image

image

Tuesday, September 30, 2014

NIAT

Niat Ikhlas tergantung kepada Pemahaman Tauhid kepada Allah, Mudah terlaksana apabila Allah ada bersama, sebagaimana ucapan Hauqalah

Niat menentukan kelakuan yang lahir selepas itu, yang Ikhlas tentu saja tidak terasa di hatinya kekecewaan, apabila niatnya Ikhlas

maksudnya, sentiasalah diri itu, Ingat kepada Allah, Izin Allah lah menyampaikan ia ke sesuatu Gerak dan Diam dirinya

Untuk melahirkan keIkhlasan Niat , sepatutnya:
1. Memiliki ILMU
" dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu? = perkataan Khidir a.s kepada nabi musa a.s (AlQ:18:68)
Ikhlas merupakan buah tauhid yang sempurna terhadap Allah

2. Mengkaji dan Memahami AlQuran
"hai manusia, sesungguhnya telah datang kepada mu pelajaran dari Robb mu dan penyembuh bagi penyakit dalam dada serta petunjuk dan rahmat bagi orang beriman (AlQ:10:57)

3. Merahsia kan Amalan diri
Ibarat bagi amal jariah oleh tangan kanan, tangan kiri tidak mengetahui
Lakukanlah amalan di malam hari sewaktu lain orang sedang tidur

4. Hindari Pujian dan Sanjungan
  Bila melihat sesuatu, katakanlah, Cukuplah baginya Allah

5. Berdoa kepada Allah
  Sentiasalah, Ingat Allah dan bermohonkan hidayahNya agar dapat pimpinanNya beramal dengan ikhlas


Sesungguhnya orang beriman adalah mereka yang bila di sebut Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila di bacakan ayat ayatNya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Allah lah mereka bertawakkal - Al Anfal ayat 2

Subhanallah







Monday, September 29, 2014

Takut kepada Selain ALLAH

Berbagai Faktor memperlihatkan kepada yang di Izin Allah melihatnya
Antaranya:

Tekanan dari LUAR, atas nama yang berbagai oleh pihak yang berkuasa atas muka bumi
Sekiranya lemahlah pegangan diri, mudah sahaja berlaku

Akibatnya, keBATILan akan menenggelamkan kebenaran

Demikianlah antara sebab, hilangnya HIKMAH dari dada umat Islam

Dalam menjalani hidup, Kebenaran Islam yang SUCI sudah tidak dapat di sampaikan
Di tambah faktor Politik, yang suka mengumpat, mengeji dan tidak jujur serta tidak Ingat kepada Allah
Akibat Perjuangan mereka duduk sekongkol di dalam SYIRIK

apabila Perjuangan di bawah Perlembagaan, Perbadanan SYIRIK, tidaklah dapat menDengar dan Taat kepada Allaah sahaja

Berebut kuasa di dunia, juga mempengaruhi
Berlakulah Penentangan antara Tauhid dan Syirik
Agensi agensi BATIL yang memenanginya di waktu sekarang
Segala media mencurahkan Yang Disukai Nafsu sahaja

maka BENAR lah Rasulullah sallallahu alaihi wasalam, sesiapa yang dapat mengamalkan sunnah, dia lah yang terbaik - dan Ramai dari kita tahu, persoalannya - mampukah Ingat Allah, dan adakah Allah bersama, lalu di Hidayahkannya untuk KEKAL berada di dalam Kebenaran

Intan surulloh - sesiapa yang menolong Allah, Allah akan meneguhkan pendiriannya

subhanallah
InshaAllah

Wahai orang yang beriman, Bertaqwa lah dengan sebenar benarnya kepada Allah
Dan Janganlah kamu mati, melainkan ketika berserah dirimu kepada Allah

You know what TO DO
Just DO IT

Saturday, September 27, 2014

Mengenai ILMU

Ilmu AlQuran dan Sunnah Rasulullah, juga Sunnah Khulafah Ar Rasyidin, akan memandu ke arah Kebenaran. Yang Beriman dan Beramal Soleh itulah sahaja Jalan Kemuliaan Peribadi Muslim.

 Ilmu yang tidak di amalkan, ibarat pohon yang tidak berbuah.
Amalan yang tidak ikhlas, ibarat pohon yang mati, jika ada buahnya pula ROSAK tidak berguna.

Ilmu Ilmu Islam, bersatu menauhidkan Allah
Selain Ilmu Islam hanyalah sekadar Keduniaan jika tidak BERSERAH ALLAH

Penuntut Penuntut ILMU Islam di lindungi ALLAH

Ilmu Ilmu Islam  adalah Kebenaran, bersumber dari ALLAHU AL 'ALIM yang bersifat 'ALIMAN
ALLAHU AL 'ALIMU AL GHAIB WASYSYAHADAH

Setiap Sesuatu itu Ciptaan ALLAH
ALLAHU yang Menciptakan segala galanya,
Mahu Tidak Mahu, makhluk akur kepadaNYA


Apa Yang Perlu?
Sebutlah dan INGATlah ALLAH sebanyak banyaknya

Sebutan paling tinggi nilainya ialah Tiada ILAH, selain ALLAH
Tiada tuhan, Kecuali Allah

Mana yang Lebih Tinggi? Sebutan LIDAH kah atau INGATAN di HATI?
ALLAHU tidak memandang zahir pakaianmu, perbuatan mu, tetapi ALLAHU melihat ke dasar HATI kamu

Semuga kalian dapat menilai, dan memilih, menurut keutamaan ILMU

InshaAllah








WHY

WHY- INGKAR?

1. Sebab Tak mendapat HIDAYAH Allah
2. Sebab Ragu dan Tak percaya Kepada Kitab Allah
3. Sebab tidak Percaya kepada Rasul Rasul Allah
4. Sebab Tidak Percaya akan Malaikat Malaikat Allah
5. Sebab Tidak Percaya akan HARI AKHIRAT

Mereka menyangka bahawa diri merekalah yang mampu, berbuat apa saja, sedangkan tuhan itu hanyalah, pengharapan sahaja, begitulah slogan: Anda Mampu Mengubahnya

Mereka hanya menurut Tradisi orang yang terdahulu, keturunan awal mereka, dan tidak mahu Percaya Kitab Allah itu Terpelihara, Jadilah golongan ini sebagai Yahudi dan Nasrani serta Majusi. Begitulah ujudnya golongan Munafik dan Kafir

Mereka menyangka Rasulullah itu tiada keistimewaan, Tidak tahu dan tidak mahu percaya dengan Mukjizat Mukjizat Para Rasul Allah, itu sebab ragu dan keliru tentang Mukjizat

