image

image

Saturday, September 18, 2010

umo 41 (44,45,46,49,50,51,52,53,54) ingat............

Kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan dalam bahasa asing,
tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?
Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" : "Al-Quran itu, menjadi petunjuk serta penawar bagi orang yang beriman;
dan sebaliknya orang yang tidak beriman,
menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka;
dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa mereka.
Mereka itu - orang yang diseru dari tempat yang jauh
(masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)".

Demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat,
lalu berlaku pertentangan mengenainya.
Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu
tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta merta kepada mereka.
Dan sesungguhnya mereka masih menaruh syak yang meragukan tentang itu.

Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan
terpulang kepada dirinya sendiri,
dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan
menimpa dirinya sendiri;
dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.



Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan.
Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya.

Dan demi sesungguhnya!
Jika Kami beri dia merasai sesuatu rahmat dari Kami
sesudah ia ditimpa sesuatu kesusahan,
berkatalah ia: "Ini ialah hakku,
dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku;
dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku,
sudah tentu aku aKan beroleh kebaikan di sisiNya!

" Maka demi sesungguhnya!
Kami akan memberi tahu kepada orang yang kufur ingkar itu
akan keburukan apa yang mereka telah kerjakan,
dan Kami akan beri mereka merasai azab seksa yang seberat-beratnya.

Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia,
berpalinglah dia serta menjauhkan diri;
dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.

"Sudahkah nampak baiknya keadaan kamu jika Al-Quran ini dari Allah
kemudian kamu mengingkarinya?
Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang
tetap berada dalam perbalahan dan pertentangan,
yang menyimpang jauh dari kebenaran?"

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami
di merata-rata tempat dan pada diri mereka sendiri,
sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar.

Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu
dan belumkah cukup bahawa Tuhanmu mengetahui
dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

Ingatlah!
Sesungguhnya mereka sentiasa berada di dalam keadaan syak - ragu-ragu
tentang pertemuan dengan Tuhan mereka.
Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya
akan tiap-tiap sesuatu.

No comments:

Post a Comment