image

image

Tuesday, April 28, 2015

Dengki Khianat

Dengki melahirkan khianat adalah perkara keji, jadi larangan dan tegahan dalam Islam
Dan kebanyakan agama lain juga melarang perkara dengki antara sesama manusia
Hidup untuk saling bantu membantu, tolong menolong itu di setujui dan di sukai ramai
Cuma saja, Mukmin bertolong tolongan di dalam kebaikan
Sementara Munafik dan Kafir bertolong tolongan didalam perkara keji dan maksiat serta mungkar

Samada sedar atau idak itu atas Hidayah Allah bagi orang yang sentiasa bersama Allah, yang sedar diri, mengingati Allah
Jika tidak kenal diri sendiri, tidaklah sedar diri, juga tidak mendapat Hidayah Allah akan senang hatinya menuduh, mengeji, dan berbuat keji tanpa sedar

contoh Perlakuan tanpa sedar
Dalam banyak website, bloggers, wordpress dan sebagainya kita boleh lihat, komentar yang hanya bersangka sangka, mengeji dan menuduh berbagai, sentiasa bersangka sangka
Komentar komentar dalam Forum, walaupun namanya Islamik, tetapi bukanlah membalas dengan ilmu pengetahuan untuk kebaikan lain orang, sebaliknya suka menuduh dan mengeji peribadi
Memanglah dia mengaku yang paling baik, tak sedar berkawan karib dengan syaitan, seperti maksud ayat 36 ke ayat 38 surah az zukhruf

Jika sesiapa yang mendapat hidayah, tentulah tidak mengeji kebodohan lain orang, sebaliknya menyampaikan kebenaran yang dapat membawa manusia keluar dari kelemahan menuju kebaikan

Menyerang peribadi itu adalah bukan golongan ASWAJA

Memang apabila kehidupan tidak menurut Aturan Allah, Aturan Rasulullah, akan memporak perandakan lah. Demikianlah kehidupan umat seperti buih, kerap pula mengulangi perbuatan terkutuk itu

Semoga dapat Hidayah Allah, menghindari perbuatan keji, dan menambah baik diri dan orang lain,

Sunday, April 26, 2015

Membaca kah atau sekadar tahu menyebut?

Menurut kamus Dewan edisi Empat, ’baca’ ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya

Jika demikianlah arti kata baca, membaca ialah perbuatan mulia, menambahkan pengetahuan serta pemahaman
Jadi ambillah ingatan ya, walaupun rata rata manusia termasuk alim ulamak, pemimpin umat islam, mengatakan, membaca alquran tak faham pun tak mengapa?
Benarkah kenyataan itu?

Mari kita telitikan maksud Allah:  


Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman". (Az-Zukhruf 43:36-38)

in english:
If anyone withdraws himself from remembrance of ((Allah)) Most Gracious, We appoint for him an evil one, to be an intimate companion to him.
Such (evil ones) really hinder them from the Path, but they think that they are being guided aright!
At length, when (such a one) comes to Us, he says (to his evil companion): "Would that between me and thee were the distance of East and West!" Ah! evil is the companion (indeed)!


Bagaimanakah boleh ada yang berkata, tak faham pun tak mengapa?
Jika kamu pelajar kamu membaca buku untuk study for exam, tidakkah kamu perasan dan mengerti apa patut kamu lakukan. Jadi kenapa kita ikut kebodohan?

Baca tak faham ialah tak menghiraukan pelajaran daripada Allah, ibarat orang Kafir dan Munafik yang tidak SUCI hati mereka. Benarlah Allah menyatakan, Bencana menimpa diri kamu adalah akibat tangan kamu sendiri

Maksudnya jika tak faham itu bukanlah Membaca, itu hanyalah sekadar kebolehan kamu menyebut, seperti contoh, kamu bernyanyi nyanyi lagu bahasa asing yang kamu tidak mengerti apa apa tentang bahasa itu

Silakan ambil perhatian ya, dan ubahlah haluan diri, ada AlQuran tafsir Per Kata, ada banyak Terjemahan dan Tafsir, dan di tambah kemudahan berinternet silakan ke www.surah.my

Janganlah kita hanya menurut membabi buta, ibarat tak punya pengetahuan, Jadilah Pemimpin, pimpinlah dirimu, Keluarlah daripada kejahilan, kebodohan dan masuklah ke dalam golongan yang mendapat Hidayah Allah

Hanya sesiapa yang SUCI hatinya, membaca AlQuran, yang mendapat Hidayah daripada Allah
  
Semoga mendapat KeSEDARan
Ubahlah Haluan
Jadilah manusia yang ada hati perut
Mohonlah bantuan daripada Allah
Semuga diberiNya kemudahan dan Keselamatan

SubhanAllah wahdahu laasyarikalah

Saturday, April 25, 2015

Bandingan Ikhlas

Ikhlas

Hanyalah milik Manusia dan Jin yang menauhidkan Allah, dan kerana inilah menjadikan amalan amalan sesiapa sahaja yang Ikhlas itulah yang Allah terima