Mereka juga Menyangka, Malaikat itu adalah anak perempuan Allah

Demikianlah sebab musabab Kenapa Boleh masuk kedalam  Golongan Kafir dan Munafik

Untuk Keluar dari KEBATILAN dan MASUK ke Dalam Kebenaran, itulah di WAJIBkan Menuntut ILMU
ILMU ISLAM - Ilmu AlQuran dan sunnah sunnah yang telah di tauladankan oleh Muhammad Rasulullah

Semuga Pembaca sekalian dapat, Keluar dari Kebatilan, maksiat dan mungkar yang Keji, dan Masuklah ke dalam Islam yang Tinggi dan Mulia

Sesiapa yang diHIDAYAHkan Allah, tiada sesiapa yang dapat Menyesatkannya

dan
Sesiapa yang Di Sesatkan  Allah dengan pilihannya sendiri, Tiada sesiapa yang dapat mengHIDAYAHkannya

nak beramal dengan keseluruhan sunnah itu, amatlah payah
Jadi, sila Penuhkan PERASAAN  mencintai Allah dan Rasulullah, Semuga Allah memimpin kita, Keluar dari KEJAHILAN, menuju CAHAYA terang

Subhanallah


Friday, September 26, 2014

INGKAR

Kafir berasal dari perkataan kufur yang bermaksud ingkar atau menolak.

Definisi:
Kafir (bahasa Arab كافر kāfir; plural كفّار kuffār) secara harfiah bermaksud orang yang menyembunyikan atau mengingkari kebenaran. Dalam terminologi kultural perkataan ini digunakan dalam agama Islam untuk merujuk kepada orang-orang yang mengingkari nikmat Tuhan (Allah) (sebagai lawan dari kata syakir, yang bermaksud orang yang bersyukur).

Kafir terbahagi kepada empat jenis; Kafir zimmi, kafir mu’ahad, kafir harbi, kafir musta’man.

Kafir zimmi: iaitu orang kafir yang meminta perlindungan dari negara-negara Islam untuk melindungi mereka dengan syarat mereka perlu membayar wang perlindungan. Al-dzim bermaksud perlindungan.

Apabila dia meminta perlindungan daripada orang Islam, dia tetap kafir. Orang Islam memberi perlindungan kepadanya dengan syarat yang perlu ditunaikan seperti membayar cukai, ufti dan seumpamanya.

Seperti mana kerajaan Islam di bawah pemerintahan Umar memberi perlindungan kepada kerajaan Spanyol dahulu. Mereka perlu membayar kepada kerajaan Islam setiap tahun sebanyak 10 ribu dinar emas. Maka dengan itu umat Islam haram menyakiti atau mengambil hak-hak orang kafir dzimmi.

Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam hadis,

مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا فِيْ كُنْهِهِ – أَيْ فِيْ عَهْدِهِ وَأَمَانِهِ- فَلَمْ يَرَحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ

“Siapa yang membunuh orang kafir yang ada perjanjian dalam kunhi-nya (dalam penjanjian dan jaminan keamanan padanya), maka dia tidak akan mencium bau surga.” (Ahmad dan Abu Dawud)

Kafir mu’ahad: iaitu orang kafir yang ada perjanjian dengan orang Islam, seperti mana orang kafir yang ada di dalam negara kita. Mereka ada perjanjian dengan kita. Mereka merupakan rakyat dalam negara ini.

Selama mana mereka mematuhi perundangan dan perjanjian dalam negara ini maka mereka adalah kafir mu’ahad. Jadi umat Islam dilarang menyakiti mereka, umat Islam dilarang mengambil harta dan hak mereka, hukumnya haram kerana mereka adalah orang kafir yang telah mengikat perjanjian dengan kita. Tidak boleh kita sakiti mereka atau melanggar penjanjian yang dibuat dengan mereka.

Kafir Musta’man: iaitu orang kafir pelarian, contohnya yang datang dari Bosnia, Pakistan, India, China dan sebagainya. Sekiranya dia adalah pelarian, masuk ke negara kita dan meminta perlindungan dari kita dan kita pun memberikan perlindungan kepada mereka. Seperti mana disebutkan oleh Allah di dalam Al-Quran,

وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لا يَعْلَمُونَ

“Dan jika seorang di antara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah dia supaya dia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah dia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.” (Surah At-Taubah: 6)

Haram bagi umat Islam menyakiti kafir musta’man, kita beri mereka masuk dan kita berikan perlindungan kepada mereka.

Kafir harbi: iaitu kafir yang kita perangi mereka (dengan mengikut ketentuan Syarak). Mengapa kita memerangi mereka adalah kerana mereka melanggar perjanjian yang termeterai antara mereka dengan kaum Muslimin, seperti Yahudi di Madinah.

Nabi masuk ke Madinah dan orang Yahudi sudah ada di Madinah. Nabi membuat perundangan Islam di Madinah (Piagam Madinah) yang ada di dalamnya 47 fasal. 21 daripadanya adalah untuk menjaga kepentingan kabilah-kabilah Yahudi seluruh Madinah; Bani Qainuqa’, Bani Nadzir, Bani Quraidzah, dan lain-lain.

Jadi apabila ada perjanjian, Nabi melarang mengambil hak Yahudi dan Nabi melarang umat Islam menyakiti Yahudi. Tetapi apabila Yahudi melanggar perjanjian dan bekerjasama dengan orang kafir Makkah untuk menyerang Umat Islam di Madinah, maka disebabkan mereka telah melanggar perjanjian, hukumnya mereka ini diperangi dan mereka menjadi kafir harbi.

Selain daripada melanggar perjanjian, kafir harbi juga adalah orang kafir yang menghina Islam secara terbuka, dan merendah-rendahkan kedudukan Islam.

Namun hukum kafir harbi ini bukanlah hukuman yang kecil, ia hukuman yang berat kerana kafir harbi ini sampai ke tahap dia boleh dibunuh. Oleh sebab itu jangan kita sewenang-wenangnya menuduh puak itu kafir harbi atau puak ini kafir harbi.

Thursday, September 25, 2014

munafik

Ciri-ciri munafik

Dusta
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad yang baik:
    "Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu seseorang yang berdusta agar orang tertawa."
Di dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim pula), Rasulullah bersabda:
    "Tanda orang munafik ada tiga, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."

Khianat
Sabda Rasulullah s.a.w.:
    "Dan apabila berjanji, dia berkhianat."[1]
mengkhianati janji  tanpa ada sebab uzur syar'i atau halangan yang benar-benar menghalang tanpa dikehendakinya, maka telah melekat pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.

Fujur Dalam Pertikaian
Fujur adalah keluar dari kebenaran secara sengaja sehingga kebenaran ini menjadi kebatilan dan kebatilan menjadi kebenaran. Maka, sabda Rasulullah s.a.w. tentang kemunafikan:
    "Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampaui batas."

