Hadis Nabi SAW Mengenai Fitnah (Kekacauan) Menuju Hari Kiamat
Di Dalam sebuah hadis,Riwayat Abu Bakar r.a katanya :
Berkatalah Rasulullah s.a.w "Menjelang kiamat,akan berlaku banyak fitnah (kekacauan), ketahuilah akan berlaku satu fitnah(kekacauan) yang teruk. Bila berlakunya kekacauan yang teruk itu, orang yang duduk (tinggal dirumahnya) lebih baik daripada orang yang berjalan (untuk pergi ambil tahu), Orang yang berjalan (pergi ambil tahu) lebih baik dari orang yang berlari (untuk terlibat dalam kekacauan tersebut). Ketahuilah,jika ditakdirkan fitnah itu berlaku ketika zaman kamu masih hidup, maka sesiapa yang ada unta maka sibukkanlah dirinya dengan mengembala unta, kalau kamu ada kambing jagalah kambing kamu itu. Sesiapa yang tidak ada unta dan tidak ada kambing tetapi dia ada tanah,maka sibukkanlah dirinya dengan membuat kerja tanah (bercucuk tanam,dsbgnya).
Kata Abu Bakar: Seorang lelaki bangun dan bertanya kepada Nabi s.a.w "Ya Rasululllah, bagaimana pula sekiranya orang itu tiada unta, tiada kambing dan tiada tanah untuk disibukkan pendek kata dia tiada kerja untuk dibuat?"
Maka berkatalah nabi s.a.w :" Jika dia tidak ada apa-apa untuk disibukkan bagi dirinya akan sesuatu, maka pergilah ia ambil pedangnya lalu tetakkanlah pedang itu ke batu agar ia menjadi sumbing, tumpul dan rosak kemudian dengan sedaya upayanya hindarkan diri dari terlibat dengan fitnah itu" kemudian nabi s.a.w bersabda : "Ya Allah,aku sudah sampaikan apa yang kamu suruh. Ya Allah,aku sudah sampaikan apa yang kamu suruh. Ya Allah,aku sudah sampaikan apa yang kamu suruh"
Lalu bangun seorang sahabat bertanya :"wahai rasulullah, bagaimana pula jika aku dipengaruhi oleh salah satu dari puak-puak yang berbalah itu dan aku terpengaruh dan aku turut serta di dalam perbalahan itu dan aku ditetak oleh puak yang satu lagi itu atau aku terlibat sehingga aku terkena anak panah dari puak yang satu lagi itu dan aku terbunuh di dalam perbalahan itu, Ya Rasulullah?
Maka jawab Nabi s.a.w : " Si pembunuh itu akan kembali ke Akhirat memikul dosa kamu dan dosa dirinya sendiri (akibat pembunuhan itu) dan dia akan jadi ahli neraka"
Hadis ini Hadis Sahih riwayat Imam Muslim
Peranan Kita Masa Kini
Jika kita telitikan, masa itu, masa Fitnah dan Kekacauan, kita yang ada senjata, kena patahkan, tumpulkan agar tidak kita gunakan untuk mengHukum orang lain. Maka Perhatikanlah, apakah berakal jika menyertai ISIS? atau masuk dalam Permainan dan Senda Gurau politik kepartian dalam sistem Demokrasi?
Kejayaan hanyalah apabila dapat Taat dan Dengari Perentah Allah ikut Cara Rasulullah
Jika kita turuti Bidaah dan Jalan senda gurau, itu hanyalah amalan yang sia sia sahaja
Jalan Yang Lurus itu sudah ada Tauladannya
Jalan Yang Allah redha itu sudah ada Tauladannya
Ikutan yang baik itu adalah mengikut Sunnah Rasulullah dan Sunnah khulafak ar rasyidin
Pemikiran yang liberal itu adalah menurut kesesatan Yahudi dan Nasrani
Sedangkan Islam itu adalah menurut Kitab Kitab Allah, yang Terkini, yang telah di Kemaskini oleh Allah, di berikan kepada Rasulullah SAW
Rasul SAW dan para Nabi Allah itu membawa Islam, sejak daripada nabi Adam a.s
Kesesatan ialah, menyangka nabi nabi itu membawa Yahudi atau Nasrani
Ramainya nabi nabi dari kalangan bani Israil itu, membawa Islam
Begitu juga Nabi dan Rasul saw, nabi ISA al masih juga membawa Islam
Islam ialah menauhidkan Allah. Nabi dan Rasul itu, tiap seorangnya ada membawa Syariat untuk situasi dan kondisi ia berada. Dan Allah telah redha dengan Islam yang di sampaikan kebenarannya oleh Muhammad SAW
jika sudah sempurna lah Islam yang di sampaikan oleh Muhammad, apakah perlunya Liberal?
demikianlah, kesesatan yang di ikuti, menurut situasi dan kondisi semasa tanpa merujuk kepada Allah dan RasulNya, tanpa merujuk kepada AlQuran dan Sunnahnya
sendiri lah, Fikirkan, jika berakal, mahukah berfikir?
subhanAllah
Sampaikan lah Islam, dengan Jujur dan Beramanah, menjaga Kesuciannya
ReplyDeleteSemuga Allah menghidayahkan Keselamatan dan Kemudahan
Lihatlah Kebenaran, kamu ketahuilah Kebenaran dengan melaihat kepada AlQuran dan sunnah, agar kamu masuk ke dalam golongan mukmin, yang bertolong tolongan didalam kebaikan, didalam kebajikan
Jika kamu mengaku Islam, tetapi kamu tidak mengetahui, kamu boleh jatuh ke dalam golongan munafik dan Kafir, yang bertolong tolongan didalam maksiat dan kekejian dan mungkar
itulah pentingnya bermohon kepada Allah Kemudahan dan Keselamatan
dan Janganlah menjadi keluh kesah dengan Keduniaan dan makhluk
subhanAllah
Hadis di atas juga boleh menjadi tambahan kepada hadis Islam akan kembali terasing
ReplyDeleteTerasing kerana yang mahu amalkan Islam secara benar betul hanyalah sedikit
ada lagi hadis yang jika mahu selamatkan diri, kena genggam erat bagai mengenggam bara api, juga gigit kuatlah dengan geraham kamu,
juga larikan diri, duduk jauh di hujung hujung kampong
sebab itu Ilmu Islam juga beransur hilang, siapa tahu maksud ini, wajiblah mencari Ilmu juga mencari Mursyid juga mencari Orang yang tahu yang berzikir kepada Allah, yang Cukuplah Allah bagi ku