image

image

Monday, March 23, 2015

Hakikat Ujian Allah

1. Apa sahaja yang menimpa kamu adalah daripada tangan kamu sendiri ( isi ayat ini ada di dalam Kitab Allah)


2. Kami akan uji kamu dengan ....................................... nak uji keimanan, sebab ayat ni berpunca daripada Peringatan, Janganlah duduk mengaku kamu sudah beriman


3. Sila baca Kisah nabi ayub a.s. Nikmat Allah kepadanya Syaitan mengadu kepada Allah, ayub a.s tu tipu saja , jika di tarik balik nikmat Allah kepadanya, tahulah tipudayanya. Allah terima cabaran syaitan itu, dan mengambil semula apa yang telah di berikan, sampailah, habis sekalian nya anak anak dan isterinya juga meninggalkannya, Ada yang kata, kepala dia berulat, isteri dah tak sanggup bersama, begitulah sampai waktunya, ayub pun berbicara dengan tuhannya, dia tahu apa yang syaitan mengadu kepada Allah, dan Allah beritahu ayub, agar kakinya tunjal ke tanah, keluar air, ambil minum dan mandi, hilanglah penyakitnya - Atas ini sebablah, saya selalu berkata, punca penyakit manusia adalah syaitan, jin dan manusia, tangan sendiri, maksudnya untuk menjadikan dirimu Ikhlas


4. Rasulullah menyebut, syaitan ada berlari lari dalam pembuluh darah, semua manusia. dan Aisyah r.a bertanya, pada Tuan juga ada? Ya jawab nabi SAW, ada dan dia telah menurut daku, maksudnya nabi SAW berjaya Islamkannya. Ingatlah Iblis itu daripada bangsa Jinn. Tidak Allah ciptakan Jinn dan manusia, kecuali untuk mengabdikan diri kepada Allah. Syaitan yang banyaknya adalah bangsa Jinn, ayat AlQuran surah 6:112 - Yang menentang Kerja para nabi adalah syaitan syaitan daripada Jinn Jinn dan insaan yakni manusia. Sengaja Allah biarkan, untuk menilai, kesungguhan ikhtiar seseorang itu, sebab itulah Allah beritahu Muhammad (surah 47) ayat 36 - Dunia hanyalah Permainan dan Tipudaya, atau Dunia hanyalah Permainan dan senda gurau, iaitu Sports or Games and passtimes



Jadi Faham hendaklah ya, bahawa hakikatnya Ujian Allah itu untuk kita lebih Yakin kepada Maha Kuasanya, semuga bertambahlah Ilmu Pengetahuan tentang kaedah merawat diri dan bertambah ilmu yakinNYA

Dunia Demokrasi itu adalah Permainan dan senda gurau

Terbit daripada Penilaian ke Atas Hukum Hukum Tuhan Yang manusia Pelaksananya tidak dapat berlakun ADIL, Sistem Beraja keturunan yang juga tidak adil, diri sendiri tak mengapa, lain orang di hukum pula, kerana itulah Demokrasi itu mottonya; Dari Rakyat kepada Rakyat

Permainannya ialah jika apa apa pun hendak di jadikan Hukum, hendaklah melalui Undian dalam Dewaan Negara dan Dewan Rakyat, Jika menang dalam undian dapatlah di laksanakan

Hal ini kita tak menyedari, kita jika paling ringan hukuman Allah adalah termasuk golongan yang ZALIM

yang Lebih teruk daripada itu masuk pula ke dalam Golongan MURTAD dan Syirik

akibat daripada tidak meletakkan hukum hakam daripada Allah dalam kehidupan ini

Ini juga membuktikan Tahap Keimanan kita yang Lemah, jadi tak usahlah mengata lain orang, atau menghukum lain orang, sila amalkan sunnah sunnah terbaik menjadi pakaian taqwa dirimu

Sesiapa Beriman dan Beramal, kebaikan dapat padanya

Zaman yang tidak ada sempadan, Fahamlah, arusnya Deras dan Laju, akibatnya, Umat seperti BUIH
dapatkah hendak Menghukum?


AlQuran itu Kitab Allah, Tanpa Keraguan, menjadi Petunjuk kepada orang yang hendak Bertaqwa
iaitu yang percaya kepada Perkara Ghaib, dan Mendirikan solat, memberikan sedekah zakat amal jariah daripada apa yang Kami berikan mereka, itulah antara lain Permulaan surah al Baqarah


Misteri kehilangan MH370 itu, untuk mukmin menyampaikan Berita Ghaib, bahawa Allah Maha Kuasa, walaupun dari segi teknologinya manusia seakan akannya berkuasa menentukan Haluan sendiri namun Absolute Power Allah itu tiada Tandingan

Sepatutnya orang Islam sedarlah diri, janganlah menuduh berbagai bagai

Sebagaimana Kes Denggi yang bertambah hebat itu, patutnya Peringatannya agar kurangi Maksiat, sembahlah Allah dengan ketulusan


Ujian daripada Allah itu berbentuk Kasih Sayang, agar manusia mahu Berfikir dan Keluarlah daripada kepompong Penyakit itu, dan Ingatlah bahawa Allah itu Maha Kuasa, melepasi sebab musabab, Hakikatnya Memang Begitu


Semuga mendapat kebaikan, InsyaAllah

1 comment:

  1. Kewajipan menuntut Ilmu itu tiada penghujungnya selagi masih di dunia, sebab itulah jika sudah mati sekalipun, acara sebelum di tanam atau di bakar, ada sebutan kebaikan simati, mengenang kebaikannya, tak mengira apa cara kehidupan mereka

    Maka sebelum kena penyakit sepatutnya dapatkan Ilmu Merawat Dirilah, hanya apabila dapat Ikhlas berserah Allah, bertawakkal kepada Allah, akan di pimpin keluar dari masalah dengan tak terfikirkan, subhanAllah

    Sekiranya kamu bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah, akan Allah pimpin kamu keluar dari masalah apa sekalipun sedang akalmu tidak terfikirkan, melainkan hatimu sentiasa mengingat Allaah

    Silakan ya Jangan lah berputus asa, jika sudah letih mencari Ilmu masih belum bertemu, marilah kepada kami, inshaAllah

    Jika sudah mendapat Bunga, janganlah menjadi Kera
    Ingatlah Tidak Kami ciptakan Jinn dan manusia, melainkan untuk mengabdikan diri kepada Allah, Ikhlaskanlah dirimu

    SubhanAllah

    ReplyDelete