image

image

Sunday, May 30, 2010

emmmm eeeemmmmmmm eeeeeeeeemmmmm keliru lagi kaaaa? (VI)

ILMU itu hadir terlebih dahulu sebelum hadirnya Kehendak,
maka tentulah Amat SENANG bagiKU,
tentu sahaja DIA yang lebih MENGETAHUI, AKU yang Awal,
AKU yang Akhir, Aku yang zahir, Aku yang bathin,
Aku yang menghidupkan, Aku yang beri penglihatan,
Aku yang beri pendengaran, ..........................ala,
AKU yang menciptakan setiap sesuatu......
.............Aku tahu laaa apa yang di hatimu,

jauhi lah persangkaan,
carilah Ilmu iaitu, Ilmu Ketuhanan, Ilmu Tauhid,
semuga idaklah menjadi seperti Qarun, seperti Haman,
seperti Firaun, atau seperti IBLIS,
atau seperti orang yang tidak berakal,
atau seperti orang yang tak mahu berfikir!

maaf ya, jika dapat ILMU masih terhijab dirimu, ketahuilah,
tak layak kamu kepada nikmatKU,
janganlah kamu menjadi sombong ........
.......Maha suci Allah daripada apa yang kamu persangkakan.

Bagus soalan UMMI

memanglah Mursyid tu Allah,
Dialah yang membimbing Muhammad sallalahu alaihi wasallam,
tiadalah muhammad itu berkata melainkan wahyu belaka.
Yang membimbing kita selain yg Mursyid itu ialah, Ulamak pewaris nabi.
dan juga Orang Yang Mengetahui

dalam menjalani kehidupan, kita berusaha mencari Mursyid,
berjumpa manusia, jika Yang Mengetahui, akan senanglah menghadapiNYA

jika berjumpa yang mengaku, Mursyid, itulah yang bahayanya,

usaha Ikhtiar seseorang itu, sehinggalah,
bila di sebut nama Allaah, BERGETAR lah jiwanya - DADAnya, dirinya,
( ada banyak lagi RAHASIA yang akan terbuka - bila dapat Getaran di dada)

Jika ikut guru saya, Mursyid tu hanya Allah lah,
kerana diri yg mendapat Ilhamnya itu tak akan mengaku
sebagai Mursyid walaupun boleh membimbing orang lain,
kerana Ilham tu suara yg bergetar di dada,
jika suara tu jemu akan lari dari guru,
jika dah dapat, akan ada selalu,
mula mula hanya cubaan dariKU,
semuga dapatlah menilai kebenran,
kerana pesan Rasulullah , jika kamu ikut Al Quran dan sunnah,
nescaya tak akan di sesatkan.

Dalam bahasa lain, AKU itulah Mursyid,
solatlah untuk mengingati AKU,
dan AKU ini dekat, semuga kamu Ingat dan mahu berada di sisiKU

tidak mengapa lah tuan, sebab di kala di uji Musa a.s
dengan khidir tu, musa pun tak sabar, jika kita tentu kata dia Mursyid ke?

Bahawa kebenaran itu dari tuhanmu, Allaah
Rasulullah dalam kisah pertanyaan yahudi tu,
kena permainkan oleh yahudi,
kerana Mursyid tak beri jawapan segera,
menunjukkan yang kita manusia biasani, semuga hati hatilah,
takkan kita lagi canggih dari nabi Allaah kan.

apa apa pun, jika dapat dengar suara dalam Fuad tu,
banyak Rahsia kebesarannya terbuka,
tentu saja nak taknak, airmata yg mengalir,
dan 'pijak semut tak mati' lah dia.

maaf ya, saya tak ada quote, katabicara dari sesiapa.

tiap tiap diri adalah pemimpin, maka perhatikan pimpinanmu.


