image

image

Thursday, September 9, 2010

Joom Belajar

baru baru lalu kita dengar BERNAMA melaporkan:
Tarikh: 07 September, 2010 19:32 PM
Tajuk: Agama Islam, Orang Islam Jadi Mangsa PAS, Kata Dr Mahathir

Laporannya: KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agama Islam dan penganutnya menjadi mangsa pemimpin PAS yang menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya parti itu terus mendapat sokongan."
(http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=526840)



Tarikh: Khamis, 2010 September 09
Topik: PAS kecam Mahathir tuduh jual agama

Laporan: Harakahdaily
KUALA LUMPUR: PAS mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh parti itu menjual agama untuk kepentingan politik sedangkan hakikat yang berlaku Umno yang perkudakan Islam untuk mencapai cita-cita politik.
(http://penpasksgb.blogspot.com/2010/09/pas-kecam-mahathir-tuduh-jual-agama.html)

antara kita, siapa yang sedar
antara kita siapa yang menyokong siapa
antara kita nampak atau tidak?


sedarkah kebenaran ISLAM , nak merujuk ke mana?
kita orang Islam, kena sokonglah Islam kan?!

kita orang Malaysia, mahukan kebenaran kah? atau suka ikut semangat dan prejudis, tanpa Pengetahuan?

berilah Peringatan, berguna kepada orang yang mahu yakin kepada Allah, Tuhan mereka, Yang ESA

nampakkah, yang ada sebilangan Ulamak, melarang, berparti parti, seteru politik parti, bukan kebenaran Islam yang ke depan,

maaf ya

Islam itu di sampaikan dengan Ikhlas, tanpa Prejudis, Hidup menuju kepada MENTAUHIDKAN ALLAAH

Laa ilaha ill 'allah - wahdahu laa syarikalah

sepanjang Hidup kena mentauhidkan Allah, tak boleh syirik
tak boleh sekutukan Allah dengan sesuatu yang lain
Ingatlah, manusia sebaik-baik kejadian

kita kena Belajar, lagi dan lagi
kita kena ambil tahu, hal kehidupan kita

"wala tamuutunnailla waantum muslimun!

Jangan kamu MATI, melainkan, ketika kamu berserah kepada Allah
sebab tak tahu bila MAUT akan menjemput lah tu, kena Ingat Allah sentiasa
kena kekal mentauhidkan Allah Yang ESA

tak boleh berlaku syirik

Inshallah ya, sama samalah berusaha

No comments:

Post a Comment