Ingkar Janji
Sabda Rasulullah SAW:  "Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." [2]

Malas Beribadah
Firman Allah s.w.t:   "Dan apabila mereka berdiri untuk sholat, mereka berdiri dengan malas."[3]

 ke masjid atau surau, dia  terasa berat dan seolah-olah  menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu dengan rantai. Apabila tiba di masjid atau surau, dia gemar memilih saf yang paling akhir.

Riya
Di hadapan manusia dia sholat seperti khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepat sholatnya. apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan melanggar hal-hal yang diharamkan oleh Allah SWT.[4]

Sedikit Berzikir
Firman Allah s.w.t.:  "Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali." [5]

Mempercepat Sholat
Orang-orang munafik juga adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun, tiada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah di dalamnya. Fikiran dan hatinya pula tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan dan kebesaran Allah dalam solatnya.

Hadith Nabi SAW:
    "Itulah sholat orang munafik, ... lalu mempercepat empat rakaat (sholatnya)"[1]

Mencela Orang Taat dan Soleh
Kaum munafik ini gemar memperolok orang-orang yang taat dengan ungkapan yang mengandung cemuhan dan celaan.
Allah berfirman di dalam al-Quran:  "Orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, - Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya." [6]

Mepermainkan Al-Quran, As-Sunnah, dan Nabi Muhammad s.a.w.
Kes kemunafikan ini adalah termasuk dalam kategori istihzaa' iaitu adalah memperolok-olok atau mempermainkan hal-hal yang disunnahkan Rasulullah dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu dianggap jatuh kafir.

Firman Allah:
    "Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok? Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka taubat), niscaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa. " [7]

Bersumpah Palsu
Firman Allah SWT: "Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai." (Al-Munafiqun: 2 & Al-Mujadilah: 16). Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: "Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku."

Enggan Berinfak
Orang-orang munafik memang selalu menghindari hal-hal yang menuntut pengorbanan, baik berupa harta maupun jiwa. Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah, dan mendermakan hartanya, mereka lakukan kerana riya' dan sum'ah. Mereka enggan bersedekah, kerana pada hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, apalagi jiwa.[perlu rujukan]

Tidak Menghiraukan Nasib Sesama Kaum Muslimin
Mereka selalu menciptakan kelemahan-kelemahan dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil, yiaitu sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik percaya bahawa orang-orang kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.
Memperbesar Kesalahan Orang

Orang munafik suka memperbesar sesuatu peristiwa atau kejadian.
Jika ada orang yang tersilap tutur katanya secara tidak sengaja, maka si munafik ini akan memperbesarkannya dalam apabila bertemu dengan orang lain dan mengajuk kesalahan tersebut. Dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, walau bagaimanapun, si munafik itu tidak bersedia mengungkapkannya kepada masyarakat melainkan kesilapan sahaja.
Firman Allah s.w.t:   "Demi sesungguhnya, jika orang-orang munafik, dan orang-orang yang ada penyakit (syak ragu-ragu) dalam hatinya, serta orang-orang yang menyebarkan berita-berita dusta di Madinah itu tidak berhenti (dari perbuatan jahat masing-masing), nescaya Kami akan mendesakmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja."[8]

Mengingkari Takdir
Orang munafik selalu membantah dan tidak redha pada takdir Allah s.w.t. Maka, apabila ditimpa musibah atau ujian, dia mengatakan: "Bagaimana ini. Seandainya saya berbuat begini, nescaya akan menjadi begini." Dia pun selalu mengeluh kepada manusia lain. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dia telah mengkufuri dan mengingkari Qadha dan Qadar. Firman Allah s.w.t.:   Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Dia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Dia hendak memberikan rahmat kepada kamu? " Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.[9]

Mencaci Kehormatan Orang Soleh
Apabila orang munafik membelakangi orang-orang soleh, dia akan mencaci maki, mengejek, mengumpat, dan menjatuhkan kehormatan mereka semasa bertemu dengan orang lain.
Allah s.w.t. berfirman:   "Mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan." [10]

Sering Meninggalkan Solat Berjemaah
Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu yang terluang, dan tidak memiliki uzur syar'i, namun tidak mahu hadir ke masjid atau surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik. [1]

Membuat Kerusakan Di Muka Bumi Dengan Dalih Mengadakan Perbaikan
Orang munafik akan selalu berusaha mengadu domba dan menghamburkan fitnah di antara sesama manusia. Dia juga sering memberikan kesaksian palsu, menyebabkan pertikaian antara seseorang dan saudaranya, atau antara ayah dan anaknya, serta selalu berusaha memfitnah dan menjelek-jelekkan nama seseorang. Firman Allah SWT: "Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.' Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar." (Al-Baqarah: 11-12).
Tidak Sesuai Antara Zahir Dengan Bathin Secara Zahir

Mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, kesaksian yang tampak benar secara Zahir itulah yang menyebabkan Mereka masuk ke dalam Neraka. Penampilan zahirnya bagus dan mempesona, tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan. Di luar dia menampakkan kekhusyukan, sedangkan di dalam hatinya ia main-main.
Takut Terhadap Kejadian Apa Saja

Orang-orang munafik selalu diliputi rasa takut. Jiwanya selalu tidak tenang, keinginannya hanya selalu mendambakan kehidupan yang tenang dan damai tanpa disibukkan oleh persoalan-persoalan hidup apapun.[perlu rujukan] Dia selalu berharap: "Tinggalkan dan biarkanlah kami dengan keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami tidak ingin keadaan kami berubah." Padahal, keadaan tidaklah selalu apalagi menjadi lebih baik.
Mengelak Dengan Alasan yang Bohong

Firman Allah s.w.t.:

    "Di antara mereka ada orang yang berkata: 'Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.' Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya Neraka Jahanam itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir." [11]

Menyuruh Kemungkaran Dan Mencegah Kemakrufan

Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang-orang beriman. Mereka menggembar-gemborkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konser, menyebarkan majalah-majalah porno (semi-porno) dan narkoba.
Bakhil

Orang-orang munafik sangat bakhil dalam masalah-masalah kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mau bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan.[perlu rujukan]
Lupa Kepada Allah SWT

Segala sesuatu selalu mereka ingat, kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka senantiasa ingat kepada keluarganya, anak-anaknya, lagu-lagu, berbagai keinginan, dan segala sesuatu yang berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingat (berdzikir) Allah SWT, kecuali sebagai tipu daya kepada sewsama manusia semata.[perlu rujukan]
Mendustakan Janji Allah Dan Rasul

Firman Allah s.w.t.:

    "Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: 'Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya'." [12]

Lebih Memperhatikan Zahir, Mengabaikan Bathin

Orang munafik lebih mementingkan zahir dengan mengabaikan yang batin, tidak menegakkan sholat, tidak merasa diawasi Allah SWT, dan tidak mengenal zikir. Pada zahirnya, pakaian mereka demikian bagus menarik, tetapi batin mereka kosong, rusak dan lain sebaginya.
Sombong Dalam Berbicara

Orang-orang munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak omong dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan ungkapan menakjubkan yang meyakinkan agar tampak seperti orang hebat, mulia, berwawasan luas, mengerti, berakal, dan berpendidikan. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apapun. Sama sekali tidak memiliki ilmu, bahkan bodoh.
Tidak memahami masalah-masalah agama

"Keistimewaan" orang-orang munafik adalah: mereka sama sekali tidak memahami masalah-masalah agama. Dia tahu bagaimana mengenderai mobil dan mengerti perihal mesinnya. Dia juga mengetahui hal-hal remeh dan pengetahuan-pengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat kepadanya meski juga tidak mendatangkan mudharat baginya. Akan tetapi, apabila menghadapi dialog (tanya-jawab tentang persoalan-persoalan Ad Din (Islam)), dia sama sekali tidak dapat menjawab.

