Islam menyeru agar sesiapa yang yang beramal, apa saja lah, hendaklah mengikhlaskan diri
Mengikhlaskan diri itu ialah meluruskan niat Lillahi, Billahi, Wallahi
Satelah selesai amalan tersebut, hendaklah kita serahkan kepada Allah, kita bertawakkal kepadaNYA
Allah berjanji, Jika kamu Bertaqwa dan Bertawakkal kepada Allah, Ada Jalan keluar daripada apa yang kamu akan tempuhi itu, Jalan Keluar yang tidak terfikirkan oleh kamu
Demikianlah, golongan yang Ikhlas menauhidkan Allah itu, selamat dan mendapat panduan daripada Allah, tentulah kemudiannya bersyukur dan ingat akannya serta menyebut, Hasbunallah wanikmal wakil, wanikmal maula wanikman nasir
jika demikianlah, bagaimana boleh ujud rasa kecewa pada seseorang?
bagaimana boleh terasa sakit hati?
demikianlah ya, syaitan berhajat menipudaya manusia
Syaitan tidak dapat di persalahkan, memang itulah tugas mereka
membuktikan yang diri sendirilah yang tidak ikhlas, sebab itulah syaitan dapat menguasai dirimu, itu menjadikan dirimu, rasa kecewa dan hampir berputus asa dari Rahmat Allah
Ilmu Islam yang benar tentulah memuliakan diri
jika khusyuk solat, tentulah terhindar dari perkara keji dan mungkar
Solat itu mencegah perbuatan yang Keji dan Mungkar
Perasaan negatif, bersangka buruk, merasa curiga, Ingat dirimu saja yang betul benar, riak, takabbur adalah daripada perkara perkara keji, yang wujud dalam diri munafik, dan kufur, silakan beristigfar dan berusaha mengambil pelajaran daripada sunnah sunnah tauladan muhammad SAW dan para sahabat baginda
Termasuklah perkara keji itu, mendewa dewakan kebaikan dirimu, suka pula mengungkit dan menyebut nyebut kebaikan yang telah kamu lakukan
Hiduplah sebagaimana kamu mahu hidup di dunia yang fana ini, Ingat yang kamu akan mati
Buatlah sahaja apa yang kamu mahu perbuatkan, Ingat akan balasannya yang setimpal
Cintailah siapa sahaja yang kamu mahu cintai, Ingat yang dia akan berpisah darimu
Demikianlah bukti, Dunia kita sekarang ini, hanyalah sementara
Dunia yang kita hidup sekarang ini, hendak melihat siapakah yang lebih baik amalannya
Amalan yang mendapat kebaikan hanyalah, amalan Islam, yang Suci dan Mulia, semuga dapat mengikhlaskan diri kita masing masing, Berserahlah kepada Allah
InshaAllah
SubhanAllah wahdahu laa syarikalah
Jika kamu Ingatlah, kehidupan sekarang adalah hanya sementara
ReplyDeleteTak ada apa yang patut kita rasa hendak memiliki, apabila pemilikan kita itu hanyalah sementara
Bersyukurlah sekiranya dapat beluang bersama
Dan ingatlah, jika kamu bersyukur, Allah menambah nikmatnya kepada mu
Jika kamu kufur, Allah tarik balik nikmat kurniaannya, kamu yang tersiksa, itulah kata Allah, siksa ku pedih
untuk itulah, apabila kamu di timpakan Masalah, Ujian dariNya, ucapkan Innalillahi wainna ilaihirojiun
Semuga bila dapat begitu, akan ujudlah hidayahNYA, kamu akan redha hidup dan menghadapi segala UjianNYA
kerana, Allah tidak menguji kamu, melainkan apa saja yang yang kamu sanggupi
sangka baiklah kepada Allah, janganlah menyangka buruk kepada orang lain, bencana menimpa diri adalah akibat kelalaian diri sendiri
subhanAllah