image

image

Wednesday, November 26, 2014

HakIkat Solah

AQ  Surah Toha Ayat 14 “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya , sesungguhnya ia menegakkan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan agamanya.”

Kata Abdullah bin Mas’ud: “Ada sekali aku tanyakan kepada Rasulullah, amalan yang manakah paling disukai oleh Allah. Baginda menjawab : "Mendirikan solat". Kemudian aku bertanya lagi, "yang mana pula selepasnya". Baginda menjawab : "Menghormati ibu bapa". Aku tanya lagi : "Selepas itu apa pula?" Baginda menjawab : "Jihad pada jalan Allah.”

Dalam satu hadis lain, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya perkara yang mula dihisab dari amalan manusia pada hari kiamat nanti ialah solat (fardu yang lima).”

Hakikat solat itu, bagi diri yang mengamalkannya, mendirikan solat dengan ketulusan, dapatlah solat itu mencegah dirinya daripada berbuat Keji dan Mungkar. Demikian jika diri itu Ikhlas, mendapat Redha Allah dan Hidayah Allah serta barokahNya dapat pada dirinya

Jika ada yang bertanya, dalam usaha mencari Redha Allah, itulah jawapannya ya, Redha Allah hadir kepadamu jika kamu mendirikan solat dengan ketulusan, Ingati Allah

Hakikat solat itu, ialah menauhidkan Allah
Hakikatnya jika sampai kepadamu Hidayahnya, dapatlah kamu kebaikan dan barokahnya
Dapatlah kebaikan padamu

Seperti mana yang dinyatakan oleh Ibnu A’syur, di dalam kitab Maqasid al-Syariah, bahawa setiap kefarduan yang diwajibkan ke atas setiap mukalaf, manfaatnya kembali kepada pelaksananya. Dalam persoalan solat, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."

(Surah al-Ankabut: 45).

Maksudnya solat dapat mencegah manusia daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar. Perkara keji dalam ayat ini apa-apa perbuatan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t. Ini bermakna solat dapat mengubah orang daripada keras hati menjadi lembut hati, daripada bengis menjadi penyayang, daripada malas menjadi rajin, daripada berdusta menjadi jujur dan sebagainya sifat-sifat terpuji yang akan terbentuk dengan solat.

Dirikan solat dengan ketetapan, dengan Istiqomah, Berterusan, bersungguh sungguh , dengan tulus mulus, sesuci hatimu, kebaikannya dapat kembali padamu, beruntunglah kamu

InshaAllah


2 comments:

  1. Golongan ibarat Buih tidak khusyuk dan tidak mendirikan solat, dan golongan yang tidak ikhlas kesibukkan mengejar keduniaan, lalai mendirikan ibadah kepada Allah
    Sedangkan apa sahaja kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk dirimu, Hatta berpuasa itu Haq Allah menilaikannya, namun kebaikan dapat pada yang berpuasa itu, sihat dan sejahtera, sebab itu ada Majusi, Yahudi, Nasrani juga berpuasa walaupun kaedah mereka berbeza, juga memberikan kebaikan pada tubuh badan mereka

    Kebenaran itu hanyalah di dalam Islam, namun di sebabkan tidak mengamalkan Ibadahnya, maka tidalah manusia itu mendapat keredhaan Allah, itulah hidup mereka umpama buih, sibuk dek Dunia lalai akan Akhirat

    Silakan ya, mendalami maksudnya mengkaji ilmu Islam, utamakan tauhid, mengenal Allah agar dapat kemuliaan dan berakhlak mulia

    InshaAllah

    ReplyDelete
  2. tanpa Tauhid dan Ilmu Mengenal Allah, payahlah untuk berlaku Ikhlas, dan mendapat Khusyuk bila mendirikan solat

    tidak hairan lah jika ada pemimpin Kuffar berani mendakwa dan meminta umat islam agar berdoa jika percaya dalam Kebenaran, kenbapa Doa tidak dapat mengubah Takdir? ada thread forum dalam web islam, membuka topik sebegitu

    Doa itu senjata Umat Islam, betapa nabi muhammad berdoa memohon bantuan Allah dalam peperangan Badar dan peperangan lain. Kenapa doa kita tak makbul, solat kita tak khusyuk, jadilah permainan dan senda gurau, sia sia

    subhanallah,

    sesiapa yang mendapat Hidayah Allah, tiada sesiapa yang dapat menyesatkannya

    ReplyDelete