Mukmin itu Berkasih sayang atas kalimat Tauhid yang menyatukan hati masing masing
Demikian telah dibuktikan oleh golongan Ansar kepada golongan Muhajirin, Demikianlah ukuran Sahabat, Akrab, Mengukuhkan Perhubungan, silaturrahim
Dan kini kita hidup mudah untuk berlaku sebaliknya, melalui Internet, kita pun mengadakan website, Forum, Space, Facebook dan sebagainya. Apabila kita tidak suka dengan seseorang, kita pun ambil sikap mem Banned dan tiada kemaafan. Apakah itu bukan bermaksud memutuskan silaturrahim?
Dajjal dan kuncu kuncunya, termasuklah Smartphone, dan berbagai gadget bermata satu, Lalu apakah yang kalian suka, jenis apakah dirimu, adakah kamu munafik dan kafir, lalu kamu bertolong tolongan mempromosi, kekarutan, kekafiran, keduniaan, kekejian, dan segala jenis kesesatan, tanpa SEDAR
Jika demikian lah hidup kamu, kamu hanyalah termasuk kedalam Permainan dan senda gurau
Termasuk lah golongan sesat dan menyesatkan
Kecuali
Jika kamu Beriman, kamu jenis yang Mempercayai, dan Mengingati Allah Yang Esa dan kamu berbuat Kebajikan, Kebaikan, menolong lain orang, membantu mengalihkan dan memperbaiki keadaan, Memaafkan kesilapan dan kesalahan atau melakukan correction, benarlah dirimu, dapat taufik Hidayah Allah
Demikianlah Allah menimpakan Ujian, untuk Melihat, siapakah yang lebih baik, siapakah yang paling banyak menolong lain orang, siapakah yang lebih Taqwanya
Bahawa kamu di hantarkan kehadapan ku, untuk menguji keimanan dan akhlak ku
Bahawa aku dihantarkan kehadapan kamu, untuk menguji akhlak dan keimanan kamu
Hakikatnya Ujian Allah itu untuk mengikhlaskan peribadi yang mendapatnya, agar kemudiannya, Ibadah dan segala amalanya mendapat keberkatan, kerana Allah hanya menerima amalan daripada Jinn dan Manusia yang Ikhlas sahaja
Begitu mudahnya untuk memutuskan silaturrahim
Kesimpulannya, ubahlah haluan, haruslah kita berawas, mengendalikan diri, agar menjadi agen perubahan, agar mengubah yang kurang menjadikannya Lebih Baik -
InsyaAllah
Jika ada pada dirimu, sikap membenci Peribadi seseorang, begitulah kamu akan memutuskan silaturrahim, kerana itulah kita di seru agar dapat memaafkan, kesilapan dan kesalahan amal, kerana Tiadalah di utus akan Muhammad SAW itu, melainkan untuk menyempurnakan Akhlak Yang Mulia
ReplyDeleteJangan suka menuduh dan memarahi, Peribadi, baikilah Akhlak diri kita masing masing, semuga ada wujud kasih sayang sesama kita, semuga berjaya bertaqwa, insyaAllah