image

image

Monday, September 26, 2011

Tawakkal - berserah dirimu kepada AKU, sebulat bulat hatimu

~Tawakkal~
 
Bercerita tentang tawakal, terdapat sebuah kisah antara Imam Syahid Hassan AlBanna 
dan Abbas As Sissi.

Setelah Abbas mendapat diploma dari Sekolah Menengah Teknik pada tahun 1939, beliau berangkat ke Kaherah untuk mencari kerja. Beliau pergi menemui al fadhilah al mursyid am Hassan Al Banna r.a di Markas Am Ikhwan di Al-Hilmiyah Jadidah. Setelah almursyid mengalu-alukan kedatangannya, almuryid bertanyakan sebab-sebab kehadiran beliau di kota Kaherah itu.

Abbas: Untuk mencari kerja.

Almursyid: Tidakkah kau terfikir untuk bekerja secara sukarela di Sekolah Teknik/ Mekanik Peperangan?

Abbas: Sesungguhnya keluarnya aku dari sekolah teknik ini adalah semata-mata untuk membebaskan aku dari perkhidmatan tentera.

Almursyid: akan tetapi risalah kita mewajibkan kita berkhidmat di dalam jurusan ini (jurusan ketenteraan).

Abbas: Itu tidak ada halangan, tetapi aku tidak akan berjaya di dalam pemeriksaan Doktor kerana sebelah dari mataku kabur (rabun).

Almursyid: Bertawakallah kepada Allah s.w.t supaya berjaya.

Abbas: Bagaimana aku akan berjaya di dalam pemeriksaan Doktor padahal mataku dalam keadaan yang demikian.

Almursyid: Justeru kerana itulah aku berkata: bertawakallah kepada Allah kerana jika matamu sejahtera, kamu akan bertawakal kepada matamu.

Pengertian ini benar-benar menggoncangkan kewibawaan Abbas sekaligus beliau merasakan iman menyelinap ke dalam perasaaannnya. Beliau berangkat menuju ke Sekolah Teknik Peperangan di Al Abbasiyah dengan bertawakal kepada Allah s.w.t. Beliau diiringi oleh seorang pegawai tentera menuju rumah sakit tentera dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah s.w.t, berserah sebulat-bulatnya kepadaNya dengan harapan mendapat kejayaan. Setelah melalui pemeriksaan Doktor secukupnya, beliau termasuk di kalangan orang-orang yang berjaya. Lantaran itu, beliau memasuki sekolah tersebut dan bermulalah hidupnya di dalam jurusan yang baru dan di luar dari perhitungan awalnya.

Beliau juga tidak lupa, bagaimana apabila meletus sahaja perang dunia kedua, kementerian telah menyegerakan penamatan kursus(graduation) bagi membolehkan mereka berangkat ke medan perang di padang pasir sebelah Barat. Beliau beserta rakan-rakannya seramai sekitar 100 orang pergi ke Dharbu An Nar, medan tempat ujian menembak (sebelum lulus). Beliau berasa sangat dukacita kerana bimbang akan gagal di dalam latihan menembak itu kerana kelemahan mata kirinya. Spontan beliau teringat kata-kata AlImam - tawakallah kepada Allah, kamu akan berjaya. Serentak dengan itu meresaplah pengertian tawakal ke dalam jiwanya dan beliau benar-benar yakin akan hakikat bertawakal itu. Beliau melakukan latihan menembak itu dengan sepenuh kepercayaan dan ketenangan walaupun hanya menggunakan sebelah matanya yang terang. Akhirnya Husin Ahmad, panglima yang melatih mereka mengisytiharkan bahawasanya pemenang yang pertama ialah Abbas Al Sisi. Keputusan ini memeranjatkan mereka yang mengetahui hakikat ini tetapi inilah satu daripada hakikat kebenaran bertawakal kepada Allah s.w.t.

Sememangnya besar peranan tawakal dalam hidup seorang muslim yang mukmin. Tawakal itu ialah berusaha bersungguh-sungguh menurut batas-batas kemampuan manusia, kemudian menyerahkan tadbir segala urusan kepada Allah s.w.t, yang menjadi kunci segala kebaikan, segala berkat serta pemeliharaan dan perlindungan dari segala kejahatan.
 
