Islam itu MUDAH, bukan pula kita ambil mudah, tanpa pengetahuan, melonggarkan (liberate)
MUDAH itu datang satelah diri kamu, mempunyai Pengetahuan, Kamu tahu, apa yang kamu lakukan
Sesuai dengan Peringatan Allah -
Dan janganlah engkau
mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya;
sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua
anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(Al-Israa' 17:36)
And pursue not that of which thou hast no knowledge; for every act of
hearing, or of seeing or of (feeling in) the heart will be enquired into
(on the Day of Reckoning).
INGAT lah, Mudah selepas dirimu mengetahuinya
Apa apa pun lah, bila kamu sudah mengetahui, akan ada kemudahannya
JAUHIlah dari PERSANGKAAN - dan mendengar bisikan nafsu syaitan
Dalam hal IBADAH KHUSUS, ada peraturannya - ini sebab di wajibkan menuntut
ILMU FARDHU AIN - dan hendaklah kita INGAT - SUCI itu berbeda daripada kotor
lihat Kenyataan INI:
Soalannya: Bagaimana kedudukan sembahyang seseorang
(selepas mengambil air sembahyang) beliau menuju ke tempat bilik
sembahyang memijak lantai yang diragui kebersihannya? Ada pendapat
mengatakan kita boleh kerjakan sembahyang tersebut tanpa mempedulikan
tentang kebersihan zahir, asalkan kita tidak merasa was-was.
Jawapannya:
Perkara yang perlu dihuraikan terlebih dahulu
ialah perkataan 'bersih' dan 'najis'. Kedua-dua perkara adalah tidak
sama maknanya. Dengan sendirinya akan mempengaruhi pemahaman tentang
kesahihan sembahyang seseorang.Walau bagaimanapun, sama ada seorang itu
ragu tentang kebersihan lantai yang dipijaknya atau ragu tentang
kenajisan lantai itu tidaklah menyebabkan tidak sah sembahyang seseorang
itu, namun perkataan 'najis' dan 'tidak bersih' mempunyai makna yang
tersendiri.
Najis ialah benda-benda yang dianggap kotor oleh syara' , kotor yang
boleh membatalkan sembahyang walaupun ianya dianggap bersih oleh
manusia. Apabila tubuh badan, pakaian atau tempat sembahyang kena najis,
wajib dibasuh kerana benda-benda itu menghalang sah sembahyang.
Mengenai 'bersih' atau kebersihan, walaupun maknanya 'tidak kotor' dan
'suci', namun dari segi pengaruh hukumnya adalah berbeza kerana
tiap-tiap yang najis itu bererti tidak bersih, kotor atau tidak suci,
seperti anjing dan babi, darah, bangkai atau benda-benda yang keluar
dari dubur dan qubul.
Memandangkan adanya perbezaan ini, maka perlulah seseorang itu mengenali
apa dia benda-benda najis atau yang kotor dalam pandangan syara' kerana
yang bernajis itulah yang dianggap tidak bersih oleh syara' dan inilah
yang boleh menjejaskan kesahihan sembahyang.
Sedangkan 'tidak bersih' tidak semestinya najis, seperti baju atau
pakaian yang kena lumpur tanah, terkena kuah lauk dan seumpamanya.
Pakaian itu boleh dipakai dan dibawa sembahyang. Sembahyang dengan baju
yang kena lumpur tanah adalah sah, berlainan apabila terkena najis.
Benda-benda najis menghalang sah sembahyang, manakala benda-benda tidak
bersih tetapi tidak najis, tidak menghalang sah sembahyang.
Penjelasan ini adalah dirasakan perlu kerana ia memberi kefahaman
tentang hukum mengenai kebersihan dan hukum najis dan hubungannya dengan
kesahihan sembahyang.Adapun mengenai kedudukan sembahyang seseorang
yang ragu atau syak tentang kebersihan, sekalipun ragu atau syak tentang
najis, sebagaimana yang dipohonkan fatwa, maka keraguan atau syak itu
tidak menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan sembahyang tidak Sah
kerana berdasarkan kaedah fiqh bahawa:
اليقين لا يزال بالشك.
Ertinya: "Sesuatu yang sudah diyakini tidak dihilangkan oleh sebab adanya keraguan.
"Dalil bagi kaedah ini sabda Baginda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
إذا وجد أحدكم فى بطنه شيئا فأشكل عليه أخرج منه شىئ أم لا ؟فلا يخرجن من المسجد حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا.
