Apa itu sunnah? sunnah ialah tauladan orang terdahulu
Maksudnya Perbuatan dan Perkataan dari orang terdahulu, Pengalaman mereka
Pada DIRI Muhammad itu ada Ikutan yang baik bagi kamu - itulah tauladan dariNya - kemuliaannya
Diri Patut IKHLAS - amalan tanpa Ikhlas, adalah sia sia
La ilaha ill 'allah - ucapan terbaik, ingatan terbaik, paling tinggi, termulia
MengESAkan Allah, Menauhidkan Allah, Termulia yakni Sentiasa berserah Allaah
Aku manusia seperti kamu, aku berpuasa dan berbuka, aku menikah dan beribadah, aku bersilaturahim bersama manusia lain - lalu ada yang bertanya: adakalanya tuan berpuasa berterusan? Dia menjawab, Allah memberi daku makan
Jawapan Allah memberi daku makan ialah Bukti, suci murni DIRI, BERSERAH ALLAH
Rasulullah, Tiadalah ia berkata, melainkan wahyu belaka, adalah Bukti Termulia, Darjat paling tinggi, dan itulah patut menjadi Ikutan Yang Terbaik, Termulia daripada setiap diri
Sebaliknya, di takdirkan bagi Kita Semua:
"Sungguh kamu akan mengikuti sunnah-sunnah (perjalanan-perjalanan) orang
yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta
sehingga sekiranya mereka memasuki lubang dab (serupa binatang biawak)
nescaya kamu memasukinya juga." (Hadith riwayat Muslim)
Menanggapi Takdir tersebut kita kenalah
"Barangsiapa menjalani suatu sunnah (perjalanan) yang baik, maka baginya
pahala sunnah itu dan pahala yang mengerjakan dengannya hingga hari
qiamat, dan barangsiapa mengadakan suatu sunnah (perjalanan) yang jahat
(buruk) maka atasnya dosanya dan dosa orang yang mengerjakan dengannya
hingga hari qiamat." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
"Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu
sesat selama kamu berpegang dengan keduanya: iaitu Kitab Allah dan
Sunnah Rasulnya". (Hadith riwayat Malik)
1. Contoh sunnah (hadith) perkataan ialah:
"Segala 'amal itu dengan niat." [Riwayat Bukhari, Muslim dan sekelian
ulama' hadith]
2. Contoh sunnah (hadith) perbuatan ialah:
"Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
3. Contoh hadith (sunnah) taqrir. Taqrir ialah: (a) Nabi SAW
membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat dengan tidak
mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan keredaannya; (b) menerangkan
kebagusan yang diperbuat itu serta dikuatkan pula.
Contoh yang pertama ialah sebagaimana Nabi saw membenarkan ijtihad para
sahabat mengenai urusan sembahyang 'Asar di Bani Quraizah dengan
sabdanya:
"Jangan bersembahyang seorang kamu melainkan di Bani Quraizah." [Riwayat
Bukhari]
Sebahagian sahabat memahamkan perkataan itu menurut hakikat larangannya
lalu menta'khirkan sembahyang 'Asar itu sampai selepas Maghrib. Dan ada
sebahagian yang lain tidak memahamkan demikian, mereka memahamkan bahawa
yang dimaksudkan nabi bercepat-cepat pergi ke Bani Quraizah. Kerana itu
mereka mengerjakan sembahyang 'Asar pada waktunya, sebelum tiba ke Bani
Quraizah.
Kedua-dua perbuatan sahabat yang berlainan oleh berlainan ijtihad sampai
kepada Nabi saw beritanya, dan Nabi saw tinggal berdiam diri tidak
membantah apa-apa.
Contoh yang kedua sebagaimana yang diriwayatkan bahawa Khalid bin Walid
pernah memakan dab (serupa binatang biawak) kemudian dikemukakan orang
kepada Nabi saw. Nabi saw sendiri enggan memakannya, maka bertanya
sebahagian sahabat:
"Adakah diharamkan makannya ya Rasulullah? Lalu ia bersabda: Tidak! cuma
binatang itu tidak ada di negeri kaumku, kerana itu aku tidak gemar
kepadanya."
Selanjutnya pernah juga dinamakan sunnah itu suatu yang ditunjuki oleh
dalil syara', baik berdasarkan dalil Qur'an atau pun berdasarkan hadith,
mahu pun berdasarkan ijtihad para sahabat, seperti mengumpulkan mashaf
(Qur'an) dan menyuruh manusia membaca menurut suhuf 'Uthman, dan seperti
membukukan ilmu (menyusun dan mengarangnya).
Lawan dari sunnah ini ialah bid'ah, inilah yang dimaksudkan oleh hadith:
"Berpeganglah kamu sungguh-sungguh dengan sunnahku dan sunnah
khalifah-khalifah yang mendapat pertunjuk sesudahku." [Abu Daud &
Tarmizi]
Sementara itu ulama' fiqh berpendapat, bahawa suatu yang diterima dari
Nabi saw dengan tidak difardukan dan tidak diwajibkan dinamakan sunnah.
Imbangannya ialah wajib, haram, makruh dan mubah. Lawannya ialah bid'ah;
talak yang dijatuhkan dalam haid menurut mereka dinamakan: talak bid'ah.
Ulama' Syafi'e mengatakan bahawa sunnah itu: ialah suatu yang dipahalai
orang yang mengerjakannya, tidak disiksai orang yang meninggalkannya.
Menurut ulama' mazhab Hanafi, sunnah itu: ialah suatu yang disunnahkan
Nabi saw atau para khalifah serta dikekalkan mengerjakannya, seperti
azan dan berjama'ah.
No comments:
Post a Comment