 
 
Anda tahu mustahaknya tawakkal?
 
Tawakal menambah baik aqidah anda.
 
 
 
Bagaimana?
 
Kalau tak bertawakal kepada Allah, anda akan bertawakal kepada bermacam-macam, kepada manusia, kepada alat atau kepada teknologi.
 
 
Boleh beri contoh?
 
Orang yang kuat study dan hanya confident kepada guru dan tuisyen tidak sama dengan orang yang memohon supaya diberi ilmu di samping mencari guru dan kelas tuisyen yang bermutu. Di luar nampak serupa, tetapi pegangan hati berbeza.
 

 
Apa akibat jika lemah atau tidak bertawakal kepada Allah?
 
Banyak. Satu, mudah diperdaya orang. Dengar penjual berkempen hebat barangan make-up atau kesihatan, terpukau, rasa rugi kalau tak beli. Beli dan menaruh harapan menggunung nak jadi anggun atau sihat. Jadilah dia pembeli tetap tiap kali ada promosi. Berbeza dengan orang yang bertawakal, harapannya kepada Allah. Dia akan membeli barangan kesihatan apabila disyor oleh doktor. Itupun, ia lebih banyak memohon daripada Allah Maha Penyembuh.
 

 
Lagi!
 
Orang yang bertawakal boleh mengawal tekanan perasaan. Jika ia memohon kerja, ia kemudian akan susuli doa yang berterusan. Ia tidak bimbang jika gagal kerana ia tahu bahawa setiap ketentuan Allah adalah yang terbaik baginya. Jika ditakdirkan mendapat suami yang berpendapatan rendah, ia tidak bimbang. Baginya rezeki yang berkat walau sedikit lebih baik daripada rezeki yang banyak tetapi melalaikan.
 

 
Ada yang bahaya daripada itu?
 
Ada. Sampai melanggar larangan Allah! Bimbang barangan tak laku peniaga jumpa bomoh, jampi serapah Hindu klasik - runtuh aqidah. Bimbang tak dapat jodoh si gadis peraga diri, mendedahkan tubuh di khalayak, bermata keranjang, jadi bebas dan liar. Patut sampaikan hasratnya melalui para ibu, dan memohon kepada Allah agar dikurniakan lelaki soleh. Jangan terkejut, ada suami zaman ini yang melacurkan isteri dan anak gadis kerana desakan hidup. Tak ada pendirian, tak ada maruah. Harimau yang buas pun cemburu jika ada harimau jantan menghampiri pasangan betinanya. Suami itu adalah adayus. Orang dayus diharamkan syurga. Kerana tiada tawakal rosak masa depan isteri dan anak gadis itu.

Wednesday, September 21, 2011

Bandingan Capaian

Tuan puan yang mulia
Mulianya diri bila dapat sempurnakan akhlak
Di seru akan kita, tuntutlah ilmu
Satelah berjaya menuntut ilmu, tentulah mencapai .........................

Demikianlah, ramai sudah di kalangan kita berjaya
Mencapai sijil, diploma, ijazah, master, PHd. itulah ukuran pencapaian sebahagian ilmu
Ramai juga di kalangan kita berjaya mencapai semua itu, di dalam bidang agama
Tetapi berbeza lah, pencapaian ilmu keduniaan, berbanding ilmu agama

Keduniaan semata membelakangkan agama, adalah kesesatan
Agama menelan keduniaan, mengendalikan diri hidup berakhlak

Mari kita lihat bandingan antara Pencapaian, dengan Ilmu pengetahuan


Tauhid adalah: Mengesakan Allah semata dalam beribadah dan tidak menyekutukan-Nya. 
Dan hal ini merupakan ajaran semua Rasul alaihimusshalatuwassalam. 
Bahkan tauhid merupakan pokok yang dibangun diatasnya semua ajaran, maka jika pokok ini tidak ada, amal perbuatan menjadi tidak bermanfaat dan gugur, karena tidak sah sebuah ibadah tanpa tauhid. 

