Sebelum kita hendak mendalami sesuatu Ilmu mestilah kita ikut STEP yang Standard sekarang
Ada nursery, ada tadika, ada sekolah rendah, sekolah menengah rendah, menengah atas, institut kolej setakat diploma, kolej universiti setara degree seterusnya master, PHd, seterusnya dengan pengalamanlah menambah diri menjadi Pakar rujuk, atau sepertimana Para saintis, ilmu hipotesis mereka menyangka berdasarkan ilmu pengetahuan mereka, kemudian menjalani ujian membuktikan, itulah pengalaman, maka sudah tentulah itu proses mendalami
Kaedah Islam nabi SAW beritahu, Amalkan Islam kamu, semuga Iman masuk ke hati kamu, sekiranya pengalaman beramal itu dapat menjadikan dirimu berakhlak mulia, tentulah dalaman kamu bertambah baik.
maksudnya tentulah ikut kadar Ilmu, Darjat Fardhu Ain, kemudian masuklah secara khusus mengkaji AlQuran kerana di situlah duduknya Hidayah Petunjuk untuk yang mahu Bertaqwa
Jika kita perhatikan ayat ayat Allah, jika ya aiyuhannas itu secara umum
sekiranya ya aiyuhal mukminun, tentusaja selepas ilmunya di minta mukmin beramal kebajikan
Untuk memasuki ke arah Lebih Dalam itulah HATIMU kena Sucikan, Ikhlaskan, Jujurkan, buangkan keduniaan semata, masuklah kedalam daerah hauqalah, tiada daya mahupun upaya melainkan bila Allah bersama - AKU yang menghidupkan, Tangan AKU di atas tanganmu,
Milikilah ILMU NYA maka wajiblah menjaga TERTIB, mengetahui Sanad dan Riwayat Ilmu Islam, menjaga Kesahihan dan kesucian Ilmu Islam
Mari kita lihat Darjat ILMU
Darjat Ilmu dan Makhluk
Tertinggi adalah RASA, tanpa melihat, tanpa mendengar, tanpa menghidu, Tanpa mengecap di lidah, Allah kurniakan diri makhluk MERASA dihatinya, DOSA kecil di rasakan BESAR seakan menghempap dirinya, dia meRASA lemahnya, hinanya, kerdilnya, di sisi ALLAH - Bila di sebut Allah, terasa getar jiwanya
dibawah RASA ialah INGAT, Allah kurniakan dirinya mengINGAT akan ALLAH, bila di sebut sesuatu INGAT ia kepada Allaah. Bila kamu melihat wajahnya, mengingatkan kamu kepada Allah
dibawah Ingat ialah DENGAR, bukan telinganya mendengar tetapi HATInya mendengar
di bawah Dengar ialah LIHAT, bukan mata zahir lagi tetapi matahatinya
Demikianlah darjat darjat paling tinggi, hanya DIAM tetapi dalaman dirinya penuh MENGERTI dan Mampu mengubah situasi dan kondisi, Berkat ILMU dan IZIN Allah ke atas diri masing masing yang sampai ke darjat tersebut
Bagaimana pun Syaitan boleh memperdaya, apabila tiada IKHLAS menauhidkan Allah, sebab itulah ada istilah, awaludin makrifatulloh, semoga dapat kalian menelitikan, ikutlah tertib, hidupkan hati, meneliti, semoga Allah memberikan Faham
Dibawah Darjat di atas, ialah:
TAHU - Pengetahuan
1. Pengetahuan yang BENAR - dituntut - ada Sanad dan Riwayatnya -
Adalah diri itu memiliki Ilmu, dan Allah ada bersama, Allahu AlAlim, Aliman Ghaib wassyahadah.
2. Pengetahuan - sekadar dengar dengar tetapi tiada memiliki ilmunya, Nafsulah, bisikan syaitanlah, menambah nambah pengetahuannya - tidak mengetahui sanad dan riwayat samada sahih atau idak
PancaIndera
bagi maksud belajar, itulah yang di sebut sebut ayatnya, liriknya, di nyanyikan, di lagukan, di dendangkan, di qasidahkan, di bacakan agar dapatlah pancaindera membuka minda, melihat aksi, dan mempersiapkan diri, mengambil pelajaran
Demikianlah sekadarnya, berkaitan Darjat Diri, apabila Allah mengurniakan diri Ilmu dan Pengetahuan dariNYA
SubhanAllah
Kerana untuk menuntut ilmu dengan mudah agar memhami dan mengertilah Ulamak menspesifikasikan kepada 3 bahagian, Uluhiyah, Rubbubiyah, Asma wa sifat
ReplyDeleteBila sudah mengerti di pakaikan pada diri, dengan izin Allah berlaku sesuatu pada makhluk, adakala jika tidak ikhlas, syaitan mendepani kelakuan, membisikkan kepada nafsu, atas ini sebablah ujudnya awwaludin makrifatulloh
agar ada memiliki ilmumya, dapatlah menjadi manusia yang ikhlas, jujur, lurus, tahu menjaga diri, berhikmah, sabar dan syukur
inshyaAllah
Jika memang kamu berhajat mendalami Tauhid, boleh saja cuba bertandang atau bertamu kemari, kemudian buatlah pilihan selepas berbual mesra, InshaAllah
ReplyDeleteYang ada kesungguhan beramal mudahlah baginya
yang sangsi akan di kelirukan oleh Nafsu sendiri yang menyukai Bisikan syaitan yang pernah merasainya tentulah mengetahui
InshaAllah ya IMD bagi yang beramal akan bertambah ingat Allah dan mendapat kemudahan
Ingatan Dalam hati itu milik wali wali Allah kerana itulah tiada kegusaran mereka, nikmat mereka syukuri, selebihnya mereka sabar, demikianlah peribadi Mukmin, inshaAllah
silakan ya