image

image

Tuesday, January 27, 2015

MULIA

Rasulullah SAW adapun Muhammad SAW itu paling Mulia Akhlaknya
Dan diredhai Allah Apabila Allah menyatakan, pada diri muhammad SAW itu adalah Ikutan yang baik kepada Umat Islam

Jika dapatlah kamu Hidayah Allah dapatlah Pengetahuannya
Mulianya Muhammad SAW itu, menjadikan Allah Rabb yang ESA, dan Islam itu menjadi pakaian Taqwanya

Sekiranya kita mahukan Kemuliaan, begitulah maksudnya, hendaklah kita menurut dengan mendengar dan taat kepada sunnah muhammad SAW serta sunnah khulafak ar rasyidin

Hendaklah kita Menauhidkan Allah, Beriman dan Beramal soleh
Hendaklah kita Menghormati IbuBapa, dan berbuat baik kepada mereka, termasuklah kepada Orang Alim, Orang tua tua, dan Pemimpin Umat Islam
Hendaklah kita membalas dengan yang lebih Baik, daripada segala yang kita terima
Maksudnya, Kejahatan lain orang itu kita maafkan, dan kita membalaskan kebaikan, pesanan, dan menyampaikan kebenaran Islam dengan jujur, demi menjaga kesucian Islam

Adalah satu Kesilapan jika menurut nafsu, membalas dendam, terhadap kesalahan lain orang
Perbuatan sedemikian adalah milik ahli neraka, ada kisahnya dalam Perang Syahid

Tindakbalas manusia di zaman ini, kebanyakannya, membalas dendam dan tidak menurut Sunnah
Sebab inilah, walaupun melakukan amalan Ibadah Islam, ada yang mendoakan keburukan
Sepatutnya, kita mendoakan agar Allah menghidayahkan kita, Jalan kebaikan, Jalan kemudahan agar kita dapat Ikhlas, bergantung Harap kepada Allah Yang Maha Kuasa Atas Setiap Sesuatu

Apabila kita ingat, Kuasa kita lah patut membalas maka di situlah kegagalannya
Kerana bila kita ingat Kuasa kita lah, Kita ikut kelakuan Qarun, yang menyatakan atas kekuasaan dan kepandaiannyalah dapat ia mengumpul harta, itulah punca di Telan Bumi, atas Kesombongannya, mengaku dirinya berKuasa

Kisah Perang BADAR, bagaimanakah kelakuan 313 Pejuang Islam, mereka meminta nabi SAW, memohon kepada Allah agar memberikan Bantuan kepada mereka, Dan Rasulullah bersungguh sungguh memohon kepada Allah, dengan Bantuan Allah, Golongan 313 ahli Perang Badar dapat mengalahkan Kekafiran dan Ahlinya yang seramai 1000 orang

Walaupun Allah memerintahkan agar Umat Islam, Bersedia menghadapi Peperangan
Hendaklah kita bersedia dan menyiapkan diri, berkeyakinan, Kepada Allah

Kita lihat Bagaimana Khalifah Omar Al Khattab, menilai perajuritnya, yang beramal, membaca AlQuran, dan Bertahajud, itulah yang di ambil menjadi Perajurit untuk membuka Baitul Maqdis
Maksudnya, hanya Golongan Yang Merasa, Cukuplah Allah bagiku yang layak menyertai Perang Jihad

Cukuplah Allah bagiku, Ikhlaslah diri itu, hanya menyampaikan Kebenaran Islam, dan bertawakkal kepada Allah

Barulah Kelakuannya, menjadi Mulia, berakhlak walaupun dalam Peperangan

SubhanAllah

1 comment:

  1. Apabila Allah memerintahkan, Masuklah kamu ke dalam Islam, keseluruhannya
    Itulah Petandanya, kita tak boleh main main dan bersenda gurau, dalam menangani Kebenaran Allah

    ini sebabnya Allah menyatakan kepada Muhammad SAW, Dunia hanyalah permainan dan senda gurau, buang masa dan senda gurau

    Bagi memenuhi, Perasaan, Cukuplah Allah kepada ku, Ucapan paling Mulia ialah "laailahaill 'Allah" Perkara Ketuhanan kenalah selalu di sampaikan, di ulang ulang, kerana bila di ulang ulang itulah mencapai maksud orang beriman yang beramal soleh, tidaklah rugi sia sia

    Sekiranya kamu menolak, kelakuan sebegini, bersedialah dirimu, untuk di uji dengan kesesatan, samada melalui pekerjaan kamu, melalui amalan kamu dan kamu akan tanpa sedar melakukan, menjadi agen Syaitan, Nafsu mu menyukainya

    Silakan ya, wahai orang yang beriman, Peliharalah dirimu, dan ahli keluarga kamu, daripada siksa api neraka
    Dan kamu tidak menanggong dosa lain orang, sebaik baiknya, lakukan segalanya dengan Ikhlas

    InshaAllah

    ReplyDelete