Maksudnya: "Apabila salah seorang di antara kamu merasakan sesuatu di
dalam perutnya, kemudian dia merasa ragu, adakah telah keluar sesuatu
dari perutnya itu atau tidak, maka janganlah dia keluar dari masjid
sehingga dia mendengar bunyi atau mendapati sesuatu bau. " (Hadis
riwayat Muslim)
Dalil lain lagi bagi kaedah ini ialah daripada Abdullah bin Zaid,
katanya: "Ada seorang lelaki mengadu kepada Nabi Shallallahu 'alaihi
wasallam dia berasa terkhayal adakah dia berhadas semasa menunaikan
sembahyang." Maka Sabda Baginda:
لا ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا.
Maksudnya: "Janganlah dia meninggalkan sembahyangnya sehingga dia
mendengar bunyi atau mencium bau. "(Hadis riwayal Bukhari dan Muslim)
Sabda Baginda lagi
:عن أبى سعيد الخدري قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا شك أحدكم
فى صلاته فلم يدركم صلى ثلاثا أم أربعا، فليطرح الشك وليبن على ما استيقن
Maksudnya: "Daripada Abu Said Al-Khudri berkata:"Bersabda Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wasallam: "Jikalau syak salah seorang kamu dalam
sembahyangnya dan dia tidak tahu berapa jumlah rakaat dia telah
sembahyang, adakah tiga (rakaat) ataupun empat, maka buangkan yang syak
dan hendaklah dibina atas apa yang dia yakini. "(Hadis riwayal Muslim)
Berdasarkan kaedah di atas termasuk beberapa kaedah lain sebagaimana
yang disebut oleh Pengarang Al-Asybah wa Al-Nazha'ir:من تيقن الطهارة،
وشك فى الحدث فهو متطهر أو تيقن فى الحدث وشك فى الكهارة فهو محدث.
Ertinya: "Sesiapa yang yakin dia dalam keadaan bersih (suci) dan merasa
syak berhadas, maka dia adalah suci atau dia yakin dalam keadaan
berhadas dan syak dalam suci, maka dia adalah berhadas. "Dalam Fath
Al-Mu'in (h. 14) oleh AI-' AWimah AI-Sheikh Zainuddin bin Abdul Aziz
AI-Malibari anak murid kepada Ibnu Hajar Al-Haitamie, sewaktu
membahaskan perkara-perkara najis yang dimaafkan (ma‘fuw) khasnya
mengenai tempat laluan atau jalan yang bernajis, beliau berkata:وعن
قليل طين محل مرور متيقن نجاسته، ولو بمغلط ، للمشقة: ما لم تبق عينها
متيزه.ويختلف ذلك بالوقت ومحله، من الثوب والبدن. وإذا تعين عين النجاسة فى
الطريق ولو مواطئ كلب، فلا يعفى عنها، وإن عمت الطريق- على الأوجه.وافتى
شيخنا فى طريق لا طين بها، بل فيها قذر الأممى وروت الكلاب والبهائم، وقد
أصابها المطر بالعفو عند مشقة الاحتراز."قاعدة مهمة"وهى:إن ما أصله
الطهارة، وغلب على الظن تنجسه، لغلبة النجاسة فى مثله، فيه قولان معروفان
بقولى الأصل والظاهر أو الغالب.أرجحهما ، أنه طاهر، عملا بالأصل المتيقن
لأنه اضبط من الغالب المختلف بالأحوال والأزمان. وذلك كثياب خمار، وخائض،
وصبيان، واوان متدينين بالنجاسة ، وورق يغلب نثره على نجس، ولعاب صبي، وجوخ
اشتهر عمله بشحم الخنزير، وجبن شامى اشتهر عمله بانفخة الخنزير.وقد جاءه
صلى الله عليه جبنة من عندهم، فأكل منها ولم سأل عن ذلك. ذكره شيخنا فى شرح
المنهاج.
Ertinya: "Termasuk najis mafuw (yang dimaafkan): Sedikit lumpur di
tempat laluan berjalan yang telah diyakini najisnya, sekalipun najis
mughallazhah, dengan alasan susah menghindarinya; selagi benda najisnya
tidak nampak dengan jelas.
Tentang kemaafan adanya najis ini, adalah berbeza sesuai dengan waktu
dan tempatnya, mengenai pada pakaian dan badan. Jika zat najis itu jelas
terang kelihatan di atas jalan laluan, walaupun tempat laluan anjing,
maka ia tidak dimaajkan - walaupun ia merata di atas jalan - mengikut
pendapat yang paling aujah.
