Di Mana Allah?
Sudah ada Fatwanya: Allah itu tidak bertempat
Kerana itulah, tatkala di bentangkan akan Sistem Demokrasi itu, tidak wujud orang alim tauhid yang menentangnya, kerana Demokrasi telah tidak Meletakkan Allah di tempat Yang Paling Tinggi, di atas segala galanya
Tak ada sesiapa yang Perasan, Kesalahan Demokrasi kerana itulah ada beberapa pihak yang langsung menyatakan, Demokrasi itu adalah Islam, ada dalam Islam, orang tak mengaji Sahsiah mana dapat mengetahui, kata mereka
Demokrasi adalah Sistem Hidup, daripada Rakyat yakni manusia, kepada Rakyat yakni manusia
Sedangkan pesan Nabi SAW, pesanan Allah, Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya
Barang siapa mencari sistem hidup selain Islam, tiadalah akan diterima daripadanya amalan yang sebegitu
Hanyalah Islam yang Allah redha, sesiapa yang mencari yang lain daripada Islam, tiada di terima Allah
Hanyalah main main sahaja
Sebab itulah HUDUD yang PAS bawa itu hanyalah sekadar hukuman merotan
Sebab itulah yang Kerajaan masukkan dalam sistem kehakiman syariah Islam hanyalah Takzir
Sekadar apa yang terfikirkan oleh manusia sahaja, namun itu juga mendapat Tentangan golongan Kafir dan Munafik
Kesilapan mengatakan Allah tidak bertempat itulah tidak ada meletakkan Allah itu di tempat yang sepatutnya
Sepatutnya Allah itu di atas setiap sesuatu, di atas segala galanya, di atas semua makhluk
Kerana kesalahan tersebutlah sukarnya hendak menauhidkan Allah
Sukarnya hendak menelitikan amalan diri, agar terjauh daripada Syirik
Apabila Ilmu Tauhid tidak di Utamakan, mudahlah sistem syirik itu masuk ke dalam suasana Hidup kita
Tempat Allah itu Teratas, kerana itulah sewaktu Muhammad KAMI bawa ke hadapan KAMI, melalui Mikraj, tiada sesiapa selain Muhammad yang sampai. Tempat Allah itu bukanlah seperti mana dapat di capai oleh Akal Manusia, kerana itulah Aisyah r.a melarang pertanyaan, tentang apakah Muhammad bertemu Allah?
Menauhidkan Allah semestinya lah meletakkan Allah itu di hadapan sekali, di atas sekalian makhluk
Malaikat yang menanggung Arasy Allah cuba mendongak untuk melihat namun Arasy itu semakin meninggi. Demikianlah sedikit kisah Israk Mikraj
Kita adalah makhluk, memerlukan berbagai macam tempat, untuk tidur, untuk lepak, untuk istirahat, untuk bekerja, untuk bermesyuarat, untuk konferensi dan sebagainya, ada tempat makan, ada tempat buang, namun Tempat Allah itu bukanlah seperti mana tempat manusia. Kerana Allah yang menciptakan, tentu saja Kesempurnaan Allah itu Maha Menciptakan
Sedarlah hendaknya, melalui Fekah keutamaan juga, telah meletakkan Allah di hadapan sekali, agar Ikhlaslah amalan yang di lakukan
Semoga dapatlah membina diri menauhidkan Allah, dapatlah berbuat Ikhlas
Demikianlah satelah sekaliannya menerima sistem kehidupan Demokrasi, masuklah semuanya ke dalam Permainan dan Senda Gurau, hanyalah Main main
ReplyDeleteSemoga bulan April ini dapatlah membetulkan Pemikiran agar terhindar daripada main main. Islam itu Kebenaran, adalah Sungguh sungguh sementara Kesesatan itu adalah main main
semuga dapat menelitikan, mengerti dan membina diri masing masing
insyaAllaah
Ucapan paling Tinggi, tiada yang lebih tinggi daripadanya, adalah لاإله إلا الله
ReplyDeleteMaka sepatutnya, Tempat paling Atas sekali itu adalah kedudukan Allah
DiAtas segala galanya itulah Yang Maha Menciptakan
Allah lah yang menciptakan setiap sesuatu
Jika tahu menyebut ayat ayat Allah tidak pula memahami dan mengerti, maka jadilah tanpa pengetahuan, itu juga memberikan maksud, kesalahan menimpa diri akibat tangan sendiri
sepatutnya sedrlah, ada alihbahasa , ada terjemahan ringkas, per ayat, ada tafsir ringkas ayat dengan ayat, semua itu semakin mudah di telitikan jika mahu lah
maka sepatutnya pimpinlah dirimu ke arah AKU
subhanAllah wahdahu laa syarikalah