image

image

Tuesday, February 16, 2016

Wasiat Iman menuju Mukmin Mukhlisin

Wahai saudaraku, Bagi orang mukmin ada 3 tandanya

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia 

Wahai Saudaraku, Bagi orang alim itu ada 3 tandanya

1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri 

Wahai Saudaraku, Bagi orang yang bertakwa itu ada 3 tandanya

1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman 

Wahai Saudaraku, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tandanya

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya 

Wahai Saudaraku, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tandanya

1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

Wahai Saudaraku, Larangan terhadapmu atas 4 perkara

1) irihati
2) bohong
3) loba
4) pemarah

Wahai Saudaraku, segala sesuatu itu ada penyakitnya

1) Penyakit bicara adalah bohong
2) Penyakit ilmu adalah lupa
3) Penyakit ibadah adalah riak
4) Penyakit budi pekerti adalah memuji diri sendiri
5) Penyakit berani adalah agresif
6) Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian
7) Penyakit cantik adalah sombong
8) Penyakit bangsawan adalah bangga
9) Penyakit malu adalah lemah
10) Penyakit mulia adalah menonjolkan diri
11) Penyakit kaya adalah kikir
12) Penyakit royal (mewah) adalah berlebih-lebihan
13) Penyakit agama adalah hawa nafsu

Kepada tuan puan yang mengetahui sirah, tahulah hendaknya, pesanan itu dari seorang Pakcik kepada anak keponakannya, semuga dapat pelajaran, dapat mengingat dan membina kehidupan dengannya

1 comment:

  1. Ubahlah haluan diri kita, agar dapat menambahbaik peribadi masing masing, semuga berjaya Ikhlas

    Hanya apabila diri kita ikhlas, kita beramal ibadah dan beramal kebajikan, Allah memberikan ganjaran kebaikan padamu, berlipat ganda, itulah keuntungan sebenar, perniagaan yang Allah jualkan pada manusia, siapa yang mahu, silakan

    ReplyDelete