Mati ialah apabila ruh sudah berpisah dari tubuh jasad,
Roh berpindah ke alam yang dinamakan Barzakh,
suatu alam lain daripada alam kehidupan sehari hari, ada tembok pemisah antara si mati dengan yang hidup
Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR.
Tidak kiralah sama ada roh itu dari kalangan yang baik kesudahannya, ataupun buruk kesudahannya
Manakala jika ada sesiapa yang melihat mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.
Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-
Firman Allah ertinya :
" Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka dia berkata :
" Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan".
Sekali- kali tidak , sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja.
Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan"
( Al-Mu'minuun : 99-100).
Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."
Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).
Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,( sekiranya sudah menemui ajalnya)
Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi).
(Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20).
Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.
Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian khas adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)
Destinasi Roh Selepas Mati.
Ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempat tinggal Roh selepas mati seperti berikut (Rujuk Syarh Al-lsquo;Aqidah At-Tohawiyah, Tahqiq Syuaib Arnout, 2/613-614, cetakan Muasassah ar-Risalah) :-
a) Roh Mukmin di dalam Syurga dan Roh Kafir di dalam Neraka.
b) Kedua-duanya di dalam kubur mereka, dan Roh Mukmin di bukakan taman Syurga serta memperolehi nikmatnya dan Kafir di bukakan lubang azab neraka.
c) Roh Mukmin di alam tinggi (illiyyin) di langit ketujuh
dan Kafir di Sijjin' di dunia yang ketujuh terbawah.
[bab ini ada rahsia tersembunyi kecuali sesiapa yang di beri izin Allah Taala, mengetahui yakni, manusia yang buruk kesudahannya, iaitu syirik serta murtad, roh di bawah langit pertama, di alam jin - menjadi hamba kepada jin dan syaitan - yang semasa mereka hidup dahulu, mereka berdampingan dengan jin dan syaitan berkenaan]
*silakan belajar, atau bertanyakan mereka yang tahu, semuga benar jalan kehidupan mu
d) Roh para Shuhada' (mati syahid) berada di Syurga dan Roh seluruh Mukmin lain berada di kuburan mereka. (pandangan Imam Ibn Abd Al-Barr)
Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadith
" Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya." (Ibn Majah, no 1449 ; Ahmad, no 15716 12/315 cet Dar al-Hadis; Sohih menurut Ibn Hibban no. 743, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan sebuah hadith lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berkata Allah SWT : Tuliskan buku hambaku ini di 'lliyyin' (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat ... (Ringkasan Hadith riwayat
Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Nabi SAW membacakan ayat 40 dari Surah al-A'raf .
Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam 'Sijjin' (neraka)
kemudian di campakkan Rohnya dan Nabi SAW membacakan firman Allah : " Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh" (Al-A'raf : 31) .
Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, ...kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan ayat Quran juga, ruh si jahat juga akan di azab di dalam alam barzakhnya. Iaitu :
" Api neraka dikenakan kepada mereka pada pagi dan petang, sehinggalah apabila tiba qiyamat mereka di masukkan bersama keluarga Firaun yang dikenakan azab"
(Ghafir : 40)
Kesimpulannya, Roh tidak mampu kembali ke alam dunia kerana Barzakh adalah tembok yang menghalangnya, dan Roh mukmin di berikan nikmat di alam barzakh manakala Roh kafir diazab sehingga kiamat.
masih banyak yang belum di ketahui oleh orang awam, maka selayaknya, bertanyakan orang yang tahu
kepada yang di temukan dengan orang awam yang bertanya, janganlah berkata sesutu, melainkan sudah jelas pengetahuan mu
dan Ingatlah, yang tercatat di dalam Kitab kitab karangan dan ulasan manusia itu, hanyalah, sekadar yang mereka tahu
sedarlah, Ilmu setiap diri, ibarat JARIMU kamu celupkan ke lautan luas, lalu apakah yang ada pada JARIMU itu
subhanallah, walhamdulillah, walailah haillallah, wallahu akbar
wahdahu laa syarikalah
No comments:
Post a Comment