Mati ialah apabila ruh sudah berpisah dari tubuh jasad, Ruh berpindah ke alam yang dinamakan Barzakh, suatu alam lain daripada alam kehidupan sehari hari, ada tembok pemisah antara si mati dengan yang hidup
Dakwaan Ruh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR.
Tidak kiralah sama ada ruh itu dari kalangan yang baik kesudahannya, ataupun buruk kesudahannya.
Kita lanjutkan bicara ini.
Kematian nabi Isa a.s bukanlah seperti cara di atas. Allah menukar orang lain yang di salib, sementara Isa al masih di angkat ke hadapanNYA. SUBHANALLAAH.
apabila manusia itu di sahkan MATI, di hadapan jasadnya, RUH dirinya, melihat akan segala perlakuan yang di lakukan terhadap jasadnya.
sebab itulah, patut di segerakan, di kebumikan, di kuburkan.
atas sebab itulah, Haram menyiksa mayit!
Keduniaan telah, membelakangkan Hukum Tuhan. apabila mayit di perlakukan macam macam, ada antaranya tujuan pendidikan perubatan, ada pula mencari bukti , kerana si mati belum menyelesaikan kes keduniaan, sebelum meninggalkan dunia.
sepatutnya, sebagai mukmin, rujuklah kembali ke dalam Kitab Allah, al Quran.
Allah menyatakan, anak Adam yang mati pun di jaga auratnya - di kapankan
( KENAPA: semasa hidup sambil lewa sahaja menjaga aurat mu?)
kenapa pula, sepatutnya, di mana kematian berlaku, di situlah di kuburkan?
kita lihat kubur Rasulillah, Abu Bakar, Umar al khattab, demikian di jaga, kenapa kuburan kita kita, main di tempatkan tak menentu? sempadan dengan kubur munafik? kafir?
(sahih lah, Ilmu kebenarannya, telah hilang dari dada umat Islam kini)
kita tambah pengetahuan sedikit lagi
ada juga manusia, anak Adam, yang berjaya, RUH keluar meninggalkan JASAD.
(cuba tuan puan bertanya kepada Guru Guru tuan puan ya)
Ada dua jalan, pertama mereka mereka yang berjaya, mendapatkan ilmu pengetahuan, dan menjauhi daripada berlaku syirik, Mati sebelum Mati, Makrifat sebenar benarnya,
Bila bila di kehendakinya, dia akan mampu, berjalan ke mana sahaja melihat dunia dari arah yang tak di ketahui orang awam, tak di ketahui oleh orang kebanyakan.
cara kedua ialah, samada dengan pengetahuan, juga tanpa mengetahui apa sebenarnya, boleh juga keluarkan RUH dari Jasadnya dengan di bantu oleh JIN samada bunian atau jin syaitan. Adakalanya dengan pusaka keturunan, di sebut sebagai SAKA BAKA.
sebaiknya, berjumpalah dengan orang yang mengetahui, dan bertanyalah, serta improve kan diri, semuga terhindar dari SYIRIK.
BENAR lah, RUH itu Rahsia ALLAAH, di berikan kepada sedikit manusia yang berfikir, dan mencari kebenaran, namun menempuh jalan itu, nescaya, bertemu, berbagai bagai cubaan, iklan, yang menarik, ke arah kesesatan.
( sila dapatkan panduan dari Orang Yang Mengetahui ya.)
Kematian itu, kita tak dapat melarikan diri, daripada NYA
di PesanNYA: bertaqwalah, sebenar benar taqwa, jangan kamu mati, melainkan ketika kamu berserah diri kepada Allaah (Islam)
Mohonlah, agar Allaah beri kemudahan:
Ya Allahu, aku bermohon kurniakan aku kesudahan yang baik, semuga tidak di timpakan kesusahan kepada manusia yang hidup. ...................
Ingatlah Allaah, dan mohonkan kebaikan,
Jauhi diri daripada bersangka buruk dan berfikiran negatif
Semuga kebaikan berserta dirimu, dan sesiapa sahaja yang bertemu mu akan mendapat kebaikan juga,
Tiadalah di utus Muhammad itu, melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang MULIA
Subhanallahi walhamdulillah, walailahaillallahu wahdahu laa syarikalah
No comments:
Post a Comment