image

image

Wednesday, March 18, 2015

Hal TAKDIR

Takdir adalah Ketentuan Allah
Apabila Kering pena, segalanya telah tertulis dalam Kitab di Luh Mahfuz

Bagi yang mengatakan Takdir itu tak boleh diubah, itu adalah kenyataan yang menghadkan Kuasa Allah, terbuktilah bahawa akalnya tidak sampai untuk memikirkan Kuasa Allah

Bila sewaktu ada sahabat nabi SAW bertanya, apakah takdir bagi daku? sehingga di ulang bertanya ketiga kali, nabi masih berdiam diri. Akhirnya sahabat itu berkata, jika aku pilih begini, itulah takdirku, jika aku ikut begitu, itulah takdir bagiku

Nabi SAW setuju dengan kenyataan sahabat itu

kita ambil contoh, orang ramai berkata, Hal jodoh sudah di takdirkan Allah

Takdir untuk jodoh itu adalah bagi Adam atau lelakinya ada hawanya atau wanitanya, sebab itulah agama tidak membenarkan pernikahan sejenis lelaki dengan lelaki, atau wanita dengan wanita

sementara pilihan adalah, peluang peluang dan ancaman ancaman yang wujud dihadapan setiap diri yang kita temui didalam perjalanan hidup ini

kita lihat di gereja, ada lelaki juga wanita yang tak mahu menikah, menjadi padri, pastor, rahib dan sebagainya langsung akhirnya terlibat zina demikianlah bencana kepada mereka yang menolak takdir tuhan

untuk memahaminya cuba kamu install games di komputer kamu, Pencipta games sudah menakdirkan sekian sekian, namun sebelum bermain apakah kamu sudah mengetahui jalannya?

kerana itu berlaku, kegagalan dalam perjalanan, demikianlah konsep peluang dan ancaman, bahawa Tuhan memberikan misalan berkaitan kehidupan ini, semuga dapat berfikir

Takdir bagi Rezeki
Ada usaha beroleh kejayaan, ada usaha tak menjadi, rezeki tetap ada, tak ada makanan, ada bantuan sedekah jariah dari lain mukmin, hidup saling berhubung berkasih sayang atas jalan tauhid, makanlah yang halal dan baik

ramai tak peduli halal haram, melantak sendiri dapat penyakit, itulah takdir sababun
semua itu pilihan, jangan melampau

bila melantak tak peduli, cepatlah mati, itu kematian tak boleh lari, walaupun sihat sejahtera, sampai masanya tetap mati, ini juga pilihan, pilihlah gaya hidup sihat, tapi jangan eksyen, sentiasalah berserah Allah

Dalam Takdir bagi Rezeki, jika faham ianya juga berkaitan ajal maut. Hal sebab musabab banyak mempengaruhi manusia kebanyakan

Silakan ya
Kuasa Allah tak ada batasan, walaupun demikian Adilnya Allah tiada dapat peluang makhluk untuk mendakwa dakwiNYA

jika menyebut Allah Maha Kuasa, kenapa boleh ada pemikiran yang menghadkan Kuasa Allah, itulah pemikiran di pengaruhi bisikan Syaitan, subhanallah

semuga mendapat pelajaran

2 comments:

  1. Yang makhluk boleh pilih itu, jika ada ilmu dapatlah banyak peluang mengubah pilihan sementara tanpa menurut ilmu dan hidayah Allah hanya berserah nasib

    ambil contoh binaan bangunan di Jepun, ada keupayaan mengelak dari musnah akibat gempa bumi, mereka juga ada alatan teknologi mengelak tsunami, namun apa yang manusia dan makhluk ada itu tidaklah ABSOLUTE

    ABSOLUTE hanya Allah, dalam tsunami di Aceh, masjid atau rumah Allah selamat

    Dalam menghadapi Bom Atom di jepun, ada masjid selamat

    Sebab itulah Amerika syarikat mempelawa muslim untuk jadi warganegara dan menetap di sana, kerana bila ada masjid boleh mengelak bala bencana
    itu apa yang mereka lihat dan fahamlah, namun mereka kekal menipu orang lain

    sesiapa dapat Hidayah Allah, menurut AlQuran dan Sunnah, itulah Jalan lurus untuk sesiapa yang mahu menurut Takdir kebaikan daripada Allah

    semuanya tergantung NIAT
    sebab itu dalam Perang Jihad lain lain sahabat menyatakan orang tu masuk syurga, nabi SAW kata, masuk neraka kerana niatnya untuk selain Allah

    sebab itu kena didik hati, ingat dan mohon bantuan Allah, semuga dapatlah Takdir menurut kebaikan, subhanallah

    ReplyDelete
  2. Tentu ada kalian pernah dengar, Apabila kamu lahir ke dunia, kamu sebagai pena, maka tulislah cerita kamu

    Pena terbaik yang ikut tauladan muhammad SAW, nak amal yang ikut sunnah, nak berbual ketuhanan Allah, esa nya namun jagalah amanahnya, bukan sembrono mengeluarkan kenyataan, kena ikut tauladan juga, agar manusianya bersedia menerima , berharaplah kepada Allaah

    silakan ya, Islam itu mewajibkan umatnya menuntut Ilmu Islam, sila perhatikan darjat sendiri, ubahlah haluan, inshaAllah

    ReplyDelete