Berpura-pura Dalam Dosa
Watak inilah yang paling penting membezakan antara orang munafik dan orang mukmin.
Orang munafik menganggap ringan perkara-perkara yang melawan hukum Allah, menentang-Nya dengan melakukan pelbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi. Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan sebaliknya; iaitu berpura-pura taat.

Firman Allah SWT:   "Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahasia yang Allah tidak redhai. Dan adalah Allah Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan. " [13]

Seseorang mukmin selalu merasa bahawa dirinya diawasi oleh Allah, baik ketika bersendirian mahupun bersama-sama orang lain. Malah, dia merasa lebih diawasi dan diperhatikan oleh Allah ketika seorang diri.
Senang Melihat Orang Lain Susah, Susah Bila Melihat Orang lain Senang

Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: "Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu. Semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau." Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan terhibur karena musibah itu.

Rujukan - alquran dan hadis muktabar

Friday, September 19, 2014

Tuduhan dan Persangkaan

Definisi: adalah ia itu FITNAH

Berdasarkan Nafsu dan Bisikan Syaitan, bukanlah penuduh itu Orang yang tahu

Persangkaan tanpa Ilmu itu SESAT

Bila Allah menyatakan, AKU sebagaimana hambaKU sangkakan ianya berdasarkan ILMU Fardhu Ain, Ilmu Tauhid, Berdasarkan apa yang tertera di dalam AlQuran. Kerana itu apabila belajar Ilmu Tauhid, satelah ujud Pengertian dan Kefahaman, di gesa penuntut itu memasukkan Perasaan

Agar tidak hanya bersangka sangka tanpa Al Alim yang Bersifat Aliman,

Inilah sebab menjadikan bani israil sekarang tidak menauhidkan Allah
Begitu jugalah bani nasrani dengan konsep Trinity mereka
Diikuti oleh Penyembah Berhala dengan konsep Trinity 3 dewa mereka

Bagi manusia ia berada di bawah Topik Akhlak - Akhlak Keji, maksiat dan mungkar
begitulah kedudukan Tuduhan dan Persangkaan

Silakan menuntut Ilmu Islam, buatlah Kajian ke atas AlQuran, semuga terhindar dari persangkaan yang tidak benar. AlQuran itu adalah Petunjuk, Untuk di ambil Pelajaran daripada Allah, dan sesiapa yang tidak mahu mengambil pelajaran dariNya, Allah akan menghantar syaitan syaitan dan lama kelamaan, menjadilah syaitan syaitan itu, kawan karib bagi mereka, dan mereka menyangka berada di dalam kebenran - sebagaimana yahudi dan nasrani serta munafik dan kafir = sila rujuk surat az zukhruf ayat 36 sampai 38

Sesiapa sahaja yang mengatakan blog ini, mengarut dan menyalahi AlQuran, sila datangkan bukti bagi Hujjah kamu itu, agar benarlah apa yang kamu katakan itu

Lempar batu sembunyi tangan itu akhlak Keji

Semuga Allah mengurniakan kemudahan memahami bagi sesiapa yang membaca di sini, InshaAllah

Janganlah ujudkan curiga, pre conception  apabila membaca AlQuran
Kerana jika kamu menyucikan hatimu, mahu mengambil pelajaranNya, tentulah Allah mengurniakan kamu Kefahaman, dan HidayahNya

InshaAllah

Monday, September 15, 2014

Keliru

Sifat Keliru adalah milik golongan Jahil
Kerana tidak Mengetahui Ilmu Fardhu Ain
Yang Wajib di tuntut oleh setiap diri Muslim

Kemudiannya tidak berusaha mendalami AlQuran, mengingat yang IQRA hanyalah baca, padahal sudah Allah kurniakan Akal tidak mahu Berfikir.

Ingatlah, apa saja masalah menimpa diri adalah akibat daripada 'tangan sendiri'

Maka Tidak hairanlah jika golongan yang Keliru itu terdiri daripada manusia kebanyakan

Jika kita telitikan Sejarah, Imam Imam mazhab Sunni itu, menuntut Ilmu, mendalami, mengkaji, menentukan kesahihan, bukanlah main main ya, Benarlah dan Betullah Ilmu dan Pemikiran mereka. Ini Sejarah Manusia yang boleh kita jadikan idola untuk menumbuhkan minat dan gesaan atas diri masing masing dalam usaha menauhidkan Allah

Orang yang Beriman, mukmin, segala yang mendatang itu jika nikmat ia bersyukur, jika bencana, masalah ia bersabar - ini adalah berdasarkan hadis, perkataan Rasulullah

Kita boleh berbalik ke suatu masa di zaman Abu Jahal - yang menyuruh kawan rakannya, mendengarkan, apa yang nabi Muhammad sallallahualaihi wasalam sedang bacakan ketika itu. Kemudian apabila mereka kembali ke hadapan abu jahal, dan mengakui kebenaran apa yang di dengari dari muhammad SAW, Abu Jahal tidak mahu menerima kebenaran itu, dan sengaja memilih untuk Keliru dan Mengelirukan - sila rujuk Kitab Hadis Muktabar ya

Apakah kita mahu teruskan berada di dalam kekeliruan?
Fahamilah, Kewajipan menuntut Ilmu Islam itu, dahulukan Fardhu ain, yang wajib bagi kemudahan setiap diri, agar dapat kekal berserah Allah, dan bertawakkal kepada Allah SWT

Apabila kebanyakan manusia memilih untuk menurut Telunjuk Lain orang, masuklah mereka ke dalam golongan Kesesatan

Janganlah Lalai dan lupa, Islam menyatakan, setiap diri adalah pemimpin, maka perhatikan pimpinan kamu - Jika sudah beriman, Peliharalah dirimu, dan kaum kerabat kamu, daripada siksa api Neraka

Ilmu yang Wajib di tuntut jika sudah mengerti dirimu Muslim, ialah Ilmu AlQuran dan sunnah Rasulullah SAW

Agar dapat terus berpakaian Taqwa
Agar dapat berdiri dengan sunnah
Agar Redha dengan ketentuan Allah
Agar mahu Bersyukur dan Bersabar

Semuga mendapat Kejayaan untuk meneruskan Hidup yang Sementara di atas dunia, menuju ke Akhirat

Semuga Allah mengurniakan Hidayah dan Kemudahan kepada umat manusia yang mahu Berfikir

InshaAllah

Thursday, September 11, 2014

Jodoh dan Keturunan

Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).
 “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).

