Terdapat beberapa adab yang perlu diperhatikan . Adab-adab tersebut adalah:
Sabar ke atas musibah dan kecaman yang menimpa.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengajar kita bahawa ,
jika seseorang menyakitkan hati atau mencela kita maka
katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa…
sesungguhnya aku sedang berpuasa.”
bertaqwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala :
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu
moga-moga kamu bertaqwa. (al-Baqarah 2:183)
Menjaga diri daripada mengumpat dan mengadu domba (gossip)
kerana ia adalah perbuatan yang diharamkan secara mutlak
sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selain Ramadhan,
akan tetapi pengharamannya diberi penekanan yang lebih jelas semasa Ramadhan.
Sentiasa mengingati Allah, amalan agama, hal-ehwal sesama Islam
dan membantu sesama Muslim menyelesaikan masalah,
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Sesiapa yang tidak memikirkan urusan umat Islam
maka tidaklah dia termasuk golongan mereka.
Dalam bulan yang mulia ini dianjurkan mengambil tahu hal ehwal keluarga
kerana mereka itu adalah amanah dan bebanan (tanggung-jawab) kita
sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu
dari siksa neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu.
(al-Tahrim 66:06)
No comments:
Post a Comment