image

image

Monday, March 9, 2015

Mencari Keredhaan Allah

Keredhaan Allah itu kena lihat ayat ayat Allah
Allah telah berfirman, Redha lah Allah menjadi RABBI kalian, Islam menjadi cara hidup kalian, dan Muhammad menjadi Ikutan yang baik bagi kalian

Sewaktu ayat ini di turunkan, ada sahabat yang gembira, tak kurang yang bersedih
Bila ada yang bertanya, kenapa kamu bersedih, di jawabnya, dah sampailah masa Rasulullah muhammad SAW akan meninggalkan kita. selepas itu ada yang menangis dan terus menangis

Sampai waktu kini, Tangisan tidak kedengaran lagi, manusia sudah menjadi Bebal dan Kebal

Dapatkah mengingat?
Untuk mendapatkan keredhaan Allah
Hendaklah Masuk ke dalam Islam, keseluruhannya
sebagai mana pernah sahabat muhammad SAW katakan: kami Dengar dan Taat
Ingat idak kata kata berikut: Kejayaan hanyalah bilamana berjaya Taat Perentah Allah Ikut Tauladan Muhammad SAW
Ini yang Ulamak dahulu kala simpulkan,
Syahadah itu bermaksud, Dengar dan Taati AlQuran dan Sunnah sunnah Muhammad SAW dan khulafak ArRasyidin

Umat kini berpecah mengikut 73 jalan, Jalan yang Selamat hanya satu
iaitu Jalan Ahli Sunnah dan berjamaah

Allah Redha, bila kita menauhidkan Allah dengan menyebut nyebut kalimah paling tinggi kedudukannya, iaitu kalimah tauhid, La ilaha ill'allah
Allah redha dengan kita menjadikan Islam itu Cara hidup, cara kehidupan kita, Islam yang Muhammad SAW tauladankan itu sudah sempurna, sekiranya sudah sempurna, ianya seperti Acuan, mudahlah kamu untuk membuat produksi kamu, memuliakan diri kamu
Allah redha Muhammad SAW itu menjadi Ikutan yang baik bagi kita
Tiadalah Muhammad SAW diutus melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia

Kemuliaan datang pada diri kamu jika kamu telah di redhai Allah
Namun harus di ingat, Syaitan tetap akan menentang kamu
Yang menentang para nabi, adalah syaitan syaitan jin dan syaitan syaitan manusia
yang membisikkan kelalaian - Allah hanya membiarkan, kerana Allah mahu Lihat, Siapakah yang benar benar Ikhlas menauhidkan Allah
Demikianlah, maksud Ciptaan Allah, masing masing ada Tugasan masing masing
Manusia sebagai Khalifah Allah di bumi, Tadbirlah diri kamu masing masing agar berakhlak mulia dapatlah menerangi cahaya dimana pun kamu berpijak
La ilaha ill'allah itu menafikan makhluk tak ada kuasa, tak ada kekuatan, lemah di hadapan Allah, Ingatlah Allah pastilah kamu tidak menjadi Munafik dan Kafir

InshaAllah
SubhanAllah wahdahu laa syarikalah




1 comment:

  1. Allah sudah redha Muhammad SAW menjadi ikutan manusia dan Jinn yang mahu kepada kebaikan

    Itulah sahaja jalannya jika benar kamu mahu mencari keredhaan Allah

    Yang Ikhlas sahaja yang di terima Allaah
    tentulah yang menauhidkan Allah

    Janganlah kita mensyirikkan Allah, apatah lagi ingin murtad, ujud saja keinginan beri maksud kamu sudah terkeluar dari keikhlasan

    silakan ya

    ReplyDelete