image

image

Sunday, September 12, 2010

S.e.D.a.R

anda berkata: kami ikut sunnah dan al quran sahaja
tetapi, belum memahami maksud tersurat dan tersiratnya, tidak mengetahui pelajaran yang hendak di sampaikan, malah bukan hufaz pun, lagak sahaja lebih, menurut orang lain, bukan dengan pengetahuan, sebaliknya, ikut ikutan sahaja

ramai benar yang seperti ini: al an'aam: [116]
Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

kebanyakan orang, yang tiada pengetahuan, bercakap macam tahu segala.
melihat kulit buku, menyangka macam macam, padahal belum mengkaji, belum mengenali!

sebab tu ada ulamak pesan: jangan duk menyibukkan hal kebodohan lain orang lah, jangan keji, sebab diri sendiri pun belum boleh jamin mati as muslim

bila kita tak sedar diri, kita berada di dalam bahaya

surah ke 43[36]
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
[37]
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang yang mendapat hidayah petunjuk.

bagaimanakah nak SEDAR?
belek al Quran lah kan
surah ke 51[20]
Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
[21]
Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

ayuh ayuh, kita keluar dari kepompong kejahilan, kesesatan
mahulah hendaknya belajar, mengambil tahu, hal kehidupan kamu
agar tidak berterusan mengikut kehidupan selain Islam

sebabnya

jika kamu cari kehidupan selain Islam, nescaya tak akan di terima darimu amal yang sebegitu .......

jadilah batu bata yang menyempurnakan, sebuah BINAAN yang kukuh. Inshallah

1 comment:

  1. Jangan Jadi IBLIS pula. Tak pernah nak SEDAR diri. Tak pernah nak serik-serik.

    Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH.
    Nama glamour : hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
    Status diri : Fasik kelas pertama Agama : Kufur Tempat
    Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
    Alamat Tetap : Neraka jahanam
    Kawasan : Di Setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha lansung untuk mengingati Allah
    Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok
    Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
    Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
    Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus
    Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
    Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
    Sahabat karib : Anak-anak Adam
    Motto kerja : ‘Hipokrasi asas akhlak’
    Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
    Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
    Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
    Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
    Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
    Logo : Sebarang tatu
    Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
    Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
    Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
    Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
    Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat
    Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
    Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
    Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
    Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
    Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
    Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran
    Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
    Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan
    Yang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
    Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
    Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
    Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
    Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala
    Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina
    Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
    Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
    Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
    Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT

    ReplyDelete