image

image

Saturday, November 8, 2014

sAHABAT

Siapakah yang patut menjadi Sahabat kamu?

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

 Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

Mari kita melihat ke dalam Sirah Rasulullah, agar jelas pada kita ciri ciri Ansar kepada Muhajirin sewaktu Hijrah yang menjadi Tarikh Penting Islam.


Orang Ansar menemui Muhammad SAW dan menyatakan, Kebun Tamar kami luas, berilah separuh darinya kepada sahabat Muhajir, namun Rasulullah tidak membenarkannya. Kemudian keluar pula pendapat, agar Muhajir menguruskan kerja ladang/ kebun tamar milik Ansar dan pendapatannya di bahagi dua, cadangan tersebut di terima pakai

Satelah itu, berlakulah ciri persahabatn Islam, yakni yang lebih iktiar usaha ke atas kebun dan ladang tamar itu adalah tuan punyanya, Ansar. kepada Ansar, janganlah menyusahkan sahabat Muhajir
Demikianlah ya, maksud sahabat itu, sentiasa bersedia, mengutamakan sahabat daripada diri sendiri

Jika di telitikan sewaktu Perjalanan Hijrah Muhammad SAW dengan Abu Bakar Siddik itu, Abu Bakar silih berganti ke hadapan dan kemudian dibelakang Muhammad SAW. kenapa begitu?
Kerana menjaga sahabat yang Mulia, sebagai Ikhtiar manusia walupun Allah itu Maha Kuasa atas Setiap Sesuatu

Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

  “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)


  Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?  Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.



 Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”


 Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja orang yang  seperti berikut:
1. Orang yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Orang yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Orang pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Orang pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.


Semuga ada Hidayah menimpa kita, agar tenang tenteramlah diri, dan sejahtera
InshaAllah


3 comments:

  1. Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,

    “Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

    Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.

    sahabat tu terbit dari perkataan AHABAT, AHIB yakni kasih dan sayang
    atas TAUHID, menauhidkan ALLAH yang ESA

    kerana itu juga di larang kita daripada mengambil orang Kafir dan Munafik menjadi kawan melebihi orang Islam dan Mukmin

    silakan ya
    subhanallah wahdahu laa syarikalah

    ReplyDelete
  2. Melalui Sirah Rasulullah - di dokumen kan sewaktu "piagam Madinah" - sekiranya berlaku "dispute" atau perbalahan hendaklah di rujuk kepada Allahu SWT juga kepada muhammad SAW

    itulah maksud jika tidak mahu Sesat, rujuk dan ambillah pelajaran daripada AlQuran yakni daripada Kitab Allah dan Rasulnya

    dikatakan pula Muhammad di utuskan untuk menyempurnakan Akhlak yang Mulia - jadi tentu sahaja, memuliakan kenalan, rakan, sahabat, jiran - itulah patut menjadi pelajaran bagi kita dalam mengujudkan sahabat se akidah ya

    beginilah patut sangat sangat mengaji AlQuran, agar faham kehendak Allah
    agar amalan kelakuan diri dapat memuliakan diri masing masing

    dan Allah tak perlukan diri diri yang MengAKU, sebagai kataNya: Janganlah kamu mengaku sudah beriman, amalkan dulu Islam kamu, semuga Iman masuk ke hatimu

    pendidikan Allah sepanjang kehidupan
    perlulah kita berserah diri kita bulat bulat kepada Allah
    dan lain orang itu Selamat daripada Lidah dan tangan = ucapkan lah, ingat lah, Kebenaran itu daripada Allah = Islam = luputlah Kebatilan

    InshaAllah

    ReplyDelete
  3. Sahabat dari Sunnah sewaktu dan selepas Hijrah nabi SAW
    tidak mementingkan ikatan darah keturunan
    sebaliknya ikatan Tauhid ilallah

    ada ayat ayat Allah menyeru, pisahkan 'darah keturunan' yang tidak mengutamakan tauhid - sila fahami AlQuran ya

    Bagaimanapun jika di telitikan, tentang patut di beri kebaikan pada jiran dan tetangga, adalah lebih utama jika jiran tetangga itu dari kalangan kaum keluarga, darah keturunan

    demikianlah ya, utamakan kebaikan, utamakan dulu kaum kerabat kamu, inshaAllah

    ReplyDelete