sementara Ilmu Tauhid adalah
apa yang terkandung di dalam Rukun Iman
termasuk yang di kandung dalam Rukun Islam

jika tidak mahu SESAT
dengar dan taatilah
AlQuran dan sunnah

jika sampai kamu berbalah
kembalilah kepada Allah dan Rasulnya

demikianlah ya
satelah memiliki ILMU TAUHID
dapatlah diri mentauhidkan Allaah

demikianlah timbulnya arahan, seruan, agar kita menuntut ilmu

satu lagi ialah bandingan Makrifat dengan Ilmu Makrifat
orang yang belum makrifat juga, boleh bercerita akan hal makrifat, ilmunya, persangkaannya

Tergantung kepada hidayah dari Allah, tergantung niat dalam diri, tergantung ilmu pengetahuan yang di miliki

maksudnya

kita di galakkan mencari ilmu
agar dapat memahami
agar dapat mengamalkan
agar dapat berakhlak mulia
agar dapat menjaga diri
agar dapat berbakti
agar dapat menjadi siddiqin, syuhada, solihin
agar boleh mati dalam Islam, dalam Iman

inshallah

subhanallah

Thursday, August 25, 2011

AMARAN MENGADAKAN BID‘AH

Islam adalah agama wahyu dan bukan agama ciptaan manusia.
Perbuatan menokok tambah (bid‘ah) dalam agama boleh menghilangkan ketule-nannya, sehingga menyebabkan orang ramai tidak akan dapat membezakan antara ajaran asal yang bersumber daripada Allah dengan yang ditokok tambah oleh manusia.
Terdapat banyak hujah daripada al-Quran, al-Sunnah dan para ulama yang memberi amaran agar tidak menokok tambah dalam agama. Berikut ini dikemukakan sebahagian daripada hujah-hujah tersebut:

Amaran daripada al-Qur’an tentang bid‘ah:

Pertama:

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاء شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللَّهُ

Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari ugama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?
[al-Syura 42:21]

Kedua:

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Nur 24:63]

Ketiga:

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالإِثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَن تُشْرِكُواْ بِاللّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَاناً وَأَن تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ

Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan-Nya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.” [al-A’raaf 7:33]

Amaran daripada al-Sunnah tentang bid‘ah:

Hadith Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang memberi amaran kepada pembuat dan pengamal bid‘ah sangat banyak jumlahnya. Kebanyakan para penyusun kitab hadith tidak ketinggalan memasukkan satu bab khas mengenainya di dalam kitab-kitab mereka. Di sini disebutkan beberapa riwayat, antaranya:

Pertama:

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

...فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ.

Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat.[1]

Maksud “…gigitlah ianya dengan geraham…” ialah peganglah ianya dengan bersungguh-sungguh serta bersabarlah dengannya.[2]

Kedua:

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ.

“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak.”[3]

Ketiga:

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلاَّ مِلَّةً وَاحِدَةً. قَالُوا: وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَال:َ مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي.

“……Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”. Mereka (para sahabat) bertanya: “Apakah puak itu wahai Rasulullah?” Jawab baginda: “Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.”[4]

Keempat:

Abu Musa al-Asy‘ari radhiallahu 'anh berkata:

صَلَيْنَا المَغْرِبَ مَعَ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم ثُمَّ قُلْنَا: لَوْ جَلَسْنَا حَتَّى نُصَلِّى مَعَهُ اْلعَشَاءَ قَالَ: فَجَلَسْنَا فَخَرَجَ عَلَيْنَا فَقَالَ: "مَا زِلْتُمْ هَهُنَا؟" قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ صَلَيْنَا مَعَكَ الْمَغْرَبَ ثُمَّ قُلْنَا: نَجْلِسُ حَتَّى نُصَلَّى مَعَكَ اْلعِشَاءَ. قَال:"أحْسَنْتُمْ أَوْ أَصَبْتُمْ" قَالَ: فَرَفَعَ رَأسَهُ إلىَ السَّماِء وَكانَ كَثِيرْاً مِمَّا يَرْفَعُ رَأسَهُ إلىَ السَّماِء فَقَالَ: "النُّجُومُ أَمَنَـةٌ للسَّمَاِء فَإذا ذَهَبَتِ النُّجُومُ أَتى السَّمَاءَ مَا تُوْعَدُ، وَأناَ أَمَنَـةٌ لأَصْحَابِى فَإذا ذَهَبْتُ أَتى أَصْحَابِى مَا يُوْعَدُونَ وَأَصْحَابِى أَمَنَـةٌ لأمَّتِى فَإذَا ذَهَبَ أصْحَابِى أَتى أُمَّتِى مَا يُوْعَدُون".