Kenal diri, nanti akan kenal Allah dan Guru Mursyid ,
adalah terlalu erat persaudaraannya, terlalu rapat perkaitannya, .................

cahaya >> konsep Brahma mencari diri, nanti akan temui, Cahaya yg tersangat indah >> cari 'Altman'

Cahaya bagi umat Islam = Ilmu ( ini berkaitan diri)

contoh: Orang yang hafal al Quran, mengerti mana suruhan,
mana larangan, apa pesanan, apa kiasan cerita dari umat terdahulu,
maka kemana pun dia berada, tentulah al Quran yang ada dalam dirinya itu,
berbual dengannya. Membimbing dirinya menjalani kehidupan.
( nabi pesan, jika kamu ikut al Quran dan sunnah ku dan sahabt ku , nescaya kamu tak akan sesat )

jangan lah lihat diri kita yang lemah dan mengalah,
sebaliknya, ambil pengetahuan, belajar memahami,
ber guru, semuga berjayalah diri hidup mengikut al Quran dan sunnah .
bukan sekadar slogan.
Ingat ya, muhammad tu maksum, terpelihara, tatkala di tanya akhlaknya bagaimana, aisyah r.a menjawab, itulah al Quran.

jangan lah terlalu lama berada didalam PROSES,
berusahalah menjadi "OUTPUT" atau PRODUK yang terbaik,
universal, menjadi Cahaya, yang menyuluh jalan ,
membimbing diri mu sebagai PEMIMPIN, dan memimpin ahlimu,
semuga menjadi Jiwa yang tenang, dan kembali padaNYA.
dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
Maha suci Allah daripada apa yang di persangkakan.

jika melihat kepada Muhammad ben Abdullah tu, apa yang dia tak jadi?
macam mana pula gelarannya, bukan sekadar al-amin kan,
itulah Hebat, banyak nama, banyak gelaran, leader, macam macam boleh,
org mintak syurga, boleh beri, nanti akan jadi syafaat
tapi........dia tu pilihan, di anugerahi

bukankah kita di suruh, di Ingatkan, .................
........redhalah Aku, Muhammad itu menjadi sebaik baik ikutan bagi kamu

dah terlalu pandai berkata kata, tak ter sedar kot??

kesimpulannya:

bahawa yang di namakan Mursyid dan boleh membimbing manusia dan jin itu,
adalah yang tak tidur, tak lena, tak mengantuk, tak lupa, tak lalai,
Yang Maha Mengetahui, Yang Menghidupkan, Yang menyembuhkan,
Yg Memberi penawar - boleh hadir dalam diri manusia,
kerana dialah diri sebenar diri - bersuara mengingatkan kamu,
bersuara menceritakan kepada kamu,
bersuara memberi jawapan kepada kamu -
pendek kata >> belum pergi dah balik, belum tanya dah jawab,
di pegang terasa, di panggil menyahut,
itulah AKU, itulah ILMU sebenar benar ILMU segala Tahu,
dialah Mursyid, dialah diri sebenar diri,
tentulah boleh Mikraj ke mana sahaja, boleh secara ghaib,
boleh secara zahir dan bathin.

adapun yang mengaku itu, tak mengapalah ya, nanti dah mati ketahuilah siapa sebenarnya.

tidak berhajat hendak menafikan pengetahuan lain orang,
tetapi, begitulah ya, suara yg hadir nanti bukan di telinga,
tetapi dalam DADA, itulah yg sufi berkata, dalam dada ada qalb,
dalam qalb ada fuad, dalam fuad ada syaqaf, dalam syaqaf ada lubb,
dalam lubb ada sirr, dalam sirr ada .........AKU.
jika dah bertemu, akan tenang tenteram lah diri,
mudahlah bagi ku, demikianlah adanya

bagaimana pun, di dalam usaha untuk sampai kepada AKU,
adalah di jumpai bisikan di telinga.
taraf jin Islam pun yg alim alim juga, maulana dan sebagainya,
ramai dari kalangan bunian, iaitu jin islam.


seterusnya level di bawah bagi manusia kebanyakan,
jika ada bisikan di telinga tu, daripada jin syaitan.
dan syaitan itu berlari dalam darah anak adam,
menjadi punca penyakit, Allah berhajat menguji, mahukah Ingat NYA.

