anda sudah tahu, bahawa mati menjelma dengan kedatangan malaikatul maut, mencabut nyawa anak adam. Bila ruh terpisah dari jasad anak adam, begitulah adatnya, kematian.
tetapi harus di ingat, dengan dampingan jin atau bunian, anak adam itu di beri izin Allahu untuk ruhnya keluar.
( maka adanya mereka - kecil bilangannya - menikahi 'orang bunian')
ruh keluar dari badan mereka, sedang jasad mereka terbaring di rumah, jika anak anak tidak mengetahui, satelah berhari hari akan kegusaran, menyangka ayahnya telah mati, di sahkan oleh doktor pula, kerana tak ada gerak nadi.............maka di kuburkanlah si mati yang di sangkakan mati itu, kedalam tanah.
maka terjadilah, ruh anak adam tadi, hidup di alam jin bunian, tidak dapat masuk ke dalam jasadnya semula, kerana telah di kuburkan.
(siapa yang bertemu pengalaman ini, akan tahu, elakkan dari bersangka sangka, carilah Ilmu, semuga hilang poersangkaan dan keliru)
bagaimana boleh manusia menikahi bunian?
Rahsia ini tidak di besar besarkan, tak mahu ada kekeliruan di kalangan manusia
jika anda berminat mahu tahu, silakan ke Pulau Besar melaka, atau ke kawasan gunung ledang, atau ke gua senyum, atau, banyak lagi tempat, malahan, ada Imam Imam, juga di lamar puteri bunian! cari burung phoenix, atau cenderawasih, tentu ada puteri bersamanya, jika tahu
di katakan burung itu, mati sekiranya jatuh ke bumi, sebenarnya, burung itu mahu mencari manusia yang mahu berdamping dengannya
Ramai daripada Guru Guru yang ada di Gunung Jerai, di Pulau Besar, di sekitar Gunung Ledang, di ulu langat, itu yang saya tahu, yang menggunakan , khidmat, khadam jin dan bunian.
jika kalian tak mengetahui, kalian akan terpesona dengan peribadi mereka, akan menurut ..............semuga di pelihara Allah, dari kesesatan, dan tipudaya syaitan.
silakan belajar dahulu mendalami tauhid
aqidah yang tanzih
pelik juga bila fikir fikir, awaludin makrifatulloh
macam senang sahaja, makrifatulloh itu
sungguhlah, mengetahui itu ada 2- pertama mengetahui dengan sebenar benar tahu, hakikatnya, dan kedua ialah, dengan persangkaan sahaja, mendengar dengar dari pembicaraan orang lain.
maka mengetahui itu adalah berbeza daripada mereka yang sudah memiliki, merasai,
ibarat katanya: belum Pergi dah balik, belum tanya dah jawab, di Pegang terasa, di Panggil menyahut.
inshallah akan di sambung dalam part 2 nanti
No comments:
Post a Comment