“Kami telah menunaikan solat Maghrib bersama dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Kemudian kami berkata: “Kalaulah kita tunggu sehingga kita dapat bersolat Isyak bersama baginda.” Maka kami tunggu sehingga baginda keluar kepada kami lalu bersabda, “Kamu semua masih di sini?” Jawab kami: “Wahai Rasulullah! Kami telah menunaikan solat Maghrib bersama engkau kemudian kami berkata, mari kita duduk sehingga kita dapat bersolat Isyak bersamamu.” Sabda baginda: “Kamu semua telah melakukan sesuatu yang baik lagi betul.”

Kemudian baginda mengangkat kepalanya (melihat) ke langit dan ramailah yang mengangkat kepala (melihat) ke langit lalu baginda bersabda: “Bintang-bintang tersebut adalah penyelamat langit. Apabila perginya bintang-bintang tersebut maka akan didatangilah langit apa yang telah dijanjikan untuknya. Aku adalah penyelamat sahabat-sahabatku. Apabila aku telah pergi maka akan didatangilah sahabat-sahabatku apa yang telah dijanjikan untuk mereka. Sahabat-sahabatku pula adalah penyelamat umatku. Apabila perginya sahabat-sahabatku maka akan didatangilah umatku apa yang dijanjikan untuk mereka.”[5]

Berkata al-Imam al-Nawawi rahimahullah:[6]

Maksud ungkapan “sahabat-sahabatku adalah penyelamat umatku” ialah mereka menyelamatkan umat dari zahirnya bid‘ah, mengada-adakan perkara baru dalam agama, fitnah terhadap agama, zahirnya syaitan, Rum dan selainnya ke atas mereka.

Amaran daripada para ulama’ tentang bid‘ah:

Para ulama’, terdiri daripada para sahabat dan para tokoh dulu dan kini, turut memberi amaran tentang bid ‘ah. Di sini disebutkan tiga contoh, satu daripada seorang sahabat, satu daripada seorang tokoh terdahulu dan satu daripada seorang tokoh terkini:

Pertama: Amaran ‘Abd Allah bin Mas‘ud.

‘Abd Allah bin Mas‘ud radhiallahu 'anh adalah sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang begitu terkenal dengan keilmuan dan kefahamannya dalam agama. al-Imam al-Darimi rahimahullah (255H) meriwayatkan amaran serta bantahan beliau terhadap bid‘ah berzikir secara kumpulan yang muncul pada zamannya:

عَنْ عمرو بن سلمة قَالَ: كُنَّا نَجْلِسُ عَلَى بَابِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَبْلَ صَلاَةِ الْغَدَاةِ فَإِذَا خَرَجَ مَشَيْنَا مَعَهُ إِلَى الْمَسْجِدِ فَجَاءَنَا أَبُو مُوسَى الأَشْعَرِيُّ فَقَالَ أَخَرَجَ إِلَيْكُمْ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ بَعْد؟ُ قُلْنَا: لاَ! فَجَلَسَ مَعَنَا حَتَّى خَرَجَ فَلَمَّا خَرَجَ قُمْنَا إِلَيْهِ جَمِيعًا.

فَقَالَ لَهُ أَبُو مُوسَى يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ إِنِّي رَأَيْتُ فِي الْمَسْجِدِ آنِفًا أَمْرًا أَنْكَرْتُهُ وَلَمْ أَرَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ إِلاَّ خَيْرًا. قَالَ: فَمَا هُوَ؟ فَقَالَ: إِنْ عِشْتَ, فَسَتَرَاهُ. قَالَ: رَأَيْتُ فِي الْمَسْجِدِ قَوْمًا حِلَقًا جُلُوسًا يَنْتَظِرُونَ الصَّلاَةَ, فِي كُلِّ حَلْقَةٍ رَجُلٌ وَفِي أَيْدِيهِمْ حَصًى, فَيَقُولُ: كَبِّرُوا مِائَةً, فَيُكَبِّرُونَ مِائَةً. فَيَقُولُ: هَلِّلُوا مِائَةً. فَيُهَلِّلُونَ مِائَةً. وَيَقُولُ: سَبِّحُوا مِائَةً. فَيُسَبِّحُونَ مِائَةً. قَالَ: فَمَاذَا قُلْتَ لَهُمْ؟ قَالَ: مَا قُلْتُ لَهُمْ شَيْئًا انْتِظَارَ رَأْيِكَ وَانْتِظَارَ أَمْرِكَ.

