image
Friday, April 10, 2015
Lintasan Hati dan Was Was
Lintasan dihati yang wujud bagi orang beriman yang Ikhlas yang mengenal diri, mengenal Allah adalah Ilham Kebenaran, yang di katakan oleh sunnah adalah berhati hatilah dengan Firasat Mukmin
Lintasan hati bagi yang tidak mengenal diri dan tidak mengenal Allah adalah bisikan syaitan, bisikan saka baka, bisikan bunian dan jin yang mengandungi persangkaan, dan jadilah dirinya itu suka prejudis kepada lain orang
Menurut perspektif Islam, memanglah lintasan hati dan bisikan was was (dalam bahasa Arab -
waswasah ) iaitu bisikan yang tidak diundang dalam jiwa dan pemikiran oleh syaitan.
Al-Quran telah menerangkan kepada kita yang ia telah bermula dari hari-hari pertama Adam hidup di syurga lagi - firman Allah, surah al-A'raaf, ayat 20: Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua (agar) mendedahkan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga).
Begitu juga dalam surah Taha, ayat 120: Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang membolehkan kau hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?
Allah mengajar kita manusia agar memohon perlindungan-Nya agar terpelihara daripada mudarat teknik hasutan bisikan syaitan ini dalam surah al-A'raaf, ayat 200: Dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Di penghujung al-Quran dalam surah al-Naas, kita diajar dengan lebih terperinci bagaimana melindungi diri daripada was-was dengan membacanya dengan penuh penghayatan terhadap maksud setiap ayat dalam surah yang pendek tetapi besar fungsinya kepada kita dalam memerangi was-was secara kognitif:
(1) Katakanlah : "Aku berlindung kepada (Allah) Tuan Empunya sekalian manusia."
(2) "Raja segala raja yang Menguasai sekalian manusia".
(3) "Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia
(4) "Dari kejahatan pembisik hasutan yang tenggelam timbul".
(5) "Yang menyuntik bisikan hasutannya ke dalam hati manusia".
(6) (Iaitu pembisik hasutan) dari kalangan jin dan manusia". (an-Naas: 1-6)
Daripada keterangan di atas, SEDAR lah hendaknya, terutama mereka yang menuduh saya yang mengatakan asal masalah sahaja adalah bisikan syaitan, jin
Jika baca tak memahami, itulah kedangkalan Nafsu sendiri
Memang syaitan suka pula membisikkan dan Nafsu pula sukakan bisikan syaitan
Mahu keluar dari was was itulah ada istilah Islam, awwaludin makrifatulloh
Adanya ahli tasauf menyatakan, kenali dirimu rata rata agar kamu mengenali Tuhan mu
Kenal diri kenal Tuhan ni, hindu tiru, Brahma dan Arjuna, namun Brahma menyangka tuhan itu adalah Cahaya yang berwarna warni begemerlapan
Adapaun AlQuran itu kitab tanpa keraguan menjadi petunjuk kepada yang hendak bertaqwa, silakan ya, Fardhu Ain itu Ilmu yang di dasarkan kepada sunnah, maka sepatutnya itulah keutamaan sebelum meneruskan belajar menuntut ilmu Fardu Kifayah
Semuga dapatlah membina diri menurut sunnah, agar terhindar dari bisikan syaitan
Sesiapa yang bertaqwa dan Bertawakkal kepada Allah, dengan sebenar benar Taqwa, Allah akan membawa dirinya keluar daripada sebarang masalah, ke jalan yang Allah Redha
Jalan daripada bimbingan Allah itu tak perlu payah payah di fikirkan oleh diri
Cuma sahaja hendaklah berserah dirimu bulat bulat kepada Allah
SubhanAllah wahdahu laa syarikalah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ramai daripada manusia melayu yang mempunyai saka baka tanpa di sedari, itulah akibat adanya bisikan dalam hati , berlaku curiga atas lain orang, dan tidak dapat mengikhlaskan diri, lemah dalam ketuhanan, rajin membaca ayat ayat alquran tanpa memahami, akhirnya menambah syaitan pada diri apabila tidak mahu mengambil pelajaran daripada ayat ayat Allah, sila perhatikan surah ke 43, ayat 36, 37 dan 38, perhatikan tafsiran nya
ReplyDeleteSubhanAllah