Allah SWT menjelaskan dalam surah
Ali Imran ayat 133 hingga 135 mengenai ciri-ciri insan yang bertaqwa :
Maksud di terjemahkan :
“Dan segeralah kamu kepada
mengerjakan amal-amal yang baik untuk
mendapat keampunan daripada Tuhan kamu,
dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,
yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah,
dan orang yang menahan kemarahan dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.
Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji,
atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah
lalu memohon ampun akan dosa mereka
dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa
melainkan Allah dan mereka juga
tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu,
sedang mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya)”.
Ayat yang baru kita hayati maknanya ini telah menyenaraikan
beberapa ciri orang-orang yang bertaqwa
yang bakal mendapat keredhaan Allah SWT :
Pertama, golongan ini sedia mendermakan harta mereka
baik dalam apapun keadaan mereka.
Golongan dermawan seumpama ini sesungguhnya
tinggi nilai persaudaraan dan kemanusiaannya,
sehingga sedia untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan.
Harta yang dimiliki dimanfaatkan demi membela agama dan
saudara yang berada dalam kesusahan.
Harta berkenaan digunakan demi membangun dakwah,
dikorbankan demi pembangunan keilmuan,
pendidikan dan menjana ekonomi ummah
yang secara tidak langsung dapat menyumbang kepada
kemakmuran masyarakat dan negara.
Harta yang dimiliki tidak terbatas manfaatnya untuk diri dan keluarga,
tetapi dialirkan sebahagiannya demi kepentingan ummah
sebagai amal jariah yang akan terus mengalir
sebagai pahala dan beroleh keredhaan Allah SWT.
Raslullah SAW menyatakan bahawa antara amalan
yang terus mengalir dan terus mengalir walaupun
pengamalnya telah meninggal dunia, ialah harta amal jariah.
Ciri kedua dan ketiga golongan yang muttaqin
yang disebutkan dalam surah Ali Imran itu tadi
ialah orang-orang yang dapat menahan kemarahan
serta sedia memaafkan kesalahan orang lain.
Apabila seseorang dikuasai oleh rasa marah,
syaitan akan mengambil kesempatan,
lalu orang yang marah akan melakukan sesuatu tindakan yang tidak berlandaskan kewarasan, dia akan bertindak berdasarkan emosi,
nafsu dan amarah yang mempengaruhinya.
Apabila keadaan tidak terkawal,
maka akan terlafazlah dari lidah orang yang sedang marah itu
perkataan-perkataan yang tidak mulia,
akan tercetuslah tindakan-tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian
seperti pertelingkahan, permusuhan, dendam,
pergaduhan malah di peringkat yang lebih besar marah boleh mencetuskan peperangan
Ingatlah, orang yang bertaqwa,
sebenarnya tinggi nilai kesabarannya sehingga
dengan kesabarannya itu dia dapat mengawal rasa marah.
Tindakan marah tanpa batasan sesungguhnya
boleh menurunkan imej dan
menjatuhkan kewibawaan seseorang pemarah itu sendiri.
Marah sesungguhnya bukanlah penyelesai kepada masalah,
malah marah dan tindakan emosional boleh menambah kusut masalah yang dihadapi.
Marah juga bukan menunjukkan kuasa dan kekuasaan seseorang,
sebaliknya tindakan marah boleh menurukan karisma atau wibawa seseorang pemimpin.
Sesungguhnya Allah menyukai hamba-hamba-Nya yang bersifat pemaaf
dan sedia memaafkan kesalahan orang lain.
Rasulullah SAW menjadi suri teladan utama dalam segala segi kehidupan
termasuklah keunggulan akhlak Baginda dalam mengasihi
serta memaafkan orang lain.
Baginda pernah dilontar dengan batu ketika berdakwah .
Dalam keadaan itu Baginda SAW mendoakan
“Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku, kerana mereka tidak mengetahui
Ciri keempat golongan yang bertaqwa ialah mereka
yang segera beristighfar dan memohon ampun ke hadrat Allah SWT .
Manusia sesungguhnya tidak sunyi daripada melakukan kesalahan
dan kekhilafan, dan sebaik-baik tindakan orang yang tersilap
dan khilaf ialah dengan kembali memohon ampun ke hadrat Allah SWT
dan berhenti daripada meneruskan perkara-perkara
yang keji dan mungkar yang boleh menjatuhkan mereka ke jurang azab dan kehinaan.
Bertaubatlah kita dari segala kesalahan
dengan taubat nasuha iaitu taubut yang beserta rasa kesal kerana keterlanjuran, berserah memohon keampunan terhadap dosa yang telah dilakukan dan berazam dan istiqamah untuk tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan.
Demikianlah antara empat ciri golongan yang bertaqwa yang dengan mengamalkan sifat-sifat tersebut seseorang akan menjadi mukmin yang bermanfaat terhadap agama, masyarakat, negara dan ummah keseluruhannya
di ambil dari Khutbah Jumaat oleh Ariffin Arif
No comments:
Post a Comment