image

image

Wednesday, March 4, 2015

Jika - Pilihan

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah (bertawakkal ), maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

And for those who fear Allah, He (ever) prepares a way out, And He provides for him from (sources) he never could imagine. And if any one puts his trust in Allah, sufficient is ((Allah)) for him. For Allah will surely accomplish his purpose: verily, for all things has Allah appointed a due proportion.

Jika adalah Peluang memilih, Demikianlah menjadi asas kepada arahan wajib menuntut Ilmu, agar menjadi orang yang memiliki Ilmu, dapat beringat tentang Halal Haram, wajib Makruh, sunat, harus semuga dapat memilih kebaikan, semuga dapat Hidayah Allah untuk mengingatiNYA

Jika adalah peluang Berfikir, Berusaha, Berikhtiar samada Positif dirimu, memilih kebaikan, atau negatif fikiran kamu, ragu ragu membuat pilihan

Seruan ke arah, Bertaqwa itu banyak sekali, dan begitulah Rasulullah SAW selama 13 tahun pertama menyeru agar Jangan sekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak patut

Dan pada hari ini kebanyakan negara umat Islam menurut demokrasi yang bertuhankan Nafsu syaitan semata, lihatlah di sekeliling kamu, manakah satu negara demokrasi yang meletakkan Hukum Qisas Islam dalam Pentadbiran mereka

Orang Kafir dan Munafik itu tidak akan Rela, dan tidak akan Redha, kecualilah kamu ikuti jalan kesesatan seperti mereka. Ditambah dengan Takdir dari Nabi SAW, Umat akan seperti BUIH
kerana Takdir kita seperti Buih itulah, dapat kita lihat, walaupaun seperti ada Ilmu tetapi jarang sekali dapat memilih kebaikan, kerap pula melakukan bidaah dan innovasi

Buatlah pilihan bijak
Semuga dapat Ilmu dapat Ingat, Hakikat kekuasaan Allaah
InshaAllaah

1 comment:

  1. Allah beritahu, sesiapa saja yang bertaqwa dan bertawakkal, pastilah bersyukur ianya, tentulah Allah menambah nikmatnya

    kemudian kita akan melihat Miskin, fakir

    Fakir adalah sesiapa sahaja yang redha dengan Takdir ketentuan Allah, tidaklah ia meminta minta

    Miskin adalah perasaan orang yang tak pernah merasa Cukup, yakni tentulah ia mengumpul ngumpul harta tetapi ia tidak berbuat amal soleh, tidak melakukan amal jariah, jika ada pun dia banyak berikan pada haiwan peliharaannya, seperti kucing, ikan, arnab dan sebagainya, sedangkan ada kaum kerabatnya yang tak ada makanan minuman dia tak pedulikan

    Mukmin bertolong tolongan dalam perkara kebajikan
    Orang itu Kaya, super jika pada Pendapatannya, dia tak makan sendirian
    itulah maksud beriman dan beramal soleh

    semua itu pilihan
    mahukah mengesakan Allah, ikhlas menauhidkan Allah

    atau masih bernafsu, menurut kehendak Nafsu sendirian, mahu mengaut keuntungan, tak ada fikirkan untuk win win situation

    itulah bentuk Ujian, menuju Kebenaran, dan Keadilan sosial

    subhanAllah

    ReplyDelete