قَالَ: أَفَلاَ أَمَرْتَهُمْ أَنْ يَعُدُّوا سَيِّئَاتِهِمْ, وَضَمِنْتَ لَهُمْ أَنْ لاَ يَضِيعَ مِنْ حَسَنَاتِهِمْ. ثُمَّ مَضَى وَمَضَيْنَا مَعَهُ حَتَّى أَتَى حَلْقَةً مِنْ تِلْكَ الْحِلَقِ فَوَقَفَ عَلَيْهِمْ, فَقَالَ: مَا هَذَا الَّذِي أَرَاكُمْ تَصْنَعُونَ؟ قَالُوا: يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَصًى نَعُدُّ بِهِ التَّكْبِيرَ وَالتَّهْلِيلَ وَالتَّسْبِيحَ. قَالَ: فَعُدُّوا سَيِّئَاتِكُمْ, فَأَنَا ضَامِنٌ أَنْ لاَ يَضِيعَ مِنْ حَسَنَاتِكُمْ شَيْءٌ, وَيْحَكُمْ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ مَا أَسْرَعَ هَلَكَتَكُمْ! هَؤُلاَءِ صَحَابَةُ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَافِرُونَ, وَهَذِهِ ثِيَابُهُ لَمْ تَبْلَ, وَآنِيَتُهُ لَمْ تُكْسَرْ, وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّكُمْ لَعَلَى مِلَّةٍ هِيَ أَهْدَى مِنْ مِلَّةِ مُحَمَّدٍ, أَوْ مُفْتَتِحُو بَابِ ضَلاَلَةٍ؟!

قَالُوا: وَاللَّهِ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ مَا أَرَدْنَا إِلاَّ الْخَيْرَ. قَالَ: وَكَمْ مِنْ مُرِيدٍ لِلْخَيْرِ لَنْ يُصِيبَهُ. إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَنَا أَنَّ قَوْمًا يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ وَايْمُ اللَّهِ مَا أَدْرِي لَعَلَّ أَكْثَرَهُمْ مِنْكُمْ ثُمَّ تَوَلَّى عَنْهُمْ.

فَقَالَ عَمْرُو بْنُ سَلَمَةَ: رَأَيْنَا عَامَّةَ أُولَئِكَ الْحِلَقِ يُطَاعِنُونَا يَوْمَ النَّهْرَوَانِ مَعَ الْخَوَارِجِ.

Daripada ‘Amr bin Salamah[7] katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd al-Rahman[8] telah keluar kepada kamu?” Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abd Allah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya.

Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat – alhamdulilah – melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah ia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali.” Tanya ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”.

Berkata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?” Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah.[9] Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya[10] , apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?”

Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.” Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka.[11] Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu.” Kemudian beliau pergi.

Berkata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan.”[12]

Lihatlah bagaimana ‘Abd Allah bin Mas‘ud radhiallahu 'anh membantah perbuatan ibadah kumpulan ini walaupun mereka pada asalnya memiliki niat dan pandangan yang baik. Pada zahirnya tiada yang buruk pada perbuatan mereka. Namun oleh kerana ia merupakan ibadah yang tidak ada contoh daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam maka ia ditolak. Bahkan ‘Abd Allah bin Mas‘ud memberi amaran betapa perbuatan bid‘ah yang kecil akan mengheret seseorang kepada bid‘ah yang lebih besar. ‘Abd Allah bin Mas‘ud menggambarkan mereka akan menyertai Khawarij yang sesat. Justeru itu ‘Abd Allah bin Mas‘ud juga pernah menyebut:[13]

اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة.

Sederhana dalam sesuatu sunnah lebih baik daripada bersungguh sungguh dalam sesuatu bid‘ah .

إن البدعة الصغيرة بريد إلى البدعة الكبيرة.

Sesungguhnya bid‘ah yang kecil adalah pembawa kepada bid‘ah yang besar.




