image

image

Saturday, April 25, 2015

Bandingan Ikhlas

Ikhlas

Hanyalah milik Manusia dan Jin yang menauhidkan Allah, dan kerana inilah menjadikan amalan amalan sesiapa sahaja yang Ikhlas itulah yang Allah terima

Sesiapa yang beramal walaupun baik dan diterima oleh dunia, jika tanpa ikhlas lillahi Taala, adalah sekadar dunia sahaja, dan tiadalah apa apa di Akhirat

Kerana inilah dikatakan, Mukmin itu mendapat nikmat ia bersyukur, jika sebarang ujian lain pula ia bersabar

Buih buih pula hanya berulang ulang menjadi air dan dipukul ombak kehidupan tidak dapat keluar dari keadaan itu, kecuali berlaku perubahan besar, seperti Banjir dan melimpahnya air, terbawalah buih itu ke daratan, ketempat lebih tinggi, namun keperibadiannya hilang, seperti menghadapi kematian - ini adalah misalan, umat yang seperti buih, sukarnya untuk menjadi mukmin, sering keluh kesah menghadapi ujian, tidak menyedari yang Takdir di hadapinya itu terbit daripada dalam diri sendiri,

Inilah sebabnya ada istilah - masalah menimpa diri akibat tangan sendiri
juga, mukmin itu tidak jatuh dalam lubang yang sama kedua kalinya


Bagaimanakah untuk kita merasai Cukuplah Allah kepada ku
Ketahuilah Masuklah ke Islam secara penuh, keseluruhan Perasaan berserah diri kepada Allah, agar apa sahaja yang menimpa diri, apa yang kamu tempuhi itu dapat mengingatkan kamu kepada Allah

Ingatlah sesiapa yang Bertaqwa dan Bertawakkal kepada Allah, Allah akan memandunya keluar daripada sebarang masalah tanpa susah susah untuknya berfikir, inilah maksud ayat seribu dinar yang di jadikan khat dan digantungkan di serata alam, namun jika tanpa di ambil pelajarannya, tak ada maknanya lah
hanya menjadi hiasan, barang perhiasan, sekadar pandngan mata, nafsu dan merasa seperti baik

Begitulah juga apabila kita suka menyebut ayat ayat Allah daripada AlQuran namun kita tidak memahaminya, itu maksudnya hati kita itu belum SUCI, kerana hanyalah yang SUCI hatinya yang akan memahami AlQuran

Jika kamu tidak mahu mengambil pelajaran daripada Allah melalui Ayat AyatNya, Allah akan menghantar (segalanya diciptakan Allah) syaitan syaitan kepada diri - sila rujuk AlQuran surah azzukhruf ayat 36-38. Semuga beroleh ingat dan mahulah mengubah diri masing masing ya

Janganlah hanya menurut kata kata manusia walaupun ia kamu percaya sepenuh hati, sebaliknya AlQuran itu Allah yang Memeliharanya - Yakin lah

Rujukan utama jika Cukuplah Allah bagi ku  tentu saja Kitab Allah, AlQuran
Tentulah menurut Muhammad SAW kerana bila orang bertanyakan akan isterinya muhammad SAW, Aisyah r.a  menjawab, itulah AlQuran. Allah juga menyatakan pada diri muhammad SAW itu adalah Ikutan Yang Baik bagi kita


Ingat jugalah jika kita punya diri Ikhlas, Tiadalah Allah mengutus akan Muhammad SAW itu, melainkan untuk menyempurnakan Akhlak Yang Mulia

Dizaman di takdirkan kita, yakni Umat Islam rata rata seperti Buih, menurut kesesatan bawaan yahudi dan nasrani, termasuklah yang di sohorkan sebagai ulamak, iaitu golongan alim alim juga ada yang terlibat di dalam Syirik, setiap masa kerana itulah peribadi tidak lagi menurut ASWAJA sebaliknya masuk kedalam golongan Khawarij, muktazilah

Kerana inginkan Kuasa untuk memerintah dan Menghukumi manusia mereka tidak lagi menurut Jalan sunnah yang Muhammad SAW tunjukkan. Mereka tidak sedar yang mereka turuti itu Jalan Syirik. Begitulah apabila tidak merujuk kepada Allah, dan Rasul Nya, tidak merasai Cukuplah Allah kepada diri 
sekadar pandai menyebut sahajalah. Takkan pula kamu suka menuruti mereka?

Tiap tiap diri itu pasti menurut apa yang di percayainya. jadi apa maksud Rukun Iman untuk siapakah ia? mahukah Percaya?

Masuklah ke Islam keseluruhannya, bepandukan Rukun Islam
semuga menjadi orang yang memiliki Ilmu dan beramal dengan Pengetahuan, semoga Ikhlas

No comments:

Post a Comment