image

image

Monday, February 22, 2016

Perantara seumpama Berhala


Jika yang menyembah Berhala itu kita mengertikan itu sudah syirik, namun mereka berkata itu untuk menjadikan sebagai perantara melihat Tuhan,
Namun mereka mengaku semua itu adalah jenis Tuhan devata, dewa dan dewi
Sedangkan golongan Teratas dalam sistem Kasta yang di kenal sebagai Brahmin, Ada didalam Kitab Bhagavadgita bahawa mencari apa yang didalam diri itulah keutamaan, lalu mereka menggambarkan ia sebagai satu bentuk Cahaya yang bergemerlapan, Dan bangsa ini, ataupun Kaum ini, pernah memerintah orang Melayu beratus ratus tahun, sebelum, menerima Islam

Maka Tidaklah Menghairankan, 

Orang Melayu pula ada yg memakai berbagai perantara
Ada yang masih kena membaca baca mantera, dan ada yang masih kena membaca ayat ayat tertentu
Ada pula sebahagian yg lain memakai, alat alat seperti Keris, Cincin, batu batuan, kayu kayuan dan sebagainya, kununnya itu barang menambah kuasa,

Semua itu akan menjadi syirik jika tidak Ikhlas nawaitu kepada Allah - sebagai mana ucapan -
لا إله إلا الله- tiada ilah, tiada perantara, tiada sesuatu, kecuali adanya Allaah

Golongan yang masih menggunakan berbagai perantara selain daripada Ilmu Tauhid, Cukuplah Allah bagiku, adalah kerana berdampingan Jin Islam, Bunian, Dan masih ramai yang mengatakan, tidak salah, kerana mereka juga Islam, maka berterusanlah mereka menggunakan berbagai perantara tersebut


HakikatNYA

Allahu itu AlAlim, Yang Maha Mengetahui, bersifat sebagai Aliman maksudnya jika sebelum wujudnya Kehendak sepatutnya adalah Ilmu, agar terhindar daripada persangkaan SESAT

Sila tingkatkan diri, menambah baik, Keyakinan agar Mantap, Haqqul Yakin, kelakuan, Akhlak, agar berjaya Ikhlas, dan Keluarlah daripada memakai perantara, agar Menggunakan Ilmu untuk sampai kepada Makrifatulloh

Itulah maksud, jika kamu belum mengetahui, bertanyalah kepada Ahli Zikir, yang dapat membimbing kamu, agar merasai Cukuplah Allah bagiku,  


Jika kamu belum mengetahui, bertanyalah kepada ahli zikir
Maksud dari kata zikir itu adalah Ingat
Maksudnya orang itu Ingat akan Ilmu Pengetahuan yang diIzinkan Allah kepadanya - maksudnya tidaklah ia meninggi diri dan berprasangka terhadap lain orang, Ikhlas lah itu, dapat menjaga diri sendiri, dengan mendapat Hidayah Taufik daripada Allah


Begitulah jika mahukan kebaikan
Jika faham akan Keutamaan Islam, akan barokahlah hidup kalian, jika dapat menurut keutamaan itu,

Kesesatan itu kerana kita lalai Zikrulloh, kita hanya ikut arus, dan menyangka kita mampu, demikian kesesatan itu membawa dirimu, sedikit demi sedikit lalai mengingat Allah, merasa seperti jika kamu berusaha pasti akan berjaya, cubalah fikir fikir, dimanakah Tawakkal itu, agar benarlah kamu berserah Allah, as muslim

Ada pesanan agar kita mengutamakan Islam, berbanding Kekafiran dan kemunafiqan, sebegitulah maksud agar melihat Peribadi yang berakhlak mulia, beriman, untuk menaruh harapan, mendapatkan Ilmu dan sebagainya

InsyaAllah


SubhanAllah wahdahu laa syarikalah

2 comments:

  1. Standard lah apabila kita sedang belajar, ada lagu laguan, ada sebut sebutan, seumpama dalam darjah satu dua tiga, ada lagu lagu sifir kita baca, kemudiannya apabila naik darjah kita sudah ingat, tak perlu lagi menyanyi nyanyi dan menyebut nyebut

    itu semua sebagi pelajaran agar kita menggunakan Ilmu Pengetahuan, yakni Ilmu Tauhid, agar tidak sekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, semuga dapatlah mengertikan, kata kata; Cukuplah Allah bagiku, Hasbunallah wanikmal wakil wanikmal maula wanikman nasir

    InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Sikap dan akhlak diri kena ubah, Jangan ingat dah cukup Ilmu mu, Jangan teruja bila masyur, Ikhlaslah sebagai manusia, sentiasalah menambah ilmu, meningkatkan iman, yakin agar mantap menjadi sebuah Pegangan, agr dapat berjalan Lurus

    Awwaludin Makrifatulloh, dan dunia permainan dan senda gurau itu cuba menipiskan Iman kita, cuba untuk melalaikan kita Ingat dan Amal yang lebih baik, Semuga berjaya Menjaga dirimu, dan Kaum Kerabat kamu, insyaAllah

    ReplyDelete