HADIS 19 - dari kitab hadis 40 an nawawi
عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: آُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ: (( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ آَلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْ كَ
بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَ مْ
یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ )) رواه الترمذي وقال
حدیث حسن صحيح، وفي روایة غير الترمذي (( اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي
الرَّخَاءِ یَعْرِفْكَ فِي الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ یَكُ نْ
لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ، وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ یُسْرًا))
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari,
lalu Baginda bersabda kepadaku:
Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah:
Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu.
Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu.
Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah.
Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.
Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul
untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu,
mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat
kecuali dengan suatu perkara
yang memang Allah telah tentukan untukmu.
Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu
dengan suatu mudharat,
nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu
kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu.
Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi.
Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.
Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:
Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau.
Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah.
Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu,
ia tidak akan menimpamu.
Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu.
Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran,
terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan
dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Menjaga Hak Allah, Allah akan menjaga kamu:
melaksanakan segala suruhan, meninggalkan semua larangan.
Allah akan menjaga kemaslahatan duniawi - kesihatan/anak/keluarga/harta.
dipelihara din & iman dari syubhat yang menyesatkan/perkara-perkara haram.
2) Pertolongan & bantuan Allah kepada Orang yang bertaqwa:
jaga hak Allah pada diri dan keluarganya - menepati Quran dan Sunnah.
dalil bantuan/Allah bersama (an-Nahl : 128),(at-Taubah : 40),(al-Mujadalah : 7 ).
3) Meminta pertolongan hanya pada Allah:
memohon pertolongan dalam melakukan ketaatan/ meninggalkan maksiat
nota al-merapu:
cuba kalian amati ya, apa yang saya coretkan di halaqah.net
apakah ada yang mengelirukan?
intipati ajaran yang ada menuduh, saya Jabariah?
cuba ya memahami apa maksud hadis di atas tu
silakan komen ya, jangan cakap di belakang
tak ada isi ke?
semuga mendapat pelajaran, sama sama
No comments:
Post a Comment