image
Monday, April 6, 2015
Jangan Merungut dan Berputus asa
Katakanlah : "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan amalan maksiat dan keji), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. (Az-Zumar 39:54)
"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya. "(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (agama Allah dan penganut-penganutnya)!
(Az-Zumar 39:53-56 )
Say: "O my Servants who have transgressed against their souls! Despair not of the Mercy of Allah. for Allah forgives all sins: for He is Oft-Forgiving, Most Merciful. Turn ye to our Lord (in repentance) and bow to His (Will), before the Penalty comes on you: after that ye shall not be helped.
And follow the best of (the courses) revealed to you from your Lord, before the Penalty comes on you - of a sudden while ye perceive not!- Lest the soul should (then) say: 'Ah! Woe is me!- In that I neglected (my duty) towards Allah, and was but among those who mocked!'
Adalah perkara keji apabila di timpa Ujian daripada Allah, kita mengeluh
Itu semua akan jadi permainan jika demikian
Kesungguhan itu apabila kita bersyukur, dan bersabar menghadapi segala Ujian dengan bermohon agar di berikan kemudahan dan keselamatan oleh Allah, Jalan yang Allah redha
Jangan lah mengeluh, itu akan menjadikan dirimu berputus asa dan gagal
Bersyukurlah, Allah tidak menimpakan Ujian sehingga kamu tidak sanggup menghadapinya
Hanyalah bila kamu menurut Nafsu, akan berfikiran negatif, dan tidak sanggup menghadapi
Sekiranya dapatlah kamu ber sangka BAIK kepada Tuhan mu, Allah Yang Maha Sempurna, dapatlah kamu beringat dan memohon kebaikan daripada Allah
Hadapilah dengan hati yang terbuka, dan bermohonlah kepada Allah SWT kebaikan dan keselamatan serta kemudahan
InsyaAllah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jangan suka mengeluh ya
ReplyDeleteBersabarlah walau apa pun yang berlaku padamu
semua itu atas kehendak dalam dirimu DIA menguji
sebab itu kena tahu diri, kena jaga diri, agar kehendak itu selalu yang baik baik saja, bukan kerana syahwat atau nafsu semata
kerana itulah Islam mewajibkan umatnya menuntut Ilmu Fardhu Ain, dulu agar dapat kemudahan daripadaNYA
ikutlah panduan semuga dapat membina diri, memperbaiki diri masing masing ke jalan yang Allaah Redha
insyaAllah