Sesiapa yang beramal walaupun baik dan diterima oleh dunia, jika tanpa ikhlas lillahi Taala, adalah sekadar dunia sahaja, dan tiadalah apa apa di Akhirat

Kerana inilah dikatakan, Mukmin itu mendapat nikmat ia bersyukur, jika sebarang ujian lain pula ia bersabar

Buih buih pula hanya berulang ulang menjadi air dan dipukul ombak kehidupan tidak dapat keluar dari keadaan itu, kecuali berlaku perubahan besar, seperti Banjir dan melimpahnya air, terbawalah buih itu ke daratan, ketempat lebih tinggi, namun keperibadiannya hilang, seperti menghadapi kematian - ini adalah misalan, umat yang seperti buih, sukarnya untuk menjadi mukmin, sering keluh kesah menghadapi ujian, tidak menyedari yang Takdir di hadapinya itu terbit daripada dalam diri sendiri,

Inilah sebabnya ada istilah - masalah menimpa diri akibat tangan sendiri
juga, mukmin itu tidak jatuh dalam lubang yang sama kedua kalinya


Bagaimanakah untuk kita merasai Cukuplah Allah kepada ku
Ketahuilah Masuklah ke Islam secara penuh, keseluruhan Perasaan berserah diri kepada Allah, agar apa sahaja yang menimpa diri, apa yang kamu tempuhi itu dapat mengingatkan kamu kepada Allah

Ingatlah sesiapa yang Bertaqwa dan Bertawakkal kepada Allah, Allah akan memandunya keluar daripada sebarang masalah tanpa susah susah untuknya berfikir, inilah maksud ayat seribu dinar yang di jadikan khat dan digantungkan di serata alam, namun jika tanpa di ambil pelajarannya, tak ada maknanya lah
hanya menjadi hiasan, barang perhiasan, sekadar pandngan mata, nafsu dan merasa seperti baik

Begitulah juga apabila kita suka menyebut ayat ayat Allah daripada AlQuran namun kita tidak memahaminya, itu maksudnya hati kita itu belum SUCI, kerana hanyalah yang SUCI hatinya yang akan memahami AlQuran

Jika kamu tidak mahu mengambil pelajaran daripada Allah melalui Ayat AyatNya, Allah akan menghantar (segalanya diciptakan Allah) syaitan syaitan kepada diri - sila rujuk AlQuran surah azzukhruf ayat 36-38. Semuga beroleh ingat dan mahulah mengubah diri masing masing ya

Janganlah hanya menurut kata kata manusia walaupun ia kamu percaya sepenuh hati, sebaliknya AlQuran itu Allah yang Memeliharanya - Yakin lah

Rujukan utama jika Cukuplah Allah bagi ku  tentu saja Kitab Allah, AlQuran
Tentulah menurut Muhammad SAW kerana bila orang bertanyakan akan isterinya muhammad SAW, Aisyah r.a  menjawab, itulah AlQuran. Allah juga menyatakan pada diri muhammad SAW itu adalah Ikutan Yang Baik bagi kita


Ingat jugalah jika kita punya diri Ikhlas, Tiadalah Allah mengutus akan Muhammad SAW itu, melainkan untuk menyempurnakan Akhlak Yang Mulia

Dizaman di takdirkan kita, yakni Umat Islam rata rata seperti Buih, menurut kesesatan bawaan yahudi dan nasrani, termasuklah yang di sohorkan sebagai ulamak, iaitu golongan alim alim juga ada yang terlibat di dalam Syirik, setiap masa kerana itulah peribadi tidak lagi menurut ASWAJA sebaliknya masuk kedalam golongan Khawarij, muktazilah

Kerana inginkan Kuasa untuk memerintah dan Menghukumi manusia mereka tidak lagi menurut Jalan sunnah yang Muhammad SAW tunjukkan. Mereka tidak sedar yang mereka turuti itu Jalan Syirik. Begitulah apabila tidak merujuk kepada Allah, dan Rasul Nya, tidak merasai Cukuplah Allah kepada diri 
sekadar pandai menyebut sahajalah. Takkan pula kamu suka menuruti mereka?

Tiap tiap diri itu pasti menurut apa yang di percayainya. jadi apa maksud Rukun Iman untuk siapakah ia? mahukah Percaya?