Kedua: Amaran al-Imam Malik Bin Anas

Seorang lelaki telah datang kepada al-Imam Malik rahimahullah (179H)[14] dan berkata:[15]

“Wahai Abu ‘Abd Allah (gelaran al-Imam Malik) daripada mana aku patut berihram?” Jawab al-Imam Malik: “Daripada Zu Hulaifah (ذو حليفة) di mana tempat yang Rasulullah berihram.” Kata lelaki itu: “Aku ingin berihram daripada Masjid Nabi.” Jawab al-Imam Malik: “Jangan buat (demikian).” Kata lelaki itu lagi: “Aku ingin berihram daripada kubur Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.” Jawab al-Imam Malik: “Jangan buat (demikian), aku bimbang menimpa ke atas dirimu fitnah.” Tanya lelaki itu: “Apa fitnahnya? Ia hanya jarak yang aku tambah.”

Jawab al-Imam Malik:

وأي فتنة أعظم من أن ترى أنك سبقت إلى فضيلة قصّر عنها رسول الله صلى الله عليه وسلم، وإني سمعت الله يقول: فَلْيَحْذَرْ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ.

Apakah lagi fitnah yang lebih besar daripada engkau melihat bahawa engkau telah mendahului satu kelebihan yang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menguranginya. Sesungguhnya aku telah mendengar Allah berfirman: (maksudnya) “Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Nur 24:63]

Perhatikan bahawa sekalipun lelaki tersebut ingin berihram daripada tempat yang begitu baik iaitu Masjid Nabi atau kubur baginda shallallahu 'alaihi wasallam, al-Imam Malik rahimahullah membantahnya disebabkan ia adalah ibadah yang tidak dilakukan oleh Nabi. Beliau menyatakan ini adalah fitnah kerana seakan-akan lelaki itu menganggap dia dapat melakukan ibadah yang lebih baik daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.



Ketiga: Amaran al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi:

Ditanya kepada al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi, semoga Allah memeliharanya, mengenai amalan Nisfu Sya’ban. Beliau menjawab:[16]

Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membaca do‘a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka‘at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do‘a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ianya satu do‘a yang panjang yang menyanggahi nusus (nas-nas al-Quran dan al-Sunnah), juga bercanggahan dan bertentang maknanya...

Perhimpunan (malam Nisfu Sya’ban) seperti yang kita lihat dan dengar berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid‘ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid‘ah golongan selepas mereka dan setiap yang diadakan-adakan itu bid‘ah dan setiap yang bid‘ah itu sesat dan setiap yang sesat itu berada dalam neraka.

Demikian tegasnya tokoh yang masyhur ini terhadap amalan bid‘ah yang menjadi pegangan atau amalan dalam kebanyakan negeri umat Islam.

PENUTUP


[1] Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi, berkata al-Tirmizi: “Hadis ini hasan sahih”. Juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Darimi dalam kitab Sunan mereka. Demikian juga oleh Ibn Hibban dalam Shahihnya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan menyatakan: “Hadith ini sahih”. Ini dipersetujui oleh al-Imam al-Zahabi (Tahqiq al-Mustadrak, 1/288).

[2] al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi (تحفة الأحوذي), jld. 7, m.s. 414.

[3] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Rujuk Shahih Muslim – hadith no: 1718 (Kitab al-Aqdiyyah, Bab kritikan ke atas hukum batil dan perkara ciptaan baru).

[4] Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dalam kitab Sunannya dan beliau berkata: “Hadis ini hasan gharib”. al-Diya` al-Maqdisi (الضياء المقدسي) menyatakan sanad hadith ini hasan. (al-Diya al-Maqdisi¸ al-Ahadith al-Mukhtarah, jld. 7, m.s. 278). al-Albani juga menyatakan ianya hasan. (al-Albani, Shahih Sunan al-Tirmizi, jld. 2, m.s. 334).

[5] Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadith no: 2531 (Kitab keutamaan para sahabat, Bab menerangkan Nabi meninggalkan amanah kepada para sahabat...).

[6] Syarh Sahih Muslim, 16/66.

[7] Beliau adalah seorang tabi`in, anak murid ‘Abd Allah bin Masud. Meninggal dunia pada 85H.

