Ada seorang yang baik, di kenal oleh ramai orang, namanya juga ada perkataan soleh, walaupun bila di ejakan melayu menjadi salah atau sebagainya
Dia membuka sebuah tempat,sebagai wakaf, di mana sesiapa sahaja boleh datang bertandang dan lepak, atau berbual, atau beri tazkirah, wakaf ini pula mendapat sambutan ramai, maksudnya sudah lebih dari 100 ribu orang sampai dan lepak, walaupun sekejap
Kerana solehnya, dia sentiasa menambah baik wakaf tersebut
Dalam pada itu, wujud juga masalah, apabila manusia yang ramai singgah di situ, berbagai pula pemikiran di bawa diri diri yang berkunjung
Namun untuk maksud - Islam itu untuk manusia dan jin - Islam untuk semua - dia melayan baik semua yang mendatang, dengan menyampaikan kebenaran islam, dia faham deenun nasihah, kenalah jaga kesucian Islam
Namun di sebabkan negara duduk di bawah, Demokrasi Raja Berparlimen, tentulah ada yang mengguris hati dan perasaan Pemerintah
Pihak Pemerintah pula mengerahkan pasukan khas memerhatikan wakaf tersebut
Seterusnya, ujudlah seorang bertopeng dan berpakaian biasa menamakan dirinya, penggunaWakaf
Kemudiannya, berlakulah, tuduh menuduh
Melemparkan tuduhan karut, mengarut dan sebagainya
Akhirnya Kesucian Islam sudah tidak di pelihara
Kerana Takut telah muncul, kepada Selain Allah - biasalah dalam Demokrasi yang syirik dan zalim
Yang tidak meletakkan Allah di atas sekali
Kerana bagi mereka Allah itu tidak bertempat
maka tidaklah melayakkan Allah pada kedudukan sepatutnya - SUBHAN ALLAH
penggunaWakaf itu memulakan fitnah
Allah mengizinkan - kerana Telah di beritahu kepada muhammad - Hiduplah sebagaimana kamu mahu hidup, ingatlah kamu akan mati, Buatlah apa saja kamu mahu perbuat, ingat akan balasan setimpalnya, Cintailah sesiapa saja kamu mahu cintai, Ingatlah dia akan berpisah darimu
Takdir itu ialah, apa yang kamu pilih dan perbuat
Demikian maksud hadis nabi sallallahu alaihiwasallam
ada banyak lagi jika hendak di ceritakan, namun adalah tidak baik kita mengAIBkan sesiapa
Sesiapa yang tahu, kenal, tahulah
Bahawa kehidupan di bawah Demokrasi berperlembagaan yang tertinggi ialah menurut pemerintah
sebagai rakyat, yang lemah iman dan ketuhanan, menjadilah diri masing masing sebagai MUNAFIK
untuk maksud hidup lah TUAN
sebab itu kita boleh lihat
walaupun di kenal sebagai Ustaz, ada yang tidak dapat berdiri betul dan benar, Terbabas bermaksiat
Perkara sebegini lebih mudah di lihat
kerana jika tanpa ilmu, bermaksiat dan bermungkar itu sudah biasa, syaitan tak menghiraukan
Tetapi untuk yang belum Ikhlas, lillahi billahi wallahi
Mudah lah syaitan menguasai mereka
jadi untuk diri diri yang Percaya kepada Allah, semuga dapat mengikhlaskan diri masing masing
Hanyalah amalan yang Ikhlas, selamat dan benar, di terima Allah
Sesuai dengan ucapan syahadah
InshaAllah
1. Fitnah bermaksud Syirik.
ReplyDeleteFirman Allah :
“Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” (191 : al-Baqarah)
2. Fitnah dengan makna ujian dan cobaan.
Firman Allah:
“Dan kami uji kamu dengan pelbagai ujian yang besar.”(40 : Toha)
3. Fitnah bermaksud seksa
Firman Allah:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyeksa orang-orang beriman lelaki dan perempuan … “
Begitu juga makna fitnah pada ayat 10 surah al-Ankabut, ayat 14 surah az-Zariat dan ayat 110 surah an-Nahl.