Masuklah ke Islam keseluruhannya, bepandukan Rukun Islam
semuga menjadi orang yang memiliki Ilmu dan beramal dengan Pengetahuan, semoga Ikhlas

Monday, April 20, 2015

SATU kepada Banyak dan Banyak kepada SATU

Allahu Ahad
Wahid

DIA Allah Yang Satu, Yang Menciptakan Setiap Sesuatu, Maha Kuasa, Maha Halus, Meliputi
kerana sebelumNya, tiada lah selainNya

CiptaanNya Segalanya berasal dari Yang Satu
Apabila Makhluk diciptakan, yang Satu itu berkehendak kepada pasangannya, maka lahirlah ia
pasangannya yang bernama Hawa

Manusia adalah Ciptaan Allah yang Terbaik
Adam adalah manusia yang pertama, Hawa adalah pasangan Adam yang pertama

Untuk maksud memahami ROH, hendaklah bertemu Guru ahli zikir yang mengetahui yang mendapat Ilmu daripada sanad dan riwayat yang Sahih

Untuk memahami Nafsu, sudah ada Ujiannya, melalui Berpuasa dan mengekang Nafsu

Duality
Adalah maksud kejadian Makhluk
daripada satu bersendirian, makhluk memerlukan Teman, maka menjadi dua, berpasangan
Melihat kepada Anak cucu Adam a.s, bolehlah di mengertikan, pasangan bagi lelaki itulah wanita
Pasangan bagi jantan itulah betinanya

semuga dapat mengerti lah ya

Allah itu Wujud apabila Wahyu menggunakan Bahasa Arab Quraish, Sebelumnya, Taurat, Injil, dan Zabur itu, menurut bahasa kitabnya

Allah yang SATU menciptakan Makhluk yang Banyak
itulah bukti Kekuasaannya, Maha Menciptakan
namun, Tiadalah Kami ciptakan Jin atau Manusia, melainkan untuk menjadi ABDI Kami

Makhluk yang Berhajatkan Allah
namun kebanyakkan manusia hanya suka menurutkan Nafsu mereka
dan Nafsu sangat menyukai Bisikan Syaitan

Kitab AlQuran tanpa keraguan menjadi Petunjuk kepada Orang yang hendak Bertaqwa iaitu orang yang Percaya akan Perkara Ghaib dan Mendirikan solah, dan Menafkahkan sebahagian yang Kami berikan mereka

selain daripada itu adalah orang munafik dan Kafir
yang tersesat akibat menurut Nafsu Syaitan

Hanya Hamba Hamba KAMI yang Ikhlas, Syaitan tidak dapat Menguasai

Silakan Belajar, menuntut Ilmu Islam, semuga dapat memperbaiki diri masing masing menuju Kampung Akhirat

Saturday, April 18, 2015

Ehwal Semasa

Sengajalah Dunia Permainan dan Senda Gurau kehidupan kini, meniadakan Pelajaran Tauhid yang patut memberikan Hidayah pada diri masing masing agar dapat Ingat Allah, Selebihnya hendaklah diri itu yang bertanggungjawab untuk beramal semuga Iman masuk ke hatinya


Bertepatan Pula sepertimana Rasulullah sebutkan, akan tiba masa, umat hanya seperti BUIH

Ingatlah ya, Janganlah kamu mudah mengaku " aku sudah Beriman" sebaliknya, katakan "ana muslim" dan amalkanlah Islam itu, semuga Iman masuk ke hatimu dapatlah kamu mengingat Allah, agar penuh perasaan mu "Cukuplah Allah bagiku"

nak amalkan Islam lagu mana? Inilah maksud syahadah


Saksikanlah, Nama nama yang Husna bagi Allah, takkan kamu hanya tahu menyatakan sesiapa yang menghafal asma al husna dapat masuk Syurga, Hafal dan Ingat semuga dapat berBaik sangka kepada Allahmu. Janganlah pula menafikan asma wa sifat dalam mendalami Tauhid, itu akan memberikan penyaksian hal Sifat sifat dan nama Allah semuga dapat mengenal Allah melalui Ayat AyatNya

Saksikanlah, kenapa Allah menyatakan pada Diri Muhammad SAW itu adalah Ikutan Yang Baik bagi kamu. Tiadalah kami utus Muhammad SAW melainkan untuk menyempurnakan Akhlak yang Mulia


Saksikanlah, peribadi Muhammad SAW yang bersifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathonah, ambillah jadikan sifat peribadi mu, Semuga dapat membentuk kemuliaan peribadi mu



Semuga berjaya menjadi manusia Terbaik, iaitu menjadi manusia yang Paling Bertaqwa, menjadi manusia yang paling banyak membantu lain orang

Dunia senda gurau kini, di lautan tanpa sempadan, layan perasaan, layan facebook dan sebagainya, Ingat?!  Janganlah tunjukkan Kejahilan dirimu, Jangan duduk dalam Kejahilan, Jangan letakkan dirimu dalam kebinasaan,

Kebenaran itu daripada Allah, melalui AlQuran dan segala ciptaanNya

Semuga tidaklah mudah Stress dan kecewa serta berputus asa daripada Rahmat Allah

InsyaAllah

Wednesday, April 15, 2015

Masalah Yang Menimpa Diri dan Cara Mengatasinya

Apabila Tidak Beriman, kita akan mengatakan, semuanya Masalah, jika tak berjaya mengatasi akan berkata, sudah nasib, apa boleh buat, Bahawa bergantung Nasib itulah Berjudi

Sekiranya Beriman, hendaklah mengingati Allah dan menerimanya sebagai Ujian daripada Allah yang Memberikan Ujian untuk melihat siapakah Yang Lebih Baik Amalannya, Siapakah Yang Berjaya Memperbaiki dirinya sendiri, kerana Hari Ini patut lebih baik daripada kelmarin, dan besok patut lebih baik dari ini hari, itulah Janji Mukmin

Hendaklah mengingat itu semuanya Takdir Allah agar beroleh Redha dengan segala Ujian Allah
Dan Bersabarlah menghadapinya dengan hati Terbuka, agar dapat Bersangka Baik kepada Allahu Subhanahu Wataala

Untuk Mencapai Cara Mengatasi Masalah dengan Mudah, tanda sebagai BUKTI kita Berserah Allah sepenuh Hati, sebulat bulatnya, itulah maksud Islam, maka Masuklah kamu kedalam Islam sepenuhnya, Penuh Perasaan, Penuh Ingatan, Hasbunallah wanikmal wakil, wanikmal maula wanikman nasir

Itulah maksud Ilmu Merawat Diri
Itulah maksud Ilmu Jalan Pulang, Jalan Kembali kepada Allah, sesuai dengan Peringatan Allah, apabila kamu menghadapi masalah, sebutkan Innalillahi wainnailaihi rojiun
Juga Jalan pulang ke Kampong Akhirat, agar dapat menemui Maut semasa Berserah Allah

Kerana itulah Peringatan Terhadap IMD tidak dapat di senyapkan, dan yang berdampingan syaitan sahaja yang menolaknya, maklumlah Syaitan Iblis itu berhajat menyesatkan manusia, Mempermain mainkan dan memperbodohkan manusia

Sedarlah diri kita masing masing, kehidupan masa kini, Yang Batil itulah di war warkan di mana sahaja, Yang Bidaah itulah di sukai ramai dan Sememangnya, syaitan menampakkan indahnya maksiat di mata mu yang tidak ikhlas menauhidkan Allah - itulah sudah tentulah termasuk kedalam golongan munafik dan kafir tanpa sedar. Tentulah diri itu bukannya menauhidkan Allah, Takut kepada diri sendiri dan jatuh kedalam golongan yang menzalimi diri sendiri

Untuk memahami kenyataan tersebut, hendaklah kita menelitikan perbuatan sendiri
Kita ber whassup, ber instagram, ber facebook, ber my space, ber blog dan segalanya yang tersedia bila berinternet, apakah kita menyampaikan Kebenaran Islam dengan JUJUR menjaga Kesucian Islam, menjaga Kesucian Allah? atau kita hanya mampu mengikut arus Permainan dan senda gurau yang tiada kebenarannya, hanya bersangka sangka dan menuduh tanpa bukti, penuh prejudis

Jika Berjaya melihat dan menyampaikan Kebenaran Islam, itulah Bukti diRedhai Allah
Bukti dirimu, mendapat Hidayah Allah, menyampaikan kebenaran tanpa prejudis, secara Jujur dan Ikhlas, lillahi, billahi, wallahi

Jika belum berjaya mengatasi Masalah, Boleh sahaja menghubungi kami
melalui e mail: nuranugerah@hotmail.com
melalui telefon: 0132611778 dan 0196313202

Namun jika mahukan Ilmu yang dapat Menjaga Diri, Ilmu Merawat Diri sendiri, hendaklah datang bertamu, hanya perlu bawa diri mu, dan bayaran hanya RM177 sahaja

Sebelum bertanya kenapa perlu bayar, Ingatlah, apa pengorbanan kamu dalam mencari kemudahan?

Silakan ya
SubhanAllah wahdahu laa syarikalah



Monday, April 13, 2015

IMD - Ilmu merawat diri 2015

Ilmu merawat diri adalah Ilmu Tauhid, Ilmu para wali wali Allah yang Ikhlas menauhidkan Allah, dan menjaga kesucian Islam apabila menyampaikan Kebenaran Islam

Ilmu ini semakin Hilang, dengan kematian ulamak ulamak tauhid
Umat Islampula menjadi seperti BUIH, hanya namanya sahaja seperti nama Muslim, namun kelakuan mereka, jauh dari kemuliaan Akhlak mukmin

Sebab itulah ada yang masuk berparti parti dalam Politik dan Pemerintahan Demokrasi, walaupun itu bukanlah Jalan Sunnah, apa di pedulikan, asal dapat mengaburi mata dan pemikiran umat islam sendiri

Itu Ilmu berparti parti, tidklah dapat menjaga diri sendiri
Akibatnya suka pula menuduh keji atas kelakuan yang sumbang, menyalahkan manusia, sepertimana golongan Qadariah, segolongan lagi membiarkan manusia sesat, sebagaimana Golongan Jabariah, sedangkan ASWAJA itu adalah mereka yang masih menyampaikan kebenaran Islam dengan jujur, dan menjaga kesucian Islam

Jika kalian menelitikan Sirah Rasulullah SAW
Sepatutnya dapatlah kalian menyaksikan, seruannya agar, Laa Tusyrik billah
Jangan sekutukan Allah dengan makhluk
Allah yang Menciptakan, sementara patung patung berhala di gantungkan sekeliling Kaabah itu adalah bukti, syirik golongan Jahiliah

Sekarang berlaku di India, Hindu menyatakan Tuhan itu Satu, dan dapat muncul dalam diri manusia, itulah tuhan semua manusia, sementara dalam cerita benggali yang juga terbit akibat daripada melihat pertempuran di antara Islam dengan Hindu, mengatakan mereka lah yang Benar

Sementara pakaian golongan Tabligh yang berpaksikan ke India itu, jadi pakaian pelakon pelakon hindu ke Kuil dan Berhala, Malahan jubah putih, kurta putih, kopiah putih sudah jadi pakaian mereka
Semuanya gara gara meniru

Demikianlah antara Ciptaan dan kejadian Tuhan , kepada manusia, semoga adalah yang berfikir dan dapat menemui kebenaran

Kebenaran itu hanyalah daripada Allah
Sementara kesesatan itu Allah izinkan Iblis Syaitan menyesatkan sesiapa yang tidak Ikhlas menauhidkan Allah

IMD adalah Ilmu Tauhid
Barangsiapa mendapat Hidayah Allah, dapatlah mematuhiNYA
Cukuplah Allah kepadanya
Hasbunallah wanikmal wakil wanikmal maula wanikman nasir

Sesiapa yang mahu keluar dari apa sahaja masalah, silakan mendalami Tauhid
Ketahuilah, sedarlah, Dengan dan Atas Izin Allahlah berlaku segalanya
Semoga dapat menjadi Pelajaran, subhanAllah


Sunday, April 12, 2015

Depression

Depression

Wujud kemurungan akibat daripada tidak mengingati Allah, berharap kepada selain Allah dalam menjalani Hidup didunia yang sementara ini

Akibat daripada tidak merujuk kepada Hidayah Allah, AlQuran, dan akibat daripada Tidak Bersyukur

Tidak mengingat, samada Rela atau Terpaksa semuanya mengikut Aturan Allah

Akibat tidak menuntut Ilmu Islam, maka terikut ikutlah kehidupan Munafik dan Kafir
Tidak Ingat yang Allah SWT telah berpesan, Janganlah mengambil kawan Kafir melebihi orang Islam

Kenapa boleh pula mengambil Ilmu Pengetahuan daripada Kafir yang sentiasa syirik, juga daripada munafik yang berpura pura yang sebenarnya hanyalah menzalimi diri sendiri

Ingat tidak jika kamu Bersyukur, Allah akan tambah NikmatNya kepadamu
Bersyukurlah walau apa pun berlaku, kerana kamu tidak mengetahui, Allahmu yang lebih Mengetahui

Sistem Pelajaran yang kamu anuti di zaman kini adalah sistem bawaan Kafirin dan Munafik, tiada kesungguhan dalam memberikan kebenaran Tauhid, itulah punca masalah sekian banyak menimpa umat Islam

Walaupun sepatutnya Tahu, namun seperti tiada pengetahuan, sedangkan jika tak mahu Sesat, turuti lah AlQuran dan sunnah, Sunnah Muhammad itu mencerahkan ayat ayat Allah, Tiadalah muhammad berkata, melainkan wahyu belaka

Apa apa pun yang menimpa diri, adalah daripada tangan sendiri, maksudnya kamu bukanlah seperti maksud Allah, sebagai Khalifah dibumi, kerana itulah kamu belum berserah Allah sebulat bulat hatimu, seperti maksud, Hasbunallah wanikmal wakil, wanikmal maula wanikman nasir

Depression, mengeluh atas Takdir yang menimpa diri
Padahal, Takdir Allah itu Allah bukakan di hadapan kamu masing masing, berdasarkan apa yang wujud daripada Kehendak hati kecilmu,

Itulah Islam berpesan, Awwaludin Makrifatuloh, agar mengenal dan dapat mengingat Allah
Lagipula AlQuran itu adalah ROH bagi Mukmin, menghidupkan Roh Islami yang mendapat pelajarannya

Takdir Muhammad SAW, zaman kita, zaman ummat seperti Buih, nama yang cantik cantik tetapi sentiasa bermasalah, maka adalah Bijak jika dapat membawa diri keluar daripada masalah dan menuntut Ilmu Islam

IMD bagaikan menghulurkan tangan kerana melihat kepada ramai yang bermasalah di bawa arus deras kehidupan dunia Permainan dan senda gurau, semuga mahulah masuk ke dalam golongan Beriman dan beramal soleh

IMD adalah Ilmu Merawat diri
InsyaAllah




Friday, April 10, 2015

Lintasan Hati dan Was Was


Lintasan dihati yang wujud bagi orang beriman yang Ikhlas yang mengenal diri, mengenal Allah adalah Ilham Kebenaran, yang di katakan oleh sunnah adalah berhati hatilah dengan Firasat Mukmin

Lintasan hati bagi yang tidak mengenal diri dan tidak mengenal Allah adalah bisikan syaitan, bisikan saka baka, bisikan bunian dan jin yang mengandungi persangkaan, dan jadilah dirinya itu suka prejudis kepada lain orang
Menurut perspektif Islam, memanglah  lintasan hati dan bisikan was was  (dalam bahasa Arab -
waswasah ) iaitu bisikan yang tidak diundang dalam jiwa dan pemikiran oleh syaitan.

Al-Quran telah menerangkan kepada kita yang ia telah bermula dari hari-hari pertama Adam hidup di syurga lagi - firman Allah, surah al-A'raaf, ayat 20: Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua (agar) mendedahkan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata:  "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga).

Begitu juga dalam surah Taha, ayat 120: Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang membolehkan kau hidup selama-lamanya,  dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?

Allah mengajar kita manusia agar memohon perlindungan-Nya agar terpelihara daripada mudarat teknik hasutan bisikan syaitan ini dalam surah al-A'raaf, ayat 200: Dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Di penghujung al-Quran dalam surah al-Naas, kita diajar dengan lebih terperinci bagaimana melindungi diri daripada was-was dengan membacanya dengan penuh penghayatan terhadap maksud setiap ayat dalam surah yang pendek tetapi besar fungsinya kepada kita dalam memerangi was-was secara kognitif:

(1) Katakanlah : "Aku berlindung kepada (Allah) Tuan Empunya sekalian manusia."

(2) "Raja segala raja yang Menguasai sekalian manusia".

(3) "Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia

(4) "Dari kejahatan pembisik hasutan yang tenggelam timbul".

(5) "Yang menyuntik bisikan hasutannya ke dalam hati manusia".

(6) (Iaitu pembisik hasutan) dari kalangan jin dan manusia". (an-Naas: 1-6)


Daripada keterangan di atas, SEDAR lah hendaknya, terutama mereka yang menuduh saya yang mengatakan asal masalah sahaja adalah bisikan syaitan, jin

Jika baca tak memahami, itulah kedangkalan Nafsu sendiri
Memang syaitan suka pula membisikkan dan Nafsu pula sukakan bisikan syaitan

Mahu keluar dari was was itulah ada istilah Islam, awwaludin makrifatulloh
Adanya ahli tasauf menyatakan, kenali dirimu rata rata agar kamu mengenali Tuhan mu

Kenal diri kenal Tuhan ni, hindu tiru, Brahma dan Arjuna, namun Brahma menyangka tuhan itu adalah Cahaya yang berwarna warni begemerlapan

Adapaun AlQuran itu kitab tanpa keraguan menjadi petunjuk kepada yang hendak bertaqwa, silakan ya, Fardhu Ain itu Ilmu yang di dasarkan kepada sunnah, maka sepatutnya itulah keutamaan sebelum meneruskan belajar menuntut ilmu Fardu Kifayah

Semuga dapatlah membina diri menurut sunnah, agar terhindar dari bisikan syaitan

Sesiapa yang bertaqwa dan Bertawakkal kepada Allah, dengan sebenar benar Taqwa, Allah akan membawa dirinya keluar daripada sebarang masalah, ke jalan yang Allah Redha

Jalan daripada bimbingan Allah itu tak perlu payah payah di fikirkan oleh diri
Cuma sahaja hendaklah berserah dirimu bulat bulat kepada Allah

SubhanAllah wahdahu laa syarikalah









Monday, April 6, 2015

Jangan Merungut dan Berputus asa


Katakanlah : "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan amalan maksiat dan keji), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. (Az-Zumar 39:54)

"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.   "(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (agama Allah dan penganut-penganutnya)!
(Az-Zumar 39:53-56 )

Say: "O my Servants who have transgressed against their souls! Despair not of the Mercy of Allah. for Allah forgives all sins: for He is Oft-Forgiving, Most Merciful. Turn ye to our Lord (in repentance) and bow to His (Will), before the Penalty comes on you: after that ye shall not be helped.
And follow the best of (the courses) revealed to you from your Lord, before the Penalty comes on you - of a sudden while ye perceive not!- Lest the soul should (then) say: 'Ah! Woe is me!- In that I neglected (my duty) towards Allah, and was but among those who mocked!'


Adalah perkara keji apabila di timpa Ujian daripada Allah, kita mengeluh
Itu semua akan jadi permainan jika demikian
Kesungguhan itu apabila kita bersyukur, dan bersabar menghadapi segala Ujian dengan bermohon agar di berikan kemudahan dan keselamatan oleh Allah, Jalan yang Allah redha

Jangan lah mengeluh, itu akan menjadikan dirimu berputus asa dan gagal

Bersyukurlah, Allah tidak menimpakan Ujian sehingga kamu tidak sanggup menghadapinya
Hanyalah bila kamu menurut Nafsu, akan berfikiran negatif, dan tidak sanggup menghadapi
Sekiranya dapatlah kamu ber sangka BAIK kepada Tuhan mu, Allah Yang Maha Sempurna, dapatlah kamu beringat dan memohon kebaikan daripada Allah

Hadapilah dengan hati yang terbuka, dan bermohonlah kepada Allah SWT kebaikan dan keselamatan serta kemudahan

InsyaAllah

Saturday, April 4, 2015

Di Mana Allah?

Di Mana Allah?

Sudah ada Fatwanya: Allah itu tidak bertempat

Kerana itulah, tatkala di bentangkan akan Sistem Demokrasi itu, tidak wujud orang alim tauhid yang menentangnya, kerana Demokrasi telah tidak Meletakkan Allah di tempat Yang Paling Tinggi, di atas segala galanya

Tak ada sesiapa yang Perasan, Kesalahan Demokrasi kerana itulah ada beberapa pihak yang langsung menyatakan, Demokrasi itu adalah Islam, ada dalam Islam, orang tak mengaji Sahsiah mana dapat mengetahui, kata mereka

Demokrasi adalah Sistem Hidup, daripada Rakyat yakni manusia, kepada Rakyat yakni manusia

Sedangkan pesan Nabi SAW, pesanan Allah, Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya
Barang siapa mencari sistem hidup selain Islam, tiadalah akan diterima daripadanya amalan yang sebegitu
Hanyalah Islam yang Allah redha, sesiapa yang mencari yang lain daripada Islam, tiada di terima Allah

 
Hanyalah main main sahaja
Sebab itulah HUDUD yang PAS bawa itu hanyalah sekadar hukuman merotan
Sebab itulah yang Kerajaan masukkan dalam sistem kehakiman syariah Islam hanyalah Takzir
Sekadar apa yang terfikirkan oleh manusia sahaja, namun itu juga mendapat Tentangan golongan Kafir dan Munafik

Kesilapan mengatakan Allah tidak bertempat itulah tidak ada meletakkan Allah itu di tempat yang sepatutnya
Sepatutnya Allah itu di atas setiap sesuatu, di atas segala galanya, di atas semua makhluk
Kerana kesalahan tersebutlah sukarnya hendak menauhidkan Allah
Sukarnya hendak menelitikan amalan diri, agar terjauh daripada Syirik
Apabila Ilmu Tauhid tidak di Utamakan, mudahlah sistem syirik itu masuk ke dalam suasana Hidup kita

Tempat Allah itu Teratas, kerana itulah sewaktu Muhammad  KAMI bawa ke hadapan  KAMI, melalui Mikraj, tiada sesiapa selain Muhammad yang sampai. Tempat Allah itu bukanlah seperti mana dapat di capai oleh Akal Manusia, kerana itulah Aisyah r.a melarang pertanyaan, tentang apakah Muhammad bertemu Allah?

Menauhidkan Allah semestinya lah meletakkan Allah itu di hadapan sekali, di atas sekalian makhluk
Malaikat yang menanggung Arasy Allah cuba mendongak untuk melihat namun Arasy itu semakin meninggi. Demikianlah sedikit kisah Israk Mikraj

Kita adalah makhluk, memerlukan berbagai macam tempat, untuk tidur, untuk lepak, untuk istirahat, untuk bekerja, untuk bermesyuarat, untuk konferensi dan sebagainya, ada tempat makan, ada tempat buang, namun Tempat Allah itu bukanlah seperti mana tempat manusia. Kerana Allah yang menciptakan, tentu saja Kesempurnaan Allah itu Maha Menciptakan

Sedarlah hendaknya, melalui Fekah keutamaan juga, telah meletakkan Allah di hadapan sekali, agar Ikhlaslah amalan yang di lakukan

Semoga dapatlah membina diri menauhidkan Allah, dapatlah berbuat Ikhlas

Thursday, April 2, 2015

Bandingan Kesungguhan dan Main Main

Dalam Hal Solat:
Kesungguhan itu apabila dapat kita mengikut Keutamaan. Beramal menurut Ilmu yang Benar dan Betul, Utamakan Ikhlas Lillahi, Billahi, Wallahi; Berjamaah di tempat yang dilaungkan azan apabila masuk waktu, sedang yang terlebih utama adalah hatinya tergantung ke Masjid, menunggu masuk waktunya solat

Kerana itulah, melambat lambatkan mendirikan solah itu di katakan menurut Telunjuk Syaitan, masuklah ke dalam golongan main main yang tiada kesungguhan

Dalam hal menikah dan beranak pinak
Kesungguhan itu apabila kamu mengikut keutamaan Allah, AlQuran dan Sunnah. Jika belum mendapat anak satelah puas berikhtiar, masih belum mendapat anak, cubalah menikah untuk kedua kalinya, Allah membenarkan Nikahlah dua, tiga, namun jika tak mampu, cukuplah satu, inilah kesungguhan, Mohonlah kepada Allah kebaikan

Jika kita ikut keduniaan, menggunakan, kaedah tabung uji, itu sudah masuklah tangan ketiga, iaitu tangan syaitan, maka jadilah ianya permainan, hanyalah main main sahaja

Kesungguhan itu di kerjakan oleh suami isteri dengan meminta di jauhkan daripada syaitan, memohon kebaikan daripada Allah, Hasbunallah wanikmal wakil wanikmal maula wanikman nasir

Dalam Hal Menikah , memilih pasangan, utamakanlah Islam Agamanya, agar masuk ke dalam kesungguhan amal, sementara pilihan selain agama Islam itu memungkinkan main main sahaja

Dalam Hal Berhukum, Menghukum
Utamakanlah Allah, yang Memaafkan kesilapan dan kesalahan manusia, daripada suka menghukum kerana dengki, khianat, kerana cemburu atas kelakuan lain orang itu adalah main main sahaja

Islam Menjamin Keadilan sosial

Demikian jugalah apabila membicarakan keutamaan Fekah
Utamakan Allah, Allah di Atas sekalian Makhluk, Nyawa makhluk boleh di syahidkan itulah kesungguhan, jika tidak demikian adalah itu munafik, main main sahajalah

Dalam hal bersahabat, Utamakan Muslim Mukmin  agar ujud kesungguhan, nasihat menasihati, berbanding golongan kafir, dan golongan JINN

Demikianlah serba sedikit, pencerahan tentang Keutamaan Amal, insyaAllah

Wednesday, April 1, 2015

Antara Kesungguhan dan Main main

Kamu tidak akan Sesat jika Berpegang kepada AlQuran dan sunnah sunnah Rasulullah SAW dan sunnah sahabat sahabat baginda, yang juga di katakan sunnah khulafak ar rasyidin

Itulah Kesungguhan Amal Islam, cara Kehidupan Islam yang Allah Redha, berdasarkan wahyu terakhir yang menyatakan, pada hari ini Redhalah Allah menjadi tuhan yang kamu sembah, Allah sebagai RABBi kamu, Islam menjadi Cara hidup kamu yang Allah redha, dan Muhammad SAW menjadi ikutan yang baik kepada kamu yang Allah redha

Sesiapa yang menyatakan sesuatu itu daripada lidah perkataan Muhammad SAW hendaklah sedar jika bukan ianya datang dari diri Muhammad SAW, bersedialah untuk di mamah Api Neraka

kerana itulah sesiapa yang belum Ikhlas, mudah benar menerima bisikan syaitan lalu berlakulah Bidaah, masuklah ia ke dalam golongan yang main main, tanpa kesungguhan

Tatkala diri seseorang itu melakukan Zina ia tidak beriman, melakukan mungkar tidak beriman, melakukan kekejian ia tidak beriman, jatuh ke dalam Syirik kerana bertuhankan Nafsu, mentaati Nafsu Syaitan - ini situasi dan kondisi, main main

Namun sebagai orang ASWAJA di larang membuat tuduhan terhadap lain orang, Perentah Allah itu hendaklah dirimu menjaga dirimu, dan kaum kerabat kamu, agar terjauh dari Api Neraka - ini situasi dan kondisi kesungguhan


Cara untuk masuk ke dalam golongan yang melakukan amal dengan kesungguhan
Hendaklah menuntut Ilmu sekurang kurangnya sudah Jelas khatam, memahami dan mengerti Ilmu Fardhu Ain
Hendaklah mendalami Tauhid sampai dapat berpegang kepada  الله لاإله إلا الله
Mantap Keyakinan mu
Hendaklah Ikhlas mengamalkan Islam kamu, semuga Iman masuk ke hati kamu
Ingatlah perintah Allah, ke atas golongan beriman agar mengamalkan ilmu ilmu mereka

Ingatlah siksanya jika hanya berkata kata namun tidak beramal
Begitulah jika sekadar hanya tahu menyebut ayat ayat AlQuran, dapatkah PelajaranNya, subhanAllah

Kesungguhan dirimu mengingat Allah SWT, serta beramal soleh sesuai dengan Perintahnya
itu menambahkan Yakin kepada Allah

Jika termasuk kedalam Permainan dan Senda gurau itu memungkinkan Sesat dan lalai beramal soleh
Jadilah seperti golongan Yahudi dan Nasrani serta Majusi, tanpa Iman manakan dapat Kebaikan Amalan mereka, hanya sekadar Keduniaan sahaja, demikianlah lagak mereka yang tidak mahu Percaya akan Hari Akhirat

Maka Tidak sia sialah Kenyataan Allah
Dunia hanyalah Permainan dan Senda Gurau, kecuali kamu Beriman dan beramal kebajikan

semuga dapat HidayahNYA

SubhanAllah
Wahdahu laa syarikalah