[8] Gelaran untuk `Abd Allah bin Mas`ud.

[9] Maksudnya baginda shallallahu ‘alaihi wasallam baru sahaja wafat, tetapi mereka telah melakukan bid`ah.

[10] Maksudnya Allah.

[11] Ini salah satu sifat Khawarij yang disebut dalam hadith-hadith.

[12] Riwayat al-Darimi di dalam Musnadnya dengan sanad yang dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Shahihah, jld. 5, m.s. 11.

[13] Lihat: Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, jld. 5, m.s. 11.

[14] Beliau ialah imam Mazhab Maliki, pembesar Atba’ al-Tabi‘in. Guru kepada al-Imam al-Syafi'i. Tokoh fekah dan hadith yang tiada tolok bandingnya. Karya beliau yang agung ialah kitab al-Muwattha’. Berkata al-Imam al-Sayuti: “Beliau guru para imam, Imam Dar al-Hijrah (Madinah), mengambil hadith daripadanya oleh al-Syafi‘i dan ramai lagi. Berkata al-Syafi’i: ‘Apabila datangnya athar, maka Malik adalah bintang’.” (al-Imam al-Sayuti, Tabaqat al-Huffaz, jld. 1, m.s. 96)

[15] al-Syatibi, al-I’tishom, m.s. 102.

[16] Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, jld. 1, m.s. 382-383 (nukilan berpisah).

Saturday, August 20, 2011

manUSIA

Di dada internet ini, apa yang kita boleh dapatkan, hanyalah, pengetahuan
Rata rata tempat, facebook, blogspot dan lain lain situs internet,
memaparkan maklumat
menjadi pengetahuan dan pelajaran kepada pembacanya

seperti juga blog al-merapu ini
hanyalah memaparkan, pengetahuan
sekiranya kalian mahukan ILMU

mengikut kaedah Sunnah
Hendaklah kalian mendatangi GURU

Guru yang paling utama ialah Allaah
yang sentiasa DEKAT dengan manusia
beruntunglah, sesiapa yang kenal dan memiliki Ilmu (Al Alim)

seterusnya layaklah menjadi Guru, mereka yang mempunyai Ilmu Pengetahuan
Manusia manusia yang berilmu, di angkat Darjatnya, oleh Allah
Dengan sebab itu, akan kita ketahui
Inshallah, sesiapa yang berjalan ke arah KU, Aku berlari kepadanya

atas asbab itulah
hendaklah kita mengabdikan diri kepada Allah
dengan ketulusan
Jujur dan suci

elakkan berjenaka, main main, atau senda gurau

sebagai manusia, kelaku an diri adalah Pilihan
Semuga dapat memilih kebaikan

sekiranya, manusia tersebut, tersalah niat
Lagak kelakuannya, menjadilah ia se akan akan tuhan
berbuat sewenang wenangnya, halal haram tiada sempadan
kebaikan dan kekejian bercampuran di bentangkan, di amalkan

Subhanallah

Nafsu sangat suka kepada bisikan syaitan

boleh kah menjadi manusia,
atau
mahu menjadi tuhan

mahu menjadi manusia, silakan lah
kamu hanya menyampaikan kebenaran,
Hidayah itu MILIK ALLAH

subhanallah
Peluang peluang kebaikan dan kekejian, semuanya di bukakan di hadapan diri
terpulang kepada diri, masing masing
untuk membuat pilihan, sentiasalah berharap kepada Allah

sekiranya terbabas, tersalah memilih, segeralah bertaubat meminta ampunan Allaah
dan ikutilah dengan berbuat kebaikan, agar kebaikan itu menelan kebatilan, kekejian

berpuasalah, semuga dapat memilih, kebaikan, menjadi golongan siddiqun

berpuasalah semuga dapat bertaqwa

inshallah


Thursday, August 11, 2011

PuasA dan Kebajikan

Sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan,
maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.