4. Fitnah bermaksud dosa.
Firman Allah:
“Dan sebahagian mereka ada yang berkata “izinkanlah aku untuk tidak berperang dan janganlah menyebabkan aku berbuat dosa. Ketahuilah mereka telah terjebak dalam dosa (dengan tidak mahu pergi berperang).” (49 : at-Taubah)
5. Fitnah bermaksud kekufuran.
Firman Allah:
“Sesungguhnya mereka inginkan kekufuran.” (48 : at-Taubah)
Begitu juga fitnah dalam ayat 7 surah Ali imran.
6. Fitnah bermaksud pembunuhan dan kebinasaan.
Firman Allah:
“Sekiranya kamu takut orang-orang kafir membunuh kamu.” (101 : an-Nisa)
Begitu juga fitnah pada ayat 83 surah Yunus.
7. Fitnah bermaksud berpaling dari jalan yang benar.
Firman Allah:
“Dan berwaspadalah dari mereka yang hendak memesongkan kamu dari jalan kebenaran.” (49 : Maidah)
Begitu juga dalam ayat 73 surah al-Isra.
8. Fitnah bermaksud sesat.
Firman Allah :
“Dan sesiapa yang Allah hendak menyesatkannya.” (41 : al-Maidah)
9. Fitnah bermaksud alasan.
Firman Allah :
“kemudian tidaklah ada alasan mereka melainkan mereka berkata “Demi Allah wahai tuhan kami, kami bukannya orang-orang musyrikin.” (23 : al-An’am)
Sebahgian tafsir menyatakan fitnah disini bermaksud jawapan.
10. Fitnah bermaksud gila
“Maka kamu akan lihat hai Muhammad dan mereka akan lihat siapakah yang gila.” (6 : al-Qalam)
Fitnah bermaksud menjauhkan dari agama
Nabi saw bersabda kepada Muaz ra:
“Wahai Muaz adakah engkau hendak menyebabkan manusia lari dari ajaran agamanya?” (Hr Bukhari dan Muslim)
Kesimpulan: Fitnah mempunyai pelbagai makna dan maksud di dalam Quran dan hadis Rasulullah saw. Orang melayu selalu menggunakan fitnah untuk makna tuduhan, sehinggakan mentafsirkan kalimah fitnah ayat berikut dengan tuduhan palsu, sedangkan maknanya adalah syirik:
“Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” (191 : al-Baqarah)
“Sesiapa yang berkata tentang quran dengan akal fikirannya atau apa yang dia tidak tahu ilmu tentangnya maka hendaklah menempati tempatnya di neraka.” (HR. Tirmizi)
Firman Allah swt:
“… Allah mengharamkan kamu bercakap tentang Allah apa yang kamu tidak tahu.” (33 : al-Araf)
silakan menuntut Ilmu kebenaran dari AlQuran dan Sunnah, agar kamu menjadi orang yang tahu, dan bermohonlah agar di pelihara Allah akan dirimu, masing masing
Fitnah itu ialah, hanya Persangkaan, tanpa ada Pengetahuan tentang apa yang di pertuduhkan itu
ReplyDeleteSebagaimana tuduhan terhadap ucapan tentang punca masalah dan penyakit ialah daripada gangguan jin, bunian dan syaitan, ke atas manusia manusia yang belum mencapai Ikhlas
Ilmu medikal, memutuskan bahawa, setiap sesuatu mestilah ada di buktikan oleh saintifik fact, dalam Islam kedudukan ilmu tersebut hanyalah di tahap, sebab dan akibat
Kitab AlQuran tanpa Keraguan, menjadi Petunjuk orang yang hendak Beriman, kepada Perkara Ghaib dan seterusnya, beginilah menjadi sebab, Yahudi dan Nasrani, serta, Syaitan, menipudaya manusia
Ilmu ilmu yang semakin menipiskan Iman
sera, Amalan amalan yang juga menipis kan Iman, menipiskan Ingatan kepada Diri untuk Berserah dan Berharap Allah
Apabila muslim tidak mengerti akan Fatihah, mulalah Berat untuk solat, kecuali yang khusyuk, kepada MU ya Allah kami meminta pertolongan dan Berharap, tidak di ingati dalam ingatan semasa, semakin tipis lah iman diri, semakin ke arah kemunafikan, dunia sekadar permainan dan senda gurau
Ingat lah ya, Islam itu kamu Berserah dirimu bulat bulat kepada Allah
InshaAllah