Demikianlah Doa yang baik sekali dibaca oleh orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Bagus juga dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.
Kedua-dua ayat di atas merupakan doa Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah dan memohon jodoh yang baik.
Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41

Menikah itu menyambung silaturahim, Nabi sukakan Umat yang Ramai
Orang paling baik ialah yang suka menyambung silaturahim

Demikian beberapa ayat dalil dan nas, menerangkan tentang JODOH 

Ibu Bapa dan Penjaga yang Islam, tentulah suka mencari REDHA ALLAH
itulah dapat memperpanjangkan keturunan, dengan mencarikan jodoh yang BAIK kepada anak anak gadis mereka, 

Dunia hari ini, Anak anak keluar rumah, bebas, lalai mengingat kasih sayang ibubapa mereka
lalu menyangka, jodoh tiada kaitan dengan keturunan

Jika kalian meneliti sunnah nabi muhammad saw, hal nikah kawinnya, tentulah kamu dapat melihat perkaitan dengan keturunan, subhanallah

Begitu juga dalam hal, di nikahi akan wanita itu atas 4 keutamaan, Keturunan yang baik, Perawan, dan seterusnya, jika kalian tahu menelitikan hadis bab itu

Silakan ya, Bidaah ialah kamu memandai mandai sendiri
Sedangkan Ibadah ialah, wajib mengikut tauladan sunnah

silakan, jauhi dari pemikiran sesat, yang tidak menurut alquran dan sunnah

Kejayaan adalah bilamana berjaya menurut Sunnah Muhammad dan sunnah khulafak ar Rasyidin
Subhanallah

Wednesday, September 10, 2014

Anak Anak - Babies

Anak anak yang di lahirkan oleh isteri isteri, juga oleh wanita wanita yang kemudiannya menjadi IBU
Bukanlah, anak IBU - Sebaliknya adalah Anak Bapa

Tuhan yang bernama Allah, Menciptakan Adam sebagai manusia yang Pertama, adalah Lelaki
Perempuan atau wanita itu di ciptakan, hanyalah kerana ujud keinginan Adam, untuk berteman
Sebab itulah wanita itu di namakan sebagai HAWA. bahasa englishnya, Adam and EVE

Sekiranya kaum wanita, mahukan anak
Tidak ada Lelaki, bolehkah mendapatkannya

Jika kamu kata, boleh melalui kaedah bayi tabung uji
Dari manakah pula hendak di dapatkan benihnya

Demikianlah Allah, sebagai Tuhan Yang Benar dan Suci, Menciptakan manusia

 Islam mewajibkan anak anak, menghormati Ibu Ibu, 3 kali lebih utama daripada Bapa
Mengenangkan kesusahan Mengandungkan

Memanglah mahkamah bukan Islam, suka memenangkan IBU

Demikianlah, bila Kehidupan berada di bawah Demokrasi
Tidak sedar, duduk mendokong SYIRIK

SubhanAllah

Turutan dan Tuntunan untuk SEJAHTERA

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.(QS. 33:35)

Tuntunan dan Turutan sepatutnya:

1. Sebutlah nama Allah dengan sebanyak banyaknya. Sampaikan lah Ingatan, Peringatan, pelajaran, pendidikan hal kebenaran daripada Allah, inshaAllah ketulusan kamu, akan meningkatkan diri kamu menjadi lebih baik

2. Memelihara Kehormatan diri, agar mengamalkan sebelum hanya berkata kata tanpa beramal. Pelihara Maruah diri, dengan mengamalkan kebaikan, dan kebenaran

3. Berpuasa Ramadhan dan puasa sunat, agar dapat menahan diri daripada berbuat KEJI dan Maksiat. Perhatikan point pertama dan kedua, dalam usaha ke arah begitu, agar terbuka luas jalan kebaikan dan kebenaran

4. Perbanyakkan Bersedekah, amal Jariah, membantu lain orang, bagi Pencerahan, berikan cahaya kebenaran dan kebaikan 

5. Semuga dapat mendirikan solat yang Khusyuk satelah menjaga dan menurut, point daripada point 1 hingga point 4

6. Satelah khusyuk di capai, apa apa mendatang pada diri, dapatlah diri berSabar, dan tabah menghadapi, semuga bertambah bijaksana

7. Dengan bertambah Hikmah dan Kebijaksanaan, dengan sendirinya bertambah, ketaatan, menuju Mukmin

8. Islam lah Kamu, Sejahtera lah, kamu akan sentiasa dapat Berserah Allah, as Muslim

InshaAllah
Semuga dapat memimpin diri, menurut aturan, agar dapat mencapai maksud kenapa Allah menciptakan Manusia dan Jin



Sungguh, laki-laki dan perempuan muslim[18], laki-laki dan perempuan mukmin[19], laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar[20], laki-laki dan perempuan yang sabar[21], laki-laki dan perempuan yang khusyuk[22], laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa[23], laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya[24], laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah[25], Allah telah menyediakan untuk mereka[26] ampunan[27] dan pahala yang besar[28]. - See more at: http://www.tafsir.web.id/2013/04/tafsir-al-ahzab-ayat-31-40.html#sthash.GPZQLRg8.dpuf
Sungguh, laki-laki dan perempuan muslim[18], laki-laki dan perempuan mukmin[19], laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar[20], laki-laki dan perempuan yang sabar[21], laki-laki dan perempuan yang khusyuk[22], laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa[23], laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya[24], laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah[25], Allah telah menyediakan untuk mereka[26] ampunan[27] dan pahala yang besar[28]. - See more at: http://www.tafsir.web.id/2013/04/tafsir-al-ahzab-ayat-31-40.html#sthash.GPZQLRg8.dpuf

Tuesday, September 9, 2014

Kisah Selepas Sambutan Merdeka

Ada seorang yang baik, di kenal oleh ramai orang, namanya juga ada perkataan soleh, walaupun bila di ejakan melayu menjadi salah atau sebagainya

Dia membuka sebuah tempat,sebagai wakaf, di mana sesiapa sahaja boleh datang bertandang dan lepak, atau berbual, atau beri tazkirah, wakaf ini pula mendapat sambutan ramai, maksudnya sudah lebih dari 100 ribu orang sampai dan lepak, walaupun sekejap

Kerana solehnya, dia sentiasa menambah baik wakaf tersebut

Dalam pada itu, wujud juga masalah, apabila manusia yang ramai singgah di situ, berbagai pula pemikiran di bawa diri diri yang berkunjung

