image

image

Thursday, September 30, 2010

Ghaffir

Dan Ia memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kebesaranNya
dan kekuasaanNya
maka di antara tanda-tanda kesempurnaan Allah,
yang mana satu, yang kamu ingkari?

Selain dari itu,
tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi,
dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan
orang yang terdahulu dari mereka ?

Orang itu lebih ramai dari mereka,
dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan
tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi.
Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang itu,
tidak dapat menolongnya sedikitpun.

Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul yang diutus kepada mereka
dengan membawa keterangan-keterangan
mereka bergembira dengan pengetahuan yang ada pada mereka ;

(orang beritahu, tak mahu percaya, mengingat diri mereka sahaja udah benar)

dan dengan yang demikian mereka pun diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek dahulu.

Maka ketika mereka melihat azab Kami, mereka berkata:
"Kami beriman kepada Allah semata-mata, dan kami kufur ingkar kepada benda-benda yang dengan sebabnya kami menjadi musyrik".

Maka iman yang mereka katakan semasa melihat azab Kami,
tidak berguna lagi kepada mereka;
yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" yang telah berlaku kepada hamba-hambaNya.

Dan pada saat itu rugilah orang yang kufur ingkar.


ingatlah ya, sebelum MAUT datang menjemput

subhanallah

No comments:

Post a Comment