Bukanlah perkara kebajikan itu
hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat,
tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah,
dan hari akhirat, dan segala malaikat,
dan segala Kitab, dan sekalian Nabi
dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya,
- kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang miskin miskin
dan orang yang terlantar dalam perjalanan,
dan kepada orang yang meminta,
dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi;
dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat;
dan perbuatan orang yang menyempurnakan janjinya
apabila mereka membuat perjanjian;

dan ketabahan orang yang sabar dalam masa kesempitan
dan dalam masa kesakitan,
dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil.

orang yang demikian sifatnya,
mereka itulah orang yang benar beriman dan mengerjakan kebajikan;
dan mereka itulah juga orang yang bertaqwa


Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai
hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna
sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.
Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan
maka sesungguhnya Allah mengetahuinya


Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam),
dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,

serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)
Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.

Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat,
dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),
dan mereka pula segera segera
pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan.

Mereka yang demikian sifatnya, adalah dari orang-orang yang soleh


Orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka,
mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya,
sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah.

Ingatlah apa jua yang ada di sisi Allah adalah
lebih bagi orang yang berbakti yang taat, yang banyak berbuat kebajikan.


Wahai orang yang beriman!
Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran
dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan,
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,
di medan perjuangan,
dan bersedialah dengan kekuatan pertahanan
di daerah-daerah sempadan
serta bertaqwalah kamu kepada Allah
supaya, kamu berjaya
mencapai kemenangan.

inshallah
subhan Allah

berpuasalah, semuga dapat bertaqwa

Monday, August 1, 2011

PUASA - PuasA -puasA

Selamat berpuasa kepada muslimin muslimat sekalian
berpuasalah, zahir dan bathin, semuga beroleh taqwa

subhanallah

Wahai orang yang beriman!
Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang yang dahulu daripada kamu,
supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183)

Puasa) yang diwajibkan itu
ialah beberapa hari yang tertentu;
maka sesiapa di antara kamu yang sakit,
atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka),
kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu
pada hari-hari yang lain;
dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa
(kerana tua dan sebagainya)
membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.
Maka sesiapa yang dengan sukarela
memberikan (fidyah) lebih dari yang ditentukan itu,
maka itu adalah suatu kebaikan baginya;
dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu
(daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Al-Baqarah 2:184)

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah)
bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran,
menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,
dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk
dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Oleh itu,
sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan
(atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu;
dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka),
Kemudian wajiblah ia (berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu
pada hari-hari yang lain.
(Dengan ketetapan yang demikian itu)
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan,
dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan),
dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya,
dan supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah 2:185)

Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa,
bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu.
Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu
dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.
Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri,
lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu.
Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan
carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu;
dan makanlah serta minumlah sehingga nyata
kepada kamu benang putih (cahaya siang)
dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar.
Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib);
dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu
ketika kamu sedang beriktikaf di masjid.
Itulah batas-batas larangan Allah,
maka janganlah kamu menghampirinya.
Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya
kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa. (Al-Baqarah 2:187)

Inshallah
SubhanAllaah

wahdahu laa syarikalah

Saturday, July 23, 2011

Rawatan Diri - Dari Jauh

tulisan ini atas pertanyaan 'Ruhani' di Halaqah.net
topik kanser
linknya: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7400.msg228351;topicseen#new

BOLEH jika hendak di rawat secara Jauh
tetapi bagi mereka yang kenali kami
ada number telefon kami
INSHALLAAH

bagaimanapun itu cara separa atau separuh masa sahaja
di galakkan, bertemu

BERTEMU - samada datang JUMPA kami;
- kami KETEMPAT anda

Jumpa Kami: samada di Banting, kg kancung darat ATAU di Shah Alam, seksyen 2, atau seksyen 6

PESAKIT atau DIRI, umpama kereta
mahu jaga kebaikan diri, atau maintenance agar dapat elak, kesusahan
kena JUMPA mekanik

sebagaimana Firman Allahu Taala
jika kamu belum tahu, Bertanyalah dengan ahli zikir - Orang yang Mengetahui

media internet, dan komunikasi hari ini, mengizinkan, walau berada di jarak berjauhan, boleh saja bertanya

namun Untuk barokah, Ilmu Islam, kenalah berguru
maksudnya, kebaikan berserta diri, yang tak lepas peluang, berjumpa Orang Alim
Inshallah

tanyalah chatter Arozi, atau Saya Hamba, untuk dapatkan number telefon saya
atau boleh YM - setiakudcni@yahoo.com

Inshallah ya

mohon lah Allah mu, memudahkannya

subhanallah
wahdahu laa syarikalah