image

image

Wednesday, January 14, 2015

HasbunAllah .....................

Cukup lah Allah - bagi kita
Maksudnya - Ikhlas lah Tauhidnya


Kelakuannya terjaga, terpelihara, tidaklah Keluh Kesah, Tidaklah Dengki Khianat, Tidaklah MengUmpat Mengeji, Menuduh dengan persangkaan itulah maksudnya tiadalah sifat sifat Keji dan maksiat serta mungkar pada diri yang Ikhlas menauhidkan Allah


zaman kita kini, ucapan sekadar di bibir saja, sekadar nyanyian, di lagukan dalam masjid dan serata tempat, ada yang menari nari tanpa sedar maksudnya


Beruntunglah mereka yang memahami apa yang tersurat juga yang tersirat, mengetahui syariat juga hakikatnya, bila Allah menghidayahkannya kebenaran, tentulah mereka bersyukur tanpa ada keluh kesah dan komplen

HasbunAllah waNikmal Wakil, ucapan wujud secara Ikhlas secara automatik bagi yang Ikhlas menauhidkan Allah, Ucapan untk menuju ke Darjat tersebut ialah, Lahaulawalaquwatailla billah
Menyandarkan segala yang berlaku itu kepada Allah, Yang Maha Menciptakan Segala galanya, Setiap sesuatu

InshaAllah Terpeliharalah diri yang mencapai Darjat tersebut, Yang diHidayahkan Allah kepadanya
Maka tentulah ia tidak masuk ke dalam DUNIA ibarat Permainan dan Senda Gurau, tidaklah ia masuk melakukan Bidaah tanpa sedar

Golongan Politik Kepartian pula, melakukan berbagai kesalahan, menyalahi Ahli Sunnah dan Berjamaah - Saling Tuduh Menuduh, Keji Mengeji, Salah menyalahkan. Dan ada yang suka pula Menghukum- Masalah menimpa diri adalah akibat Tangan kamu sendiri

Sedangkan Kesucian Islam itu, memperbaiki, Correction, Saat ini adalah lebih baik daripada saat yang sudah berlalu. Kerana suka Menghukum, tanpa Keadilanlah, maka Sistem Islam itu di tukar ganti kepada sistem demokrasi.

Sekiranya Umat Islam mahukan Hudud dan Qisas, hendaklah menyempurnakan Akhlak Yang Mulia, sentiasa Ingat Allah barulah  Islam menjamin Keadilan

Bukankah tiadalah muhammad SAW itu di utus melainkan untuk menyempurnakan Akhlak yang Mulia - Cukuplah Allah bagiku- walau karihal kafirun, walau karihal Munafiqun

Demikianlah, Kesucian Islam itu
Allah Telah Redha Muhammad SAW menjadi Ikutan yang baik bagi manusia
Islam menjadi Cara Hidup, Jalan kehidupan yang Allah Redha
Allah menjadi Rabbi yang ESA


SubhanAllah
Wahdahu laa Syarikalah

HasbunAllah waNikmal Wakil, waNikmal maula wa Nikman Nasiir



 

3 comments:

  1. Jika kamu suka Mengeluh, suka marah marah, suka cerita aib diri, suka minta pendapat lain orang bila di Uji Allah dengan Kegelapan, Kekeluargaan, Kekuasaan serta Harta benda, menjadikan hidupmu keluh kesah, itulah maksudnya, Allah itu belum Wujud Kekuasaan kepada dirimu, kamu tak ambil pelajaran dari Ilmu Tauhid, bila kita mengaji ilmu Tauhid, kena wujudkan Perasaan,

    Dalam Tarikat menyatakan, bila dah sampai makam Merasa sendiri, itulah sebabnya di wujudkan "suluk" beri masa duduk berkhalwat lillahi, billahi, wallahi, semuga datang HidayahNya, dengan Kasih Sayangnya, dapatlah berMesra denganNya

    Ketidakkecukupan Perasaan, terhadap Allahu Akbar walillahil hamd, itulah membawa diri melakukan Bidaah, tidak mahu Dengar dan Taat kepada sunnah, kepada AlQuran, suka mengata, suka komplen, suka berleter, mengeji, menuduh

    sepatutnya, Cukuplah Allah bagiku, laahaulawalaquwatailla billah
    Allah hendak menguji daku
    SubhanAllah

    ReplyDelete
  2. rasa CUKUP atau Tidak cukup itu tergantung Ilmu daripada Hidayah Taufik daripada Allah Subhanahu WaTaala

    Hidayah Bayan ialah apa yang di sampaikan oleh manusia, orang lain kepadamu, yang dapat kamu baca daripada tulisan tulisan tertentu, yang Allah memahamkan kamu, atas ketulusan penulisan dan ketulusan niat pembaca, subhanallah

    demikianlah daripada apa yang dapat di ambil daripada ayat ayat Allah

    sembah lah Allah dengan ketulusan, Tulus mulus hati, lillahi Billahi Wallahi

    ReplyDelete
  3. Para Sahabat Rasulullah, Dengar dan Taat kepada Rasulullah SAW dan Allah

    Bila ada masalah, cukup dengan mendirikan solat 2 rakaat, selesailah masalahnya
    Dapatlah ketenangannya

    Jika kamu Bertakwa, dan Bertawakkal kepada Allah, Allah memberikan kamu, Jalan Keluar yang kamu tak sangka, dan tak terfikir

    Demikianlah jika mendapat Peliharaan daripada Allahu Robbul Jalil

    Silakanlah ya

    ReplyDelete