu diri mereka, tidak mahu mengakui kebenaran yang di berikan itu

    Apa itu Bodoh
    Bodoh itu apabila tidak sedar diri diCiptakan Allah kerana menurut mereka ianya terjadi dengan sendiri, padahal misalannya ada pada mereka, bila berkehendak sesuatu, ada yang menciptakannya, tidak sedar tentang The Supreme Being

    Manusia itu Ciptaan Allah yang Terbaik, tentulah mengikut Fitrah, namun ibubapalah yang memajusikan, menasranikan, meyahudikan mereka

    Islam itu Kehidupan Fitrah, Divine, The Truth

    ReplyDelete