image

image

Friday, February 26, 2016

Syaitan

Apabila Muslim mahu menikah, syaitan akan menangis, kerana itulah di saat seorang gadis itu bertunang dikatakan, darahnya manis,
Adalah tidak elok jika berlama lamaan bertunang, sebaiknya, jika lelaki itu kamu nampak elok zahirnya, cepatkan atau segerakan nikahnya, kecuali kamu ada Bashirah, dapatlah menilai bathiniah orang itu, itu lebih baik

Syaitan membisikkan kepada manusia, maka ternyata bagi yang belum Mengenal Allah, akan nafsu dirinya sukakan bisikan syaitan, Syahwat memuncak apabila melihat aurat yg terdedah, maka begitulah jika beriman di seru agar menundukkan pandangan, Namun bila kita di depan komputer berinternet itu menambahkan Nafsu melihat berbagai perkara Keji, dan maksiat

Maka begitulah dikatakan, yang terbaik itu adalah sidia yang apabila bersendirian, merasai Keberadaan dan Kekuasaan Allah. Tentulah yang demikian itu Peribadi yang Ikhlas

Syaitan yang membisikan, iaitu Bisikan Syaitan menjadikan peribadi orang itu, prejudis, bersangka sangka, kerana itulah, manusia kebanyakkan itu hanyalah bersangka sangka, dan persangkaan demikian tidak dapat menjadi Hujjah kebenaran, Maka tidaklah menghairankan jika memberikan ucapan, sebutan, even tazkirah, ada tuduhan, mengeji, dan mengumpat, orang lain

Syaitan menjadikan Peribadi, menyangka yang bukan bukan, kerana salah letak, atau kehilangan sesuatu, demikiananlah syaitan menipudaya, sesiapa yang belum ikhlas

Syaitan itu terdiri daripada Syaitan manusia dan Syaitan Jinn, dan merekalah yang suka menentang apa yang nabi dan Rasul Allah sampaikan, maka begitulah jika lihat sirah nabi muhammad saw, walaupun di gelarkan baginda dengan yang terpercaya atau al amin, apa yang diserukan agar Jangan sekutukan Allah, ditentang bermati matian, sehinggakan Muhammad saw  dituduh Gila dan sebagainya, demikianlah manusia syaitan dan syaitan jinn

Golongan Jinn yang mendapat Hidayah Allah meminta SAW menyampaikan beberapa ayat alQuran, kerana mereka mahukan Hidayah daripada Allah, namun Allah mengambarkan Syaitan itu tiada berkuasa, dan berilmu pengetahuan dalam cerita Nabi Sulaiman a.s, sehinggakan Allah mematikan nabi Sulaiman, tidak disedari oleh Jinn yang menjadi pelombongnya

Sebab itulah, Penyakit yang hinggap pada diri, adalah Ujian dari Allah, dan golongan Syaitan itulah yang menjadi agensi Allah dalam program menentukan Siapakah Yang Lebih Baik Amalannya
Siapakah Yang Paling Banyak Menolong lain orang, dan Siapakah yang lebih Taqwanya, agar beroleh ikhlas, Jaminan Allah hamba hamba Allah yang Ikhlas, syaitan tidak dapat menguasai

Sila Rejamkan syaitan dalam dirimu dengan ucapan Merejam syaitan itu iaitu ucapan Taawudz
Dalam hatimu, selalukanlah Merejamnya

Sebagai  melepaskan, agar Allah menyembunyikan AIB dirimu, elok sangatlah jika kita perbanyakkan Istighfar, dan agar mendapat kebaikan elok jika rajin berselawat, kerana ganjaran lebih baik akan Allah berikan kepada dirimu

Silakan perbaiki lah dirimu sendiri, Peliharalah diri mu dan ahli keluarga kamu, yakni kaum kerabat kamu, daripada siksa api Neraka, dan silakan berusaha dan berikhtiar, menambahbaik diri agar dapat menjadi muslim yang Jujur dan Ikhlas, Kerana

Allah hanya menerima amalan daripada Muslim dan Mukmin yang Ikhlas sahaja
InsyaAllah

4 comments:

  1. Syaitan juga membuatkan dirimu merasa sudah cukup ilmumu, sudah cukup amalmu, dan menjadikan kamu hairan akan pencapaian dirimu, termasuklah merasa bangga dan riak kununya kamulah terbaik
    Maka kamu suka meremehkan Ilmu, dan peribadi orang lain, kamu menyangka kamulah yang terbaik, kerana itulah dalam hal Iman, Janganlah kamu mengaku ngaku, sudah beriman, subhanAllah

    Selagi nyawa masih bernafas begitulah sepatutnya, mahu hela nafas, mahulah menambah ilmu agar naiklah darjat diri mu termasuk ke dalam golongan yang Makrifatulloh

    ReplyDelete
  2. jika mengaji Hadis - Ammarah, Baran, Menguap itu daripada Syaitan sementara, tatkala berbuat maksiat dan mungkar itu such as, mengumpat, mengeji, menuduh,menghina, menyombong, melacur, berzina, dengki khianat, itu semuanya tercabut iman,

    sepatutnya Sedarlah diri, dan menerimalah akan segala yang di Uji oleh Allah, agar dapat kita mengikhlaskan diri masing masing menerima dengan mensyukuri dan bersabar, serta ingat akan Allah SWT

    ReplyDelete
  3. Syaitan menipu daya manusia dan jinn, yang belum Ikhlas menauhidkan Allah, maka menjadilah sesuatu pekerjaan, perbuatan, amalan seseorang itu, kepayahan, dan memakan masa berlarutan, sehingga lalai untuk solat, maka keluarlah fatwa baharu, tanpa Qias,

    Menjadilah sesuatu itu sebagai sebuah permainan dan senda gurau kehidupan ini, dan kerap berulang hal yang sama, seperti mana, pergi merawat penyakit, kena ulang mengulang, namun tak juga sembuh dan sihat, dan ada yang tersilap sehingga menemui Maut

    Sekiranya diakhir kalam mu, dapat mengingat Allah, Alhamdulillah itu kebaikan buatmu, semuga terhindar daripada digelincirkan pegangan akidah diri masing masing, tambah tambah diwaktu menghadapi sakaratul maut

    ReplyDelete
  4. Tamparan syaitan itu dikenal dengan angin ahmar juga dalam medikal sains dikatakan stroke, Dan bagaimana tuan dapat menasihatkan orang agar membaca ayat qursi untuk menghalau jin dan syaitan, tetapi tuan penasihat pula yang kena stroke, tidakkah itu Pelik?

    Allah hanya menerima amalan yang Ikhlas sahaja, itu sebab bila menyampaikan Tazkirah hedaklah menjaga kesucian Islam, tanpa Persangkaan, tanpa Prejudis

    ReplyDelete