image

image

Thursday, April 2, 2015

Bandingan Kesungguhan dan Main Main

Dalam Hal Solat:
Kesungguhan itu apabila dapat kita mengikut Keutamaan. Beramal menurut Ilmu yang Benar dan Betul, Utamakan Ikhlas Lillahi, Billahi, Wallahi; Berjamaah di tempat yang dilaungkan azan apabila masuk waktu, sedang yang terlebih utama adalah hatinya tergantung ke Masjid, menunggu masuk waktunya solat

Kerana itulah, melambat lambatkan mendirikan solah itu di katakan menurut Telunjuk Syaitan, masuklah ke dalam golongan main main yang tiada kesungguhan

Dalam hal menikah dan beranak pinak
Kesungguhan itu apabila kamu mengikut keutamaan Allah, AlQuran dan Sunnah. Jika belum mendapat anak satelah puas berikhtiar, masih belum mendapat anak, cubalah menikah untuk kedua kalinya, Allah membenarkan Nikahlah dua, tiga, namun jika tak mampu, cukuplah satu, inilah kesungguhan, Mohonlah kepada Allah kebaikan

Jika kita ikut keduniaan, menggunakan, kaedah tabung uji, itu sudah masuklah tangan ketiga, iaitu tangan syaitan, maka jadilah ianya permainan, hanyalah main main sahaja

Kesungguhan itu di kerjakan oleh suami isteri dengan meminta di jauhkan daripada syaitan, memohon kebaikan daripada Allah, Hasbunallah wanikmal wakil wanikmal maula wanikman nasir

Dalam Hal Menikah , memilih pasangan, utamakanlah Islam Agamanya, agar masuk ke dalam kesungguhan amal, sementara pilihan selain agama Islam itu memungkinkan main main sahaja

Dalam Hal Berhukum, Menghukum
Utamakanlah Allah, yang Memaafkan kesilapan dan kesalahan manusia, daripada suka menghukum kerana dengki, khianat, kerana cemburu atas kelakuan lain orang itu adalah main main sahaja

Islam Menjamin Keadilan sosial

Demikian jugalah apabila membicarakan keutamaan Fekah
Utamakan Allah, Allah di Atas sekalian Makhluk, Nyawa makhluk boleh di syahidkan itulah kesungguhan, jika tidak demikian adalah itu munafik, main main sahajalah

Dalam hal bersahabat, Utamakan Muslim Mukmin  agar ujud kesungguhan, nasihat menasihati, berbanding golongan kafir, dan golongan JINN

Demikianlah serba sedikit, pencerahan tentang Keutamaan Amal, insyaAllah

2 comments:

  1. Kesungguhan apabila Ikut Perentah Allah menurut Cara Rasulullah SAW

    Kesungguhan apabila beriman dan berbuat kebajikan

    Kesungguhan apabila mendapat nikmat ia bersyukur, mendapat selainya ia bersabar

    Kesungguhan apabila sentiasa nampak Allah, mengingat Allah, menyampaikan kebenaran sahaja, menjaga kesucian Islam, jujur diri mu

    Kesungguhan apabila sekitar kamu itu kebenaran menelan kebatilan

    Suasana sekitar kamu hanyalah main main apabila jenaka, kebatilan menelan kebenaran

    maka segala alatan dalam tangan kamu, gunakan di jalan Allah agar Allah redha itulah kesungguhan

    InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Dalam Sirah nabi SAW apakah ada, qadza solat?
    Jika boleh Qadza itu hanyalah main main tiada kesungguhan
    Kerana apabila masuk waktu solat itu Allah yang izinkan mukmin menuju tempat solat, sesiapa yang belum Ikhlas tentulah tiada Hidayahnya, itulah terlalai dari menyertai solat berjamaah

    Bila kita tak ingat Atas Izin Allah lah Berlaku, itulah tandanya kita menurut bisikan syaitan, maka termasuklah kita ke dalam golongan main main

    Masuklah ke Dalam Islam, secara keseluruhan kerana sudah sempurna sudah, apa yang Rasulullah SAW sampaikan, dan menjadi Ikutan yang baik bagi mukmin

    silakan menuntut Ilmu Tauhid, agar dapat Ikhlaskan diri, ujudlah kesungguhan beramal

    ReplyDelete