image

image

Sunday, October 24, 2010

Ilmu Tauhid dan Rawatan Diri

sesungguhnya kedatangan Rasulillah, membawa cahaya/ ilmu/ ke seluruh alam
termasuklah alam manusia serta alam jin

namun sebagai tauladan kepada umat
baginda terpaksa menunjukkan perlakuan yang tak sepatutnya,
sebagai penunjuk tauladan kepada kita

kita lihat ada puak yang mengeji nabi muhammad, kerana lebih melayan golongan bangsawan Quraish, sedangkan ketika itu, abi makhtum sedang beria ia ingin bertanya kan baginda.

kisah itu keluar ceritanya di dalam wahyu. Allah hendak mendidik kita
di tunjukkan perlakuan yang tak sepatutnya
di ceritakan, yang sepatutnya bagaimana, di seru kita jangan pandang 'bulu' menyampaikan dakwah

atas sebab serupa, baginda kena sihir, baginda kena penyakit, demam, dan lain lain sebagainya. Malahan sengaja di lalaikan terlewat bangun , terlepas subuh pada waktu sepatutnya, semunya terpaksa di lakonkan oleh baginda, di pertunjukkan, agar menjadi tauladan

jadi maksud tulisan ini
hendak menyatakan kepada anda, jika kita berjaya mendapatkan Ilmu Tauhid
menyakini Allah Taala

bukan maksud kita berlawanan dengan sunnah
sebaliknya semua itu kurniaan Allaah
kepada yang mengetahui

sebalik Allah menyediakan dua jalan
satu jalan Allaah
satu lagi jalan Nafsu

Jalan Allah dengan Ilmu dan pimpinan Nya

Jalan Nafsu dengan Persangkaan sahaja

ketahuilah ya, apa bezanya

keyakinan boleh di miliki, satelah mengetahui caranya

yakinlah Allah, Mengetahui apa terkandung di hati, Allah yang menghidupkan,
Allah yang Awal dan yang akhir, Allahu yang Zahir mahupun Yang Bathin.

telitikan al Quran

pasti anda menemuinya

sebab itulah sesiapa yang telah menemui kami, di berikan latihan mengingat Allah di dalam diri. di pesan agar mahulah mengikut apa yang telah di petua kan

Petua itu di atas Ilmu

menemui kami, ada perkara di buang terlebih dahulu

membuang itu, ada dalam sirah nabi, bahawa baginda di bedah, di sucikan, satelah itu, barulah baginda di Mikrajkan

zaman kanak kanak, baginda juga di bedah
menjadikan baginda terpelihara daripada dosa, MAKSUM

maka jangan sampai kita, mencaci, menghina nabi Sallallahu alaihi wasallam

juga jangan sampai kita mencaci ILMU

kerana ILMU ialah Allah, sekiranya kamu tahu, AL Alim, Alimun itu adalah asma wa sifat Allahu

jauhilah Persangkaan
sila ambil tahu

bahawa, TAUHID dapat merawat Diri

dapatkan kalian melihat, bagaimana, suasana zaman baginda di utuskan kepada kaumnya
di katakan Zaman Jahiliah, maka TAUHID berjaya merawat diri diri yang mahu, ke arah, Allahu Yg Esa

TAUHID berjaya menumbuhkan yakin, tak takut Mati, yakin dengan Takdir Allah

"tidak berlaku sesuatu, melainkan telah di Izinkan NYA"

maka jauhilah persangkaan, kerana persangkaan itu, tak dapat menjadi hujah kebenaran

semuga tuan tuan berjaya membuka PINTU

semuga tuan puan mampu melihat keindahanNYA
semuga tuan puan mendapat TENANG
semuga tuan puan mendapat AFIAT, sihat sejahtera

semuga tuan puan mendapat ILMU

jika ada apa apa, sila tinggalkan di ruangan comment
atau sila ke Klik and Get to know IT a Helping hand
di ruangan sebelah kanan blog ini

inshallah

subhanallah

No comments:

Post a Comment