image

image

Monday, August 3, 2015

Putus Sudah?

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”

Riwayat al-bukhari

Huraian:

    Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.

    Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”

    Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.

    Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

    Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.


Hukum memutuskan silaturrahim ( dari blog JomFaham)

Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala, Sebagaimana firmanNya:

Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)

Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

َMaksudnya:


    “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)

2 comments:

  1. Topik ini keluar sebagai, Peringatan

    Kerana kita hidup di zaman yang banyak kemudahan untuk menyambung tali silaturahim, melalui Facebook, my space, forum, blog dan sebagainya jika ada Internet

    Ramai yang ada smartphone dan siap berlanggan dengan Internet, tetapi hal ini Kurang di titik beratkan, itulah ibarat kita ni macam BUIH

    macam tahu, macam ada Ilmu, tetapi tak dapat Akhlak mulia untuk melakukan, itulah Punca pergaduhan, punca tuduh menuduh, punca membanned berterusan, sedangkan tahu kot, sengketa tak boleh melebihi 3 hari

    Jika tidak lagi tegur menegur melebihi 3 hari itu bukanlah seorang beriman ya

    Ini Bukan hal main main tetapi sebab tidak percaya, tidak ingat Allah, sukalah masuk dalam Permainan dan senda gurau keduniaan

    Hanya golongan yang Ikhlas sahaja dapat menilai dan melihat kelakuan masing masing

    semuga Kalian Semua di terima di sisi Allah dan kami bermohon agar Allah meletakkan kalian di sisiNya

    Semuga dapat memuliakan diri kalian yang berakhlak seperti sunnah wal jamaah, ASWAJA

    InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Akibat daripada Rasa Benci yang wujud dari dalam diri maisng masing, itulah punca memutuskan hubungan, sewaktu Nafsu Syaitan menguasai diri, Hal ini tak dapat disangkal lagi

    Jika kita lihat hal Perceraian, Talak tidak jatuh sewaktu Kemarahan Melampau, maksudnya Allah menghendaki kita menjadi manusia beriman yang percaya kepadaNya dan menjadi Waras, Berfikir kerana adanya Hidayah Allah SWT, adanya AlQuran yang Terpelihara, adanya Muhammad SAW itu yang memuliakan sesiapa sahaja yang Dengar dan Taat

    Dunia berinternet kita alami, mudah sangat, untuk jatuh ke dalam kemaksiatan dan kekejian. Kita diberikan peluang mengadakan rangkaian network kita sendiri, akibat kita tidak kenal Darjat Ilmu mereka, mudah sangat kita melupakan bantuan yang telah di berikan, jika idak pun lah, mereka itu lebih tua dari dirimu, apa sudah jadi babe?

    Sesungguhnya Allah itu Maha Benar, Kebenaran itu daripadaNya, Masalah atau pot pet, mainan dan senda gurau, keduniaan itu akibat dari Tangan Sendiri

    ingat idak pesanan Allah
    Janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam Kebinasaan

    inilah yang Di Wajibkan menuntut Ilmu Islam, utamakan Fardhu Ain, itulah jalannya yang dapat menjaga diri

    SubhanAllah

    ReplyDelete