Namun untuk maksud - Islam itu untuk manusia dan jin - Islam untuk semua - dia melayan baik semua yang mendatang, dengan menyampaikan kebenaran islam, dia faham deenun nasihah, kenalah jaga kesucian Islam

Namun di sebabkan negara duduk di bawah, Demokrasi Raja Berparlimen, tentulah ada yang mengguris hati dan perasaan Pemerintah

Pihak Pemerintah pula mengerahkan pasukan khas memerhatikan wakaf tersebut

Seterusnya, ujudlah seorang bertopeng dan berpakaian biasa menamakan dirinya, penggunaWakaf
Kemudiannya, berlakulah, tuduh menuduh
Melemparkan tuduhan karut, mengarut dan sebagainya
Akhirnya Kesucian Islam sudah tidak di pelihara
Kerana Takut telah muncul, kepada Selain Allah - biasalah dalam Demokrasi yang syirik dan zalim
Yang tidak meletakkan Allah di atas sekali
Kerana bagi mereka Allah itu tidak bertempat
maka tidaklah melayakkan Allah pada kedudukan sepatutnya - SUBHAN ALLAH

penggunaWakaf itu memulakan fitnah
Allah mengizinkan - kerana Telah di beritahu kepada muhammad - Hiduplah sebagaimana kamu mahu hidup, ingatlah kamu akan mati, Buatlah apa saja kamu mahu perbuat, ingat akan balasan setimpalnya, Cintailah sesiapa saja kamu mahu cintai, Ingatlah dia akan berpisah darimu

Takdir itu ialah, apa yang kamu pilih dan perbuat
Demikian maksud hadis nabi sallallahu alaihiwasallam

ada banyak lagi jika hendak di ceritakan, namun adalah tidak baik kita mengAIBkan sesiapa
Sesiapa yang tahu, kenal, tahulah
Bahawa kehidupan di bawah Demokrasi berperlembagaan yang tertinggi ialah menurut pemerintah
sebagai rakyat, yang lemah iman dan ketuhanan, menjadilah diri masing masing sebagai MUNAFIK

untuk maksud hidup lah TUAN

sebab itu kita boleh lihat
walaupun di kenal sebagai Ustaz, ada yang tidak dapat berdiri betul dan benar, Terbabas bermaksiat
Perkara sebegini lebih mudah di lihat
kerana jika tanpa ilmu, bermaksiat dan bermungkar itu sudah biasa, syaitan tak menghiraukan
Tetapi untuk yang belum Ikhlas, lillahi billahi wallahi
Mudah lah syaitan menguasai mereka

jadi untuk diri diri yang Percaya kepada Allah, semuga dapat mengikhlaskan diri masing masing
Hanyalah amalan yang Ikhlas, selamat dan benar, di terima Allah
Sesuai dengan ucapan syahadah

InshaAllah

Sunday, September 7, 2014

Islam itu MUDAH

Islam itu MUDAH, bukan pula kita ambil mudah, tanpa pengetahuan, melonggarkan (liberate)
MUDAH itu datang satelah diri kamu, mempunyai Pengetahuan, Kamu tahu, apa yang kamu lakukan
Sesuai dengan Peringatan Allah - 

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

(Al-Israa' 17:36)
And pursue not that of which thou hast no knowledge; for every act of hearing, or of seeing or of (feeling in) the heart will be enquired into (on the Day of Reckoning). 


INGAT lah, Mudah selepas dirimu mengetahuinya 

Apa apa pun lah, bila kamu sudah mengetahui, akan ada kemudahannya
JAUHIlah dari PERSANGKAAN - dan mendengar bisikan nafsu syaitan

Dalam hal IBADAH KHUSUS, ada peraturannya - ini sebab di wajibkan menuntut  
ILMU FARDHU AIN - dan hendaklah kita INGAT - SUCI itu berbeda daripada kotor

lihat Kenyataan INI:

Soalannya: Bagaimana kedudukan sembahyang seseorang (selepas mengambil air sembahyang) beliau menuju ke tempat bilik sembahyang memijak lantai yang diragui kebersihannya? Ada pendapat mengatakan kita boleh kerjakan sembahyang tersebut tanpa mempedulikan tentang kebersihan zahir, asalkan kita tidak merasa was-was.

Jawapannya:
 
 Perkara yang perlu dihuraikan terlebih dahulu ialah perkataan 'bersih' dan 'najis'. Kedua-dua perkara adalah tidak sama maknanya. Dengan sendirinya akan mempengaruhi pemahaman tentang kesahihan sembahyang seseorang.Walau bagaimanapun, sama ada seorang itu ragu tentang kebersihan lantai yang dipijaknya atau ragu tentang kenajisan lantai itu tidaklah menyebabkan tidak sah sembahyang seseorang itu, namun perkataan 'najis' dan 'tidak bersih' mempunyai makna yang tersendiri.

Najis ialah benda-benda yang dianggap kotor oleh syara' , kotor yang boleh membatalkan sembahyang walaupun ianya dianggap bersih oleh manusia. Apabila tubuh badan, pakaian atau tempat sembahyang kena najis, wajib dibasuh kerana benda-benda itu menghalang sah sembahyang. Mengenai 'bersih' atau kebersihan, walaupun maknanya 'tidak kotor' dan 'suci', namun dari segi pengaruh hukumnya adalah berbeza kerana tiap-tiap yang najis itu bererti tidak bersih, kotor atau tidak suci, seperti anjing dan babi, darah, bangkai atau benda-benda yang keluar dari dubur dan qubul.

Memandangkan adanya perbezaan ini, maka perlulah seseorang itu mengenali apa dia benda-benda najis atau yang kotor dalam pandangan syara' kerana yang bernajis itulah yang dianggap tidak bersih oleh syara' dan inilah yang boleh menjejaskan kesahihan sembahyang.

Sedangkan 'tidak bersih' tidak semestinya najis, seperti baju atau pakaian yang kena lumpur tanah, terkena kuah lauk dan seumpamanya. Pakaian itu boleh dipakai dan dibawa sembahyang. Sembahyang dengan baju yang kena lumpur tanah adalah sah, berlainan apabila terkena najis. Benda-benda najis menghalang sah sembahyang, manakala benda-benda tidak bersih tetapi tidak najis, tidak menghalang sah sembahyang.

Penjelasan ini adalah dirasakan perlu kerana ia memberi kefahaman tentang hukum mengenai kebersihan dan hukum najis dan hubungannya dengan kesahihan sembahyang.Adapun mengenai kedudukan sembahyang seseorang yang ragu atau syak tentang kebersihan, sekalipun ragu atau syak tentang najis, sebagaimana yang dipohonkan fatwa, maka keraguan atau syak itu tidak menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan sembahyang tidak Sah kerana berdasarkan kaedah fiqh bahawa:

اليقين لا يزال بالشك.