jadi berusahalah, maksudnya, selagi belum dapat merasa Bergetar dada,
pabila di sebut Allaah, hendaklah berusaha mencapainya,
itu baru Mukmin sebenar,
bila saja mendengar sebutan Allah, bergetarlah dada nya,
dalam dada nabi beritahu, taqwa, semestinya jika sadar kedekatan AKU
.

maaf ya, perkara ini, di marahi guru..........
... tak di benarkan cerita kepada orang awam.
bagaimana pun bagi mereka yang ingin mencapai cinta kepada Allahu,
hal ketuhanan, hal diri sebenar diri,
semuga............ dapat pelajaranya, dan jauhilah persangkaan.

jika berjaya mendengar suara AKU,
dapat miliki ILMU nya maka tentu sahaja,
akan terbuka Rahsia KebesaranNya.

kita, sepertimana nabi musa a.s, tak akan mampu melihat Allah,
sebaliknya, berusahalah agar Allah melihat kita,
baru dapat diterima berada disisiNya,
dan Allah juga beritahu; Lihatlah ayat ayat KU, lihatlah alam luas terbentang, lihatlah dirimu, bila dia yang menghidupkan, di manakah DIA, bila Dia yang menciptakan segala sesuatu, di manakah Dia.

AKU dekat.........

betullah tu kan, diri sendiri yg masih berselimut,
selimut itu menghijab dirinya,
oleh itu, wahai yang berselimut, bangunlah .............sucikan dirimu, Tuhanmu agungkanlah

best wooo, makrifah ni > berlapis lapis juga sptmana, alam 7 lapis, hanya yg tahu dgn tahu la tahu

ramai sptnya ayahpin, kerajaan langit alam jin, sian la kan, ada sangka dia tuhan.......kuasa dari siapa.

lihat pula suluk sendiri, buat amal sendiri bukankah, selalu di kata, syaitan jadi guru

ada ke zaman sunnah, org duduk, ulang zikir yg 500 kali, 1000 kali atau ribu2 bilangan

sendirilah fikir, ya, dakwa dakwi sakit hati, tak sedar diri kena buli, ingat pandai selalu lalai, tanya orang tapi jarang jarang, apa apa pun, hampir mati pun kena duga lagi, kenal ke ibubapa sendiri, syaitan dtg berupa mereka

betulke alam ghaib kita masuk tu, kita lihat indah alam siapa, bukankah berlapis lapis, tetapi yg bagaimana

huhu pelik aaa, apa merepek ni

4 comments:

  1. Eden suke kek lapeh. Lg byk warna, lg menarik. Mcm dunia ni jugak le, kalau asyik filem tu jer, mesti boring. Nak gak ader citer kombat2, kartun dll. Barulah meriah. Bkn senang nak jd senang, bkn syurga dan pahala jd taruhan. Amalkan dlm perbuatan, sebatikan dlm adam. Jgn pahala dan syurga di minta balasan setiap perbuatan. Bkn keje kite itu semua. Kita buat keje kita, tahulah Dia mengatur segalanya. Eden nak g mkn kuih lapeh jap. Selamat berfikir...

    ReplyDelete
  2. Maaf ye tuan umah. Eden nie suka menyebuk jer. Masuk umah org buat cam umah sendiri . Nak mengajar tak mampu, nak buat blog tak reti, menyibuk itulah ajer perkara yg reti.

    ReplyDelete
  3. mushi.. mushi..
    berkenan la plak dgn cerita2 en dol nih..
    kalo en dol layan citer bleach and naruto, saya plak layan citer one piece.. best jgk citer nih..
    walopn suma ni citer jpoon, ilham yg depa dapat ntuk bt citer2 ni, mai dari Dia jgk.. isk2.. hanya Dia saja yg berhak..

    ReplyDelete
  4. terbaik....teruskan berposting wahai bro yg berserta AKU..

    ReplyDelete