image

image

Monday, September 15, 2014

Keliru

Sifat Keliru adalah milik golongan Jahil
Kerana tidak Mengetahui Ilmu Fardhu Ain
Yang Wajib di tuntut oleh setiap diri Muslim

Kemudiannya tidak berusaha mendalami AlQuran, mengingat yang IQRA hanyalah baca, padahal sudah Allah kurniakan Akal tidak mahu Berfikir.

Ingatlah, apa saja masalah menimpa diri adalah akibat daripada 'tangan sendiri'

Maka Tidak hairanlah jika golongan yang Keliru itu terdiri daripada manusia kebanyakan

Jika kita telitikan Sejarah, Imam Imam mazhab Sunni itu, menuntut Ilmu, mendalami, mengkaji, menentukan kesahihan, bukanlah main main ya, Benarlah dan Betullah Ilmu dan Pemikiran mereka. Ini Sejarah Manusia yang boleh kita jadikan idola untuk menumbuhkan minat dan gesaan atas diri masing masing dalam usaha menauhidkan Allah

Orang yang Beriman, mukmin, segala yang mendatang itu jika nikmat ia bersyukur, jika bencana, masalah ia bersabar - ini adalah berdasarkan hadis, perkataan Rasulullah

Kita boleh berbalik ke suatu masa di zaman Abu Jahal - yang menyuruh kawan rakannya, mendengarkan, apa yang nabi Muhammad sallallahualaihi wasalam sedang bacakan ketika itu. Kemudian apabila mereka kembali ke hadapan abu jahal, dan mengakui kebenaran apa yang di dengari dari muhammad SAW, Abu Jahal tidak mahu menerima kebenaran itu, dan sengaja memilih untuk Keliru dan Mengelirukan - sila rujuk Kitab Hadis Muktabar ya

Apakah kita mahu teruskan berada di dalam kekeliruan?
Fahamilah, Kewajipan menuntut Ilmu Islam itu, dahulukan Fardhu ain, yang wajib bagi kemudahan setiap diri, agar dapat kekal berserah Allah, dan bertawakkal kepada Allah SWT

Apabila kebanyakan manusia memilih untuk menurut Telunjuk Lain orang, masuklah mereka ke dalam golongan Kesesatan

Janganlah Lalai dan lupa, Islam menyatakan, setiap diri adalah pemimpin, maka perhatikan pimpinan kamu - Jika sudah beriman, Peliharalah dirimu, dan kaum kerabat kamu, daripada siksa api Neraka

Ilmu yang Wajib di tuntut jika sudah mengerti dirimu Muslim, ialah Ilmu AlQuran dan sunnah Rasulullah SAW

Agar dapat terus berpakaian Taqwa
Agar dapat berdiri dengan sunnah
Agar Redha dengan ketentuan Allah
Agar mahu Bersyukur dan Bersabar

Semuga mendapat Kejayaan untuk meneruskan Hidup yang Sementara di atas dunia, menuju ke Akhirat

Semuga Allah mengurniakan Hidayah dan Kemudahan kepada umat manusia yang mahu Berfikir

InshaAllah

No comments:

Post a Comment