Mari kita lihat kepada komputer yang selalu bersama dengan diri kita.
Rata rata manusia zaman sekarang, ada netbook, notebook, personal computer, 3G 4G 5G serta smartphones.
Pernah tak kalian menghadapi masalah.
contohnya: ada terima attachment email lukisan, atau drawing CAD, atau nota akaun, atau nota kuliah, atau assignment - tetapi komputer awak, tak boleh baca? keluar kenyataan: open with? check with internet?
sekiranya anda tak pernah menghadapi, masalah, bermaksud 2 perkara:
Pertama: anda berada dalam situasi LAME, selamba, dunia yang tak bermasalah
(BUT please - Jangan jadi seperti Katak di bawah tempurung ya)
Kedua: komputer anda, ada semua software application
contoh di atas, hendak menerangkan situasi PERIBADI yang selalu terkeliru
Terkeliru disebabkan DIRI sendiri, tak dapat menerima maklumat yang orang sampaikan
maksudnya seperti komputer tadi, yang tak dapat membuka 'sesuatu' kerana tak ada applikasi softwarenya
bila kena kepada komputer, kita bertanya kepada 'kedai PC, kawan rakan, untuk mengetahui - lagu mana mau buat agar boleh
bila datang bab ILMU 'ketuhanan' fekah, atau hal Islam, kenapa kita tak ada sikap sedemikian?
kenapa kita suka menyalahkan orang lain?
tidakkah sikap menyalahkan orang lain itu seperti sikap, ABU JAHAL?
tidak mahu menerima kebenaran, walaupun mengetahui, Muhammad SAW itu al amin
selama mana kita suka menyalahkan orang lain, selama itulah kita tak akan mampu menambah baik diri kita
Allah memberikan kita contoh, dalam kehidupan kita, komputer, jadi belajarlah Improve diri kita, sebagaimana kita suka duk Improve komputer kita, kita jaga agar tak kena Virus, kita mahu networking cantik, internet laju, main Games seronok, gambar cantik................dll
semuga dapat melihat Kebesaran Allah, Relate dengan diri
Dinamik lah Peribadi, Improve keupayaan diri, ALWAYS
Q:s28[a56]
Sesungguhnya engkau tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk
kepada sesiapa yang engkau kasihi ,
tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk
kepada sesiapa yang dikehendakiNya ;
dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk .
kenalah SEDAR diri ya, kita diri kita sendiri, bersediakah mahukan Hidayah
Rajin rajin lah baca MANUAL
iaitu al Quran, manual diri yang mahu berjaya sampai ke Akhirat
kamu tidak menanggung dosa orang lain
apa sahaja kebaikan yang kamu lakukan, adalah untuk dirimu
jagalah dirimu
dan ahli keluarga kamu
REDHA Allah dapat di capai, bila ada ILMU, ILMU itu mengenalkan diri kepada Khalik, kepada Allaah
bersedialah ya, untuk menerima
Allaah sentiasa mendidik.
setuju!
ReplyDeleteAllah mendidik kita.
Melalui Assunah, Al-Quran, Nabi, ermm.. lagi?
Kalau buta hati tu, sampai bilapun tak dapat nak terima ilmu Allah.
Hindarilah,buanglah sifat buruk. Jauhi dan benci serta musuhi syaitan, musuh agama, manusia.
1. Cinta kedunian cinta kebendaan menghalalkan cara untuk dia mencapai
2. Angan-angan boleh mengeraskan hati, dan menunjukkan perbuatan haloba
3. Cita-cita boleh membangkitkan perasaan rakus
4. Suka dipuji pintu daya syaitan
5. Riak kerana ia merupakan warta utama kemunafikan manusia
6. Mengeluh dan tidak sabar menunjukkan ketidak sabaran manusia
7. Mengikut nafsu dan mengheret manusia ke nafsu syahwat
8. Prasangka yang dapat menunjukkan hubungan rawan
9. Meremehkan orang merupakan kebun kebencian
Bukakan dan cerahkan hati. Anda pasti boleh!!
Assalamualaikum. =)