Guru kita mengeluarkan fatwa tentang jalan yang tidak berlumpur bahkan
yang terdapat di sana kotoran manusia, kotoran anjing dan
binatang-binatang lain, lalu terkena air hujan, sebagai najis yang
dimaafkan ketika susah menghindarinya.Kaedah penting iaitu: Sesuatu yang
asalnya suci, lalu ada prasangka ia menjadi najis dengan alasan bahawa
barang yang seperti itu pada umumnya najis, maka di sini ada dua
pendapat yang terkenal dengan pendapat asal (ia suci) dan pendapat zahir
atau ghalib. Pendapat yang lebih kuat adalah pendapat bahawa barang
tersebut suci, dengan alasan "asal keyakinan yang telah ada ", di mana
hal ini lebih dipercayai daripada "kebiasaan kejadian" yang selalu
berbeza sesuai dengan keadaan dan masa.
Yang demikian itu seperti pakaian pembuat arak, pakaian orang haidh,
pakaian kanak-kanak, bejana milik pemeluk-pemeluk agama yang menggunakan
barang najis, daun yang umumnya berjatuhan di tempat najis, air liur
kanak-kanak kecil, sutera jukh yang terkenal diperbuat daripada lemak
babi, keju Syria yang terkenal diperbuat daripada perut besar babi.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pernah diberikan keju oleh
penduduk Syria, lalu Baginda makan sebahagiannya, Baginda tidakpun
bertanya daripada apa keju itu diperbuat.
Demikianlah kaedah yang sebahagian besarnya telah dikemukakan oleh guru
kita dalam syarh. Minhaj. "Berdasarkan penjelasan-penjelasan di atas,
maka kedudukan sembahyang sebagaimana yang diminta fatwa adalah sah.
Mengenai dengan perkara merasa was-was, ragu atau syak, maka
penjelasannya sebagaimana yang telah diterangkan di atas.Adapun mengenai
kebersihan zahir, maka perkataan kebersihan telahpun dijelaskan, iaitu
bukan maksudnya najis kerana, apabila terkena najis pada badan, pakaian
atau tempat sembahyang, maka sembahyang tidak sah. Islam menggalakkan
supaya sembahyang didirikan dalam keadaan bersih (bukan lawan najis),
bahkan berhias.
Perkara ini telah disentuh oleh AI-Qur'an:يبنى ءادم خذوا زينتكم عند كل مسجد
Tafsirnya: "Wahai anak-anak Adam pakailah pakaian kamu yang indah
berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (seperti mengerjakan
sembahyang). "(Surah AI-A 'ral 31)
Dalam hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam juga ada diterangkan
supaya berhias dengan memakai pakaian yang indah ketika hendak ke masjid
mengerjakan sembahyang, terutama pada hari Jumaat dan Hari Raya, bahkan
juga memakai bau-bauan yang semerbak harum. Bahkan sunat sesiapa yang
hendak mendirikan sembahyang sama ada lelaki atau perempuan (tanpa
kehadiran lelaki asing atau ajnabiy), memakai seindah-indah pakaian dan
menjaga dengan apa yang boleh dibuat berhias, menurut kebiasaan,
berdasarkan zahir ayat di atas. Makruh seseorang itu dengan pakaian yang
ada gambar atau ada ukiran kerana kemungkinan boleh mengganggu
sembahyangnya. (Fath AI-'Allam bi Syarh Mursyid AI-Anam fi AI-Fiqh 'ala
Madzhab AI-Sadah AI-Syafi'iyyah, Ii AI-'Allamah AI-Sayyid Muhammad
Abdullah AI-Jordani 2/172-173)
Di antara hadis-hadis yang menganjurkan berpakaian yang indah ketika
hendak mendirikan sembahyang ialah:إذا صلى أحدكم فليلبس ثوبية فإن الله
عزوجل أحق من تزين له فإن لم يكن له ثوبان فليترز إذا صلى ولا يشمل أحدكم فى صلاته الصماء اشتمال اليهود.
Maksudnya: "Apabila sembahyang seseorang kamu (ertinya hendak
sembahyang), pakailah dua kain, kerana Allah Yang Maha Mulia dan Maha
Tinggi lebih layak kita berhias di hadapanNya. Kalau tidak ada padanya
dua helai kain, pakailah lzar (bersarung) bila sembahyang. Dan jangan
berkerudung sembahyang, sebagai sembahyang Yahudi. Dan jangan
berselimut-selimut tidak berketentuan. (Hadis riwayal Th"harani dan
Baihaqi)
Dengan keterangan-keterangan di atas jelaslah bahawa adalah tidak tepat
pendapat yang mengatakan bahawa mendirikan sembahyang itu tidak perlu
mempedulikan kebersihan zahir. Bahkan menghias diri sewaktu hendak
mendirikan sembahyang adalah disunatkan, sebagaimana keterangan
AI-Qur'an dan hadis mengenainya.
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Awang Abdul Aziz bin Juned,
INGAT lah
Jangan Ambil MUDAH dan berdoalah Agar Allah, mengurniakan kemudahan kepada mu
INSHA ALLAH
No comments:
Post a Comment