Ertinya: "Sesuatu yang sudah diyakini tidak dihilangkan oleh sebab adanya keraguan.

"Dalil bagi kaedah ini sabda Baginda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:

إذا وجد أحدكم فى بطنه شيئا فأشكل عليه أخرج منه شىئ أم لا ؟فلا يخرجن من المسجد حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا.

Maksudnya: "Apabila salah seorang di antara kamu merasakan sesuatu di dalam perutnya, kemudian dia merasa ragu, adakah telah keluar sesuatu dari perutnya itu atau tidak, maka janganlah dia keluar dari masjid sehingga dia mendengar bunyi atau mendapati sesuatu bau. " (Hadis riwayat Muslim)

Dalil lain lagi bagi kaedah ini ialah daripada Abdullah bin Zaid, katanya: "Ada seorang lelaki mengadu kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam dia berasa terkhayal adakah dia berhadas semasa menunaikan sembahyang." Maka Sabda Baginda:

لا ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا.

Maksudnya: "Janganlah dia meninggalkan sembahyangnya sehingga dia mendengar bunyi atau mencium bau. "(Hadis riwayal Bukhari dan Muslim)

Sabda Baginda lagi

:عن أبى سعيد الخدري قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا شك أحدكم فى صلاته فلم يدركم صلى ثلاثا أم أربعا، فليطرح الشك وليبن على ما استيقن

Maksudnya: "Daripada Abu Said Al-Khudri berkata:"Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Jikalau syak salah seorang kamu dalam sembahyangnya dan dia tidak tahu berapa jumlah rakaat dia telah sembahyang, adakah tiga (rakaat) ataupun empat, maka buangkan yang syak dan hendaklah dibina atas apa yang dia yakini. "(Hadis riwayal Muslim)

Berdasarkan kaedah di atas termasuk beberapa kaedah lain sebagaimana yang disebut oleh Pengarang Al-Asybah wa Al-Nazha'ir:من تيقن الطهارة، وشك فى الحدث فهو متطهر أو تيقن فى الحدث وشك فى الكهارة فهو محدث.

Ertinya: "Sesiapa yang yakin dia dalam keadaan bersih (suci) dan merasa syak berhadas, maka dia adalah suci atau dia yakin dalam keadaan berhadas dan syak dalam suci, maka dia adalah berhadas. "Dalam Fath Al-Mu'in (h. 14) oleh AI-' AWimah AI-Sheikh Zainuddin bin Abdul Aziz AI-Malibari anak murid kepada Ibnu Hajar Al-Haitamie, sewaktu membahaskan perkara-perkara najis yang dimaafkan (ma‘fuw) khasnya mengenai tempat laluan atau jalan yang bernajis, beliau berkata:وعن
قليل طين محل مرور متيقن نجاسته، ولو بمغلط ، للمشقة: ما لم تبق عينها متيزه.ويختلف ذلك بالوقت ومحله، من الثوب والبدن. وإذا تعين عين النجاسة فى الطريق ولو مواطئ كلب، فلا يعفى عنها، وإن عمت الطريق- على الأوجه.وافتى شيخنا فى طريق لا طين بها، بل فيها قذر الأممى وروت الكلاب والبهائم، وقد أصابها المطر بالعفو عند مشقة الاحتراز."قاعدة مهمة"وهى:إن ما أصله الطهارة، وغلب على الظن تنجسه، لغلبة النجاسة فى مثله، فيه قولان معروفان بقولى الأصل والظاهر أو الغالب.أرجحهما ، أنه طاهر، عملا بالأصل المتيقن لأنه اضبط من الغالب المختلف بالأحوال والأزمان. وذلك كثياب خمار، وخائض، وصبيان، واوان متدينين بالنجاسة ، وورق يغلب نثره على نجس، ولعاب صبي، وجوخ اشتهر عمله بشحم الخنزير، وجبن شامى اشتهر عمله بانفخة الخنزير.وقد جاءه صلى الله عليه جبنة من عندهم، فأكل منها ولم سأل عن ذلك. ذكره شيخنا فى شرح المنهاج.

Ertinya: "Termasuk najis mafuw (yang dimaafkan): Sedikit lumpur di tempat laluan berjalan yang telah diyakini najisnya, sekalipun najis mughallazhah, dengan alasan susah menghindarinya; selagi benda najisnya tidak nampak dengan jelas.

Tentang kemaafan adanya najis ini, adalah berbeza sesuai dengan waktu dan tempatnya, mengenai pada pakaian dan badan. Jika zat najis itu jelas terang kelihatan di atas jalan laluan, walaupun tempat laluan anjing, maka ia tidak dimaajkan - walaupun ia merata di atas jalan - mengikut pendapat yang paling aujah.

Guru kita mengeluarkan fatwa tentang jalan yang tidak berlumpur bahkan yang terdapat di sana kotoran manusia, kotoran anjing dan binatang-binatang lain, lalu terkena air hujan, sebagai najis yang dimaafkan ketika susah menghindarinya.Kaedah penting iaitu: Sesuatu yang asalnya suci, lalu ada prasangka ia menjadi najis dengan alasan bahawa barang yang seperti itu pada umumnya najis, maka di sini ada dua pendapat yang terkenal dengan pendapat asal (ia suci) dan pendapat zahir atau ghalib. Pendapat yang lebih kuat adalah pendapat bahawa barang tersebut suci, dengan alasan "asal keyakinan yang telah ada ", di mana hal ini lebih dipercayai daripada "kebiasaan kejadian" yang selalu berbeza sesuai dengan keadaan dan masa.

Yang demikian itu seperti pakaian pembuat arak, pakaian orang haidh, pakaian kanak-kanak, bejana milik pemeluk-pemeluk agama yang menggunakan barang najis, daun yang umumnya berjatuhan di tempat najis, air liur kanak-kanak kecil, sutera jukh yang terkenal diperbuat daripada lemak babi, keju Syria yang terkenal diperbuat daripada perut besar babi. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pernah diberikan keju oleh penduduk Syria, lalu Baginda makan sebahagiannya, Baginda tidakpun bertanya daripada apa keju itu diperbuat.

Demikianlah kaedah yang sebahagian besarnya telah dikemukakan oleh guru kita dalam syarh. Minhaj. "Berdasarkan penjelasan-penjelasan di atas, maka kedudukan sembahyang sebagaimana yang diminta fatwa adalah sah. Mengenai dengan perkara merasa was-was, ragu atau syak, maka penjelasannya sebagaimana yang telah diterangkan di atas.Adapun mengenai kebersihan zahir, maka perkataan kebersihan telahpun dijelaskan, iaitu bukan maksudnya najis kerana, apabila terkena najis pada badan, pakaian atau tempat sembahyang, maka sembahyang tidak sah. Islam menggalakkan supaya sembahyang didirikan dalam keadaan bersih (bukan lawan najis), bahkan berhias.

Perkara ini telah disentuh oleh AI-Qur'an:يبنى ءادم خذوا زينتكم عند كل مسجد

Tafsirnya: "Wahai anak-anak Adam pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (seperti mengerjakan sembahyang). "(Surah AI-A 'ral 31)

Dalam hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam juga ada diterangkan supaya berhias dengan memakai pakaian yang indah ketika hendak ke masjid mengerjakan sembahyang, terutama pada hari Jumaat dan Hari Raya, bahkan juga memakai bau-bauan yang semerbak harum. Bahkan sunat sesiapa yang hendak mendirikan sembahyang sama ada lelaki atau perempuan (tanpa kehadiran lelaki asing atau ajnabiy), memakai seindah-indah pakaian dan menjaga dengan apa yang boleh dibuat berhias, menurut kebiasaan, berdasarkan zahir ayat di atas. Makruh seseorang itu dengan pakaian yang ada gambar atau ada ukiran kerana kemungkinan boleh mengganggu sembahyangnya. (Fath AI-'Allam bi Syarh Mursyid AI-Anam fi AI-Fiqh 'ala Madzhab AI-Sadah AI-Syafi'iyyah, Ii AI-'Allamah AI-Sayyid Muhammad Abdullah AI-Jordani 2/172-173)

Di antara hadis-hadis yang menganjurkan berpakaian yang indah ketika hendak mendirikan sembahyang ialah:إذا صلى أحدكم فليلبس ثوبية فإن الله
عزوجل أحق من تزين له فإن لم يكن له ثوبان فليترز إذا صلى ولا يشمل أحدكم فى صلاته الصماء اشتمال اليهود.

Maksudnya: "Apabila sembahyang seseorang kamu (ertinya hendak sembahyang), pakailah dua kain, kerana Allah Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi lebih layak kita berhias di hadapanNya. Kalau tidak ada padanya dua helai kain, pakailah lzar (bersarung) bila sembahyang. Dan jangan berkerudung sembahyang, sebagai sembahyang Yahudi. Dan jangan berselimut-selimut tidak berketentuan. (Hadis riwayal Th"harani dan Baihaqi)

Dengan keterangan-keterangan di atas jelaslah bahawa adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa mendirikan sembahyang itu tidak perlu mempedulikan kebersihan zahir. Bahkan menghias diri sewaktu hendak mendirikan sembahyang adalah disunatkan, sebagaimana keterangan AI-Qur'an dan hadis mengenainya.

Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama :  Awang Abdul Aziz bin Juned,


INGAT lah
Jangan Ambil MUDAH dan berdoalah Agar Allah, mengurniakan kemudahan kepada mu

INSHA ALLAH

Saturday, September 6, 2014

Kebatilan Menelan Kebenaran

Situasi dan Kondisi masakini di mana mana pun, manusianya lemah ketuhanan
Bicara yang memenuhi situasi dan kondisi di mana mana jua, menenggelamkan kebenaran Allah, apabila segala yang di bicarakan hanyalah keduniaan
Manusia sudah lalai, dan alpa
Tidak mudah untuk Beringat
Ilmu di ketahui, tanpa di miliki
Amalan tak seberapa, jika adapula tidak dapat mengikhlaskan diri kepada Allah

YaAllah, moden kah hari ini
Jahiliah menguasai aktiviti
Segala yang di promosikan, tak lebih hanyalah keduniaan
menipu nipu seolah olah sampai ke AKHIRAT

Lalai ingat, lalai Beringat, bahawa amalan yang tanpa keikhlasan itu sia sia
dan bahawa Ikhlas itu hanyalah apabila kamu berserah Allah, menjaga kesucian Islam

Politik dengan Partisan bukanlah sunnah, duduk di bawah SYIRIK, asbab itu Hukum Hakam Allah hanyalah sekadar, Permainan dan Senda gurau

Tangan Tangan diri sendiri, kaum kerabat sendiri, keluarga sendirilah, punca segala Masalah akibat daripada tidak dapat Ikhlas lillahi, Billahi, Wallahi

suasana beramah mesra, tidak meminati, kebenaran dan Ketuhanan Allahu yang ESA

kalian lihat lah sendiri
Pastikan, dirimu,
Janganlah kamu Letakkan dirimu di dalam kebinasaan

Wahai orang yang beriman, Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar benar Taqwa, dan Janganlah kamu mati, kecuali kamu sedang berserah Allah, Muslim

Peringatan itu Berguna kepada golongan yang Percaya
Subhanallah wahdahu laasyarikalah




Thursday, September 4, 2014

KEHIDUPAN - Amalan Masing Masing

Ikhlas itu hanya wujud apabila kamu menauhidkan Allah, Kamu hanya berserah kepada Allah, Muslimlah
Kehidupan yang Allah redha hanyalah Kehidupan cara Islam, Jika kamu mencari kehidupan selain Islam, nescaya Allah tidak menerima amalan mu itu, maka sia sia saja dirimu, tiada pendapatan di dalam menentukan, Siapakah yang lebih baik amalannya

Berjayalah sesiapa sahaja yang, Mendapat Hidayah Allah, menyampaikan dirinya kepada  Ikhlas, lillahi, Billahi, Wallahi

Situasi dan Kondisi pula, menjadikan manusia Lalai dan Ingat, Berbuat keji dan bertaubat, Silih Berganti
Allah tidaklah menganiaya sesiapa, tidak menzalimi sesiapa, dan Tiada ciptaan Allah itu yang sia sia, hanya saja, manusia yang adatnya Tergesa gesa, menyebabkan manusia mendahulukan Nafsu diri, akibat daripada diri sendiri Tidak Mahu Berfikir

Sebab dan Akibat, menjadikan sebilangan besar manusia tidak mahu menerima dan tidak mahu Percaya, kepada PERKARA GHAIB- Semua itu berpunca daripada pendidikan yang ditiadakan, iaitu, TAUHID

Kelemahan diri sendirilah, apabila tiada mengINGAT ALLAH
Kelemahan diri sendirilah, apabila menSYIRIKkan Allah
Kelemahan diri sendirilah, apabila terburu NAFSU

Untuk menjadi IKHLAS ialah, Berserah Allah dan Bertawakkal kepada Allah satelah, berusaha mengendalikan Amal dengan JUJUR dan IKHLAS

Syarah SAH IBADAH ialah, peribadi yang melakukannya, mestilah ISLAM adalah PETUNJUK tentang BICARA ini

Wahai orang yang BERIMAN, Peliharalah diri kamu, dan ahli keluarga kamu, daripada siksa api neraka, yang bahan bakarnya, adala manusia dan batu

Intan surulloha